Hetman

gelaran politik di Eropah Tengah dan Timur, yang secara bersejarah diberikan kepada panglima tentera

Hetman (Bahasa Ukraine: гетьман) adalah suatu gelaran politik diberikan kepada panglima tentera yang berkuasa di Eropah Tengah dan Timur. Peranan yang diberikan secara gandingan dengan gelaran ini pelbagai dari kerajaan ke kerajaan.

Etimologi

sunting

Istilah hetman adalah mungkin dipengaruhi oleh gelaran ataman bahasa Turki yang sebanding (secara harfiah bermaksud 'bapa penunggang kuda').[1][2]

Kelaziman mengikut negara

sunting

Ukraine

sunting

Gelaran ini digunakan para panglima yang memimpin orang-orang Kozak Zaporizhia pada abad-abad ke-16 hingga 18.

Hetman merupakan ketua pemerintah sebuah negara Kozak dalam Ukraine Tengah iaitu Kehetmanan Kozak berikutan Kebangkitan Khmelnytsky 1648.

Republik Czech

sunting

Hejtman itu merupakan gelaran pemerintah seakan gabenor untuk sesebuah kraj dalam Republik Czech (setaraf negeri di Malaysia atau provinsi di Indonesia).

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "The Cossacks: A super-ethnos in Russia's ribs". The Economist (dalam bahasa Inggeris). 21 Disember 1996.
  2. ^ "Ataman". Cossackweb.narod.ru. Dicapai pada 6 Julai 2012.
  NODES