Ismail Kassim
Allahyarham Dato' Ismail bin Kassim (2 Oktober 1959 – 22 Mei 2023) ialah seorang ahli politik Malaysia dari negeri Perlis. Beliau merupakan ADUN Tambun Tulang, Perlis yang disandang sejak 2013. Beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Arau pada 2008 hingga 2013.
Yang Berbahagia Dato' Ismail Kasim DPMP, SMP, AMP (Perlis) | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis bagi N12 Tambun Tulang | |
Dalam jawatan 2013 – 14 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Dato' Seri Shahidan Kassim |
Digantikan oleh | Wan Zikri Afthar Ishak |
Ahli Parlimen Malaysia bagi P3 Arau, Perlis | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail |
Digantikan oleh | Dato' Seri Shahidan Kassim |
Majoriti | 300 |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Tambun Tulang, Perlis | 2 Oktober 1959
Mati | 22 Mei 2023 Hospital Selayang, Selangor | (umur 63)
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur |
Parti politik | BEBAS (2018–2023) |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional UMNO |
Pertalian | Shahidan Kassim (abang) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Keluarga
suntingBeliau juga merupakan adik kepada bekas Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim.
Politik
suntingBeliau telah keluar dari UMNO pada Jun 2018 dan menjadi seorang ahli bebas di Dewan Undangan Negeri Perlis.[1] Pada ogos 2019, beliau mengumumkan penyertaan ke BERSATU, tetapi Setiausaha Agung BERSATU, Marzuki Yahya menafikan ada menerima borang secara rasmi daripada Ismail.[2] Pada Mei 2020, beliau disahkan menyertai semula UMNO selepas 23 bulan tidak menjadi anggota mana-mana parti politik[3].
Rujukan
sunting- ^ Ismail Kassim keluar UMNO
- ^ BERSATU belum terima borang penyertaan Ismail - SU Agung
- ^ Dziyaul Afnan Abdul Rahman (Mei 16, 2020). "Adik Shahidan Kassim kembali kepada UMNO". Berita Harian. Dicapai pada 16 November 2021.