Homopus ialah genus kura-kura kecil dalam keluarga Testudinidae, yang berasal dari Selatan Afrika.

Homopus
Homopus areolatus
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Homopus

Spesies

Lima spesies

Ia juga dikenali sebagai padlopers di Eropah dan Afrika (asalnya bermaksud "path-walkers"), kerana haiwan ini akan meninggalkan kesan seperti denai selepas meragut tumbuh-tumbuhan sebagai makanan.[2][3] Di Amerika Syarikat, mereka dikenali sebagai Cape tortoises, kerana tiga daripada spesies ini mendiami sekitar Cape of Good Hope.[1][4]

Taburan

sunting

Genus ini berasal dari Selatan Afrika, dengan tiga spesies daripadanya hanya wujud di Afrika Selatan, Berger's Cape Tortoise hanya dijumpai di Namibia, dan Speckled tortoise pula berkemungkinan wujud di sempadan kedua-dua negara tersebut.

 
Taburan kura-kura dari spesies Homopus di Afrika Selatan

Spesies

sunting

Genus ini mengandungi spesies berikut:

  • Homopus areolatus (Thunberg, 1787) — (parrot-beaked tortoise), dari selatan Pantai Cape.[5]
  • Homopus boulengeri (Duerden, 1906) — (Karoo padloper atau Boulenger's cape tortoise), dari wilayah Karoo[6]
  • Homopus femoralis (Boulenger, 1888) — (greater padloper atau Karoo cape tortoise), dari highveld,[6]
  • Homopus signatus (Gmelin, 1789) — (speckled padloper atau speckled tortoise), dari wilayah selatan Afrika, spesies terkecil bagi jenis ini.
  • Homopus solus (Branch, 2007) — (Nama padloper atau Berger's cape tortoise, sebelum ini dikenali sebagai H. bergeri), dari selatan Namibia[7]

Pemuliharaan

sunting

Homopus diancam kepupusan akibat pemusnahan habitat mereka,[4] pembinaan jalan raya dan pemburuan haram.[6] Selain itu, kewujudan anjing dan khinzir juga mengancam populasi mereka.[perlu rujukan]

H. areolatus dan H. signatus mudah beradaptasi jika dibela, kerana diet mereka yang tidak cerewet.[3] Manakala spesies yang lain pula memerlukan makanan dari habitat asal mereka seperti yang terdapat di wilayah Cape/Karoo.[3] Kebanyakan yang ditangkap dari habitat liar mati disebabkan perubahan diet dan pemakanan.[3] Malah faktor lain seperti kurang perhatian, suhu yang tidak sesuai juga meningkatkan lagi risiko kematian[3]

Galeri

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b ITIS (Integrated Taxonomic Information System). www.itis.gov.
  2. ^ "Homopus Research Foundation, reports". Home.caiway.nl. Dicapai pada 2017-07-17.
  3. ^ a b c d e Corton, M., Homopus (Padloper Tortoise) Care, World Chelonian Trust (retrieved August 20, 2013).
  4. ^ a b Obst, J.; Richter, K.; Jacob, U. (1988). The Completely Illustrated Atlas of Reptiles and Amphibians for the Terrarium. T.F.H. press.
  5. ^ "Scarce Home". Academic.sun.ac.za. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-06. Dicapai pada 2017-07-17.
  6. ^ a b c "Homopus Research Foundation". Home.caiway.nl. Dicapai pada 2017-07-17.
  7. ^ "Nama Padloper Tortoise | Namibia". Namibian.org. Dicapai pada 2017-07-17.
  NODES