Isteri-isteri Nabi Muhammad

(Dilencongkan daripada Ibu Orang Beriman)

Isteri-isteri Nabi Muhammad SAW ialah wanita-wanita mulia yang telah berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW. Baginda pernah berkahwin dengan 12 orang wanita. Sebelas daripadanya pernah bersama dengan Baginda sebagai suami isteri, manakala dua daripadanya diceraikan sebelum mereka bersama. Isteri-isteri baginda dikenali sebagai "Ummahatul Mukminin" yang bermaksud "Ibu-ibu kepada orang-orang beriman". Gelaran ini datang dari firman Allah di dalam al-Quran:

"Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri; dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka..."

— Surah Al-Ahzab, petikan ayat ke-6

Khadijah binti Khuwailid al-Asadiyah

sunting

Khadijah binti Khuwailid adalah isteri Nabi Muhammad SAW yang pertama. Sebelum berkahwin dengan baginda, beliau pernah menjadi isteri kepada Atiq bin Abid dan Abi Halah bin Malik dan telah mempunyai empat anak, dua dengan suaminya yang bernama Atiq, iaitu Abdullah dan Jariyah, dan dua dengan suaminya Abu Halah iaitu Hindun dan Zainab.

Banyak kisah memaparkan bahawa sewaktu Nabi Muhammad SAW bernikah dengan Khadijah, umur Khadijah berusia 40 tahun sedangkan baginda hanya berumur 25 tahun. Tetapi menurut Ibnu Kathir, seorang tokoh dalam bidang tafsir, hadis dan sejarah, mereka berkahwin dalam usia yang sebaya. Nabi Muhammad SAW bersama dengannya sebagai suami isteri selama 25 tahun iaitu 15 tahun sebelum bithah dan 10 tahun selepasnya iaitu sehingga wafatnya Khadijah, kira-kira 3 tahun sebelum hijrah. Khadijah wafat semasa beliau berusia 50 tahun. Beliau merupakan isteri Nabi Muhammad SAW yang tidak pernah dimadukan kerana kesemua isterinya yang dimadukan adalah berlaku selepas daripada wafatnya Khadijah. Di samping itu, kesemua anak baginda kecuali Ibrahim adalah kandungannya.

Mas kahwin daripada Nabi Muhammad sebanyak 20 bakrah dan upacara perkahwinan diadakan oleh ayahnya Khuwailid. Riwayat lain menyatakan, upacara itu dilakukan oleh saudaranya Amr bin Khuwailid.

Anak-anak Nabi Muhammad SAW bersama Khadijah

sunting

Kesemua anak lelaki Muhammad telah meninggal dunia sejak kecil lagi.

Saudah binti Zam'ah al-Amiriyah al-Quraisiyah

sunting

Nabi Muhammad berkahwin dengan Saudah setelah wafatnya Khadijah 3 tahun. Saudah adalah seorang janda tua. Suami pertamanya ialah al-Sakran bin 'Amr. Saudah dan suaminya al-Sakran adalah di antara mereka yang pernah berhijrah ke Habsyah. Apabila suaminya meninggal dunia setelah pulang dari Habsyah,[1] maka Nabi Muhammad telah mengambilnya menjadi isteri untuk memberi perlindungan kepadanya dan memberi penilaian yang tinggi kepada suaminya.

Acara perkahwinan dilakukan oleh Salit bin Amr. Riwayat lain menyatakan upacara dilakukan oleh Abu Hatib bin Amr. Mas kahwinnya ialah 400 dirham. Selain itu,beliau mempunyai sikap yang lucu sehingga baginda tersenyum dengan telatahnya. Contohnya pada suatu hari, Saudah mengatakan kepada suaminya iaitu semasa beliau sedang sujud,beliau tidak dapat menahan sakit kerana hidungnya selalu tertekan kuat di atas lantai yang ketika itu Muhammad sedang sujud dengan begitu lama. Hal ini menyebabkan beliau terpaksa menaikkan sedikit hidungnya semasa sujud.

Aisyah binti Abu Bakar

sunting

Pernikahan di antara Nabi Muhammad dan Aisyah diadakan di Makkah sebelum Hijrah, tetapi penikahan tersebut berlaku setelah wafatnya Khadijah dan setelah Nabi Muhammad berkahwin dengan Saudah. Ketika itu, Aisyah berumur 12 tahun (namun ulama berselisihan pendapat mengenainya). Nabi Muhammad tidak bersama dengannya sebagai suami isteri melainkan setelah berhijrah ke Madinah. Ketika itu, Aisyah berumur 9 tahun sementara baginda berumur 53 tahun.

Aisyah merupakan isteri yang paling muda yang dinikahi baginda dan mempunyai banyak periwatan Hadith.

Hafsah binti Umar bin al-Khattab

sunting

Hafsah merupakan puteri kepada Umar Al-Khattab dan ibunya Zainab. Apabila mendapat berita tentang kelahiran puteri beliau, Umar Al-Khattab merasa malu kerana mengikut Arab jahiliah sesiapa yang dapat anak perempuan maka akan menyebabkan hidup malang atau dikategorikan sebagai pembawa sial. Selepas peristiwa itu, Umar Al-Khattab lari ke Darul Nadwah kerana itu. Setelah beberapa tahun, ayahnya telah memeluk Islam dan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Muhammad.

Hafsah mempunyai seorang suami tetapi suaminya wafat kerana terkorban di medan perang. Apabila mendapat berita mengenainya, Muhammad mengambilnya sebagai isterinya atas membalas jasa suaminya yang membantu baginda. Ketika peristiwa pembunuhan ayahandanya, Hafsah berasa sedih atas pemergian ayahandanya yang tersayang. Hal ini menyebabkan beliau gemar mengurung diri di dalam rumah sambil bertaqarrub kepada Allah.

Ummu Salamah Hindun binti Abi Umaiyah

sunting

Ummu Salamah seorang janda tua mempunyai 4 anak dengan suami pertama yang bernama Abdullah bin Abd al-Asad. Suaminya terkorban dalam Perang Uhud dan saudara sepupunya turut terkorban dalam perang itu lalu Nabi Muhammad melamarnya. Mulanya lamaran ditolak kerana menyedari usia tuanya. Alasan umur turut digunakannya ketika menolak lamaran Abu Bakar dan Umar al Khattab.

Lamaran kali kedua baginda diterimanya dengan mas kahwin sebuah tilam, mangkuk dari sebuah pengisar tepung.

Ummu Habibah Ramlah binti Abi Sufyan

sunting

Ummu Habibah seorang janda. Suami pertamanya Ubaidullah bin Jahsyin al-Asadiy. Ummu Habibah dan suaminya Ubaidullah pernah berhijrah ke [[]]Habsyah. Ubaidullah meninggal dunia ketika di rantau dan Ummu Habibah yang berada di Habsyah kehilangan tempat bergantung.

Melalui Raja Najasyi, Nabi Muhammad melamar Ummu Habibah dan upacara perkahwinan dilakukan oleh Khalid bin Said al-As dengan mas kahwin 400 dirham, dibayar oleh Najasyi bagi pihak Nabi.

Juwairiyah binti Harith

sunting

Ayah Juwairiyah ialah merangi Nabi Muhammad dalam Perang al-Muraisi'. Bani al-Mustaliq telah tewas dan Barrah telah ditawan oleh Thabit bin Qais bin al-Syammas al-Ansariy. Thabit mahu beliau ditebus dengan 9 Uqiyah tetapi Barrah mengadu kepada nabi. Baginda sedia membayar tebusan tersebut dan seterusnya mengahwininya.

Safiyah binti Huyay

sunting

Safiyah anak kepada Huyay, ketua puak Bani Nadhir iaitu dari keturunan Nabi Harun a.s. Dalam Perang Khaibar, suaminya seorang Yahudi telah ditawan dan Safiyah telah ditawan. Dalam satu rundingan setelah dibebaskan, Safiyah telah dipilih untuk menjadi isteri Nabi Muhammad. Safiyyah meriwayatkan 10 hadis dan meninggal dunia dalam bulan Ramadhan tahun ke-50H (ada yang mengatakan 52H). Dia dikebumikan di al Baqi’.

Zainab binti Jahsy

sunting

Zainab merupakan isteri kepada Zaid ibn Harithah, yang pernah menjadi hamba dan kemudian menjadi anak angkat Nabi Muhammad setelah dia dimerdekakan.

Hubungan suami isteri antara Zainab dan Zaid tidak bahagia kerana Zainab dari keturunan mulia, tidak mudah patuh dan tidak setaraf dengan Zaid. Zaid telah menceraikannya walaupun telah dinasihati oleh Nabi Muhammad.

Upacara perkahwinan dilakukan oleh al-Abbas bin Abdul Mutalib dengan mas kahwin 400 dirham, dibayar bagi pihak Nabi Muhammad.

Raihanah binti Zaid

sunting

Nabi Muhammad berkahwin dengan Raihanah yang asalnya merupakan perempuan lahir dari keluarga Yahudi Bani Nadir Raihanah memeluk Islam dan merupakan salah seorang dari Ummahatul Mukminin.

Zainab binti Khuzaimah

sunting

Zainab binti Khuzaimah meninggal dunia sewaktu Nabi Muhammad masih hidup.

Mariah al-Qibtiyyah

sunting

Maria al-Qibtiyyah, (Mariah si Qibti) merupakan salah seorang isteri kepada Nabi Muhammad.

Anak Muhammad ketika bersama dengan Mariyah Al-Qibtiyah bernama Ibrahim

Lihat juga

sunting
  1. ^ Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri (1995). "The Year of Grief". Ar-Raheeq Al-Makhtum (kulit keras) |format= requires |url= (bantuan) (dalam bahasa Inggeris). Riyadh: Maktaba Dar-us-Salam. m/s. 126.

Rujukan

sunting
  • Profesor Madya Dr. Ishak Mohd. Rejab, 'Rasulullah Sebagai Ketua Keluarga', Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, 1988.
  • Dipetik dari buku soal jawab berkaitan Rasullulah oleh Hj Ahmad bin Haji Awang.

Pautan luar

sunting
  NODES