Hon Perancis (juga dikenali sebagai Hon F) ialah sejenis alat muzik bras yang diperbuat daripada ruangan yang berupa lilitan dengan bukaan berkembang. Hon F merupakan alat muzik tranpos, dan ditulis dengan jeda ke-5 lebih tinggi daripada not sebenar pada klef trebel.

Hon Perancis
Hon F
Hon F
Hon F
Alat bras
PengelasanAlat muzik bras
Lingkungan dimain

B1 hingga F5 (ditulis dengan jeda ke-5 lebih tinggi)

Alat muzik berkaitan

Nama "Hon Perancis" dijumpai dalam Bahasa Inggeris, dan diggunakan buat pertama kalinya pada akhir kurun ke-17.[1] Manusia pada asalnya meniup tanduk sebenar haiwan sebelum mencuba meniru rupanya dengan logam. Hon dapat digolongkan kepada hon tunggal, hon ganda 2, hon ganda 2 kompensat, dan hon ganda 3. Kepelbagaiannya dalam sejarah hon juga memperlihatkan kewujudan hon semula jadi, hon Vienna, melofon, hon pancaragam dan tuba Wagner. Perbincangan tentang penulisan muzik hon mesti dikaitkan dengan memenuhi keperluan yang berbeza bagi orkestra dan kumpulan konsert, yang berbeza daripada kumpulan pancaragam, dan juga merangkumi kegunaan hon dalam pelbagai jenis muzik, termasuk muzik kamar dan jazz. Orkestra klasik pada kelazimannya mempunyai 2 pemain hon F. Hon F dahulunya jarang digunakan untuk muzik jazz.

Rujukan

sunting
  1. ^ Beakes, Jennifer (2007). The Horn Parts in Handel's Operas and Oratorios and the Horn Players who Performed in These Works (dalam bahasa Inggeris). City University of New York. m/s. 50, 116–18, 176, 223–25, 439–40, 444–45.
  NODES