Ikatan pi (ikatan π) merupakan sebuah ikatan kovalen yang terbentuk apabila dua cuping orbital sebuah atom bertindih dengan dua cuping orbital satu lagi atom.

Dua orbital-p membentuk ikatan π.

Ikatan berganda

sunting

Sebuah ikatan ganda dua biasanya terdiri daripada sebuah ikatan pi dan sebuah ikatan sigma, seperti ikatan ganda dua C=C dalam etilena. Bagi ikatan ganda tiga pula, ia biasanya terdiri daripada dua ikatan pi dan satu ikatan sigma seperti dalam asetilena.

Ikatan pi biasanya lebih lemah berbanding ikatan sigma. Namun, ikatan antara atom menjadi lebih kuat apabila ikatan pi digabungkan bersama ikatan sigma, memendekkan jarak ikatan antara atom.

Perbandingan jarak ikatan dalam molekul-molekul ringkas
     
Etana (1 ikatan σ) Etilena (1 ikatan π + 1 ikatan σ) Asetilena (2 ikatan π + 1 ikatan σ)

Lihat juga

sunting
  NODES
Done 1