Jean-Claude Juncker
Jean-Claude Juncker (Templat:IPA-lb;[1] lahir 9 Disember 1954) ialah seorang ahli politik Luxembourg yang menjadi Perdana Menteri Luxembourg ke-23 dari 20 Januari 1995 hingga 11 Julai 2013. Ketika meletak jawatan, beliau merupakan ketua kerajaan paling lama berkhidmat dalam Kesatuan Eropah, dan paling lama yang dipilih secara demokratik. Beliau pernah menjadi Presiden Eurogroup antara 2005 dan 2013.
Jean-Claude Juncker | |
---|---|
Perdana Menteri Luxembourg | |
Dalam jawatan 20 Januari 1995 – 11 Julai 2013 | |
Raja | Jean Henri |
Timbalan | Jacques Poos Lydie Polfer Jean Asselborn |
Didahului oleh | Jacques Santer |
Digantikan oleh | Xavier Bettel |
Menteri Kewangan | |
Dalam jawatan 14 Julai 1989 – 23 Julai 2009 | |
Perdana Menteri | Jacques Santer |
Didahului oleh | Jacques Santer |
Digantikan oleh | Luc Frieden |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Redange, Luxembourg | 9 Disember 1954
Parti politik | Parti Rakyat Sosial Kristian (CSV) |
Pasangan | Christiane Frising |
Tempat belajar | Universiti Strasbourg |
Tandatangan | |
Dilantik ke Dewan Rakyat melalui Parti Rakyat Sosial Kristian (CSV) pada 1984, Juncker terus diangkat menganggotai kabinet Jacques Santer sebagai Menteri Kerja. Beliau kemudian berkhidmat sebagai Menteri Kewangan pada 1989 hingga 2009, dan menjadi Perdana Menteri apabila Santer menjadi Presiden Suruhanjaya Eropah pada 1995. Sebagai perdana menteri, beliau berkhidmat selama dua penggal enam-bulan sebagai Presiden Majlis Eropah, iaitu pada 1997 dan 2005.
Junker meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Luxembourg akibat satu skandal yang melibatkan agensi perisikan negara itu, SREL.[2] SREL dikatakan memasang pepijat terhadap Grand Duke Henri dan ahli politik, serta membeli kereta bagi kegunaan peribadi pegawai.[3] Beliau bagaimanapun berharap partinya akan terpilih semula menerajui kerajaan sekiranya pilihan raya diadakan dalam masa terdekat.[4][5]
Nota kaki
sunting- ^ "Pronunciations for Juncker". Forvo.com. Dicapai pada 2013-06-20.
- ^ Luxembourg’s Prime Minister Resigns NYTimes.com. 12 Julai 2013.
- ^ "Luxembourg spying scandal breaks Juncker government". Reuters. 10 Julai 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-14. Dicapai pada 13 Julai 2013.
- ^ "The Luxembourg government resigned on Thursday, brought down by a spying and corruption scandal that shook the tiny country better known for wealthy bankers than political intrigue" Diarkibkan 2013-07-14 di Wayback Machine, Reuters, 11 Julai 2013. Dicapai 12 Julai 2013.
- ^ Stephanie Bodoni, "Juncker Hands Fate to Luxembourg Ruler as Coalition Fails", Bloomberg, 11 Julai 2013. Dicapai 12 Julai 2013.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Jean-Claude Juncker |
- Biografi rasmi Diarkibkan 2010-02-19 di Wayback Machine
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Jacques Santer |
Menteri Kewangan Luxembourg 1989–2009 |
Diikuti oleh: Luc Frieden |
Perdana Menteri Luxembourg 1995–present |
Pemegang jawatan kini | |
Jawatan parti politik | ||
Didahului oleh Jean Spautz |
Ketua CSV 1990–1995 |
Diikuti oleh: Erna Hennicot-Schoepges |
Jawatan diplomatik | ||
Pejabat baharu | Presiden Eurogroup 2005–2013 |
Diikuti oleh: Jeroen Dijsselbloem |