Jeneral Ketumbukan (Rusia)
- Artikel ini ialah mengenai pangkat-OF9 "jeneral angkatan tentera" Rusia, tidak boleh dicampurkan dengan Jeneral Ketumbukan (Soviet). Untuk persamaan pangkat-OF9 dalam negara-negara yang bertutur bahasa Inggeris sila lihat Jeneral Tentera Darat.
Jeneral Ketumbukan (Rusia: генерал армии, general armii ) adalah pangkat tentera kedua tertinggi dalam Persekutuan Rusia, hanya berada dibawah Marsyal Persekutuan Rusia dan berada diatas Kolonel Jeneral. Ia adalah rakan sepangkat dengan "Jeneral Ketumbukan" Soviet.
Jeneral Ketumbukan General armii | |||||
| |||||
Negara | Rusia | ||||
Cabang perkhidmatan | Angkatan Tentera Rusia | ||||
Pangkat | Pangkat empat bintang | ||||
Diperkenalkan | 1940 | ||||
Persamaan NATO |
OF-9 | ||||
Pangkat tinggi seterusnya | Marsyal Persekutuan Rusia | ||||
Pangkat rendah seterusnya | |||||
Persamaan pangkat | Laksamana Armada |
Pada masa ini ia juga merupakan pangkat tertinggi dalam tentera udara, artileri, pasukan pertahanan angkasa lepas, pasukan armor, pasukan jurutera dan pasukan semboyan. Tidak seperti Soviet Union dimana para pegawai yang berpangkat sama dipanggil marsyal dan ketua marsyal pasukan cawangan. Pangkat tentera laut yang sepadan ialah laksamana armada.
Pada hari pelantikkan sebagai Menteri Pertahanan pada 7 Mei 1992, Pavel Grachev merupakan pegawai pertama yang dinaikkan ke pangkat ini.
Insignia pangkat
suntingSejak tahun 2013 insignia pangkat berbentuk satu bintang besar dan lambang tentera darat pada epaulet yang telah digunakan sehingga tahun 1997, seperti dalam Tentera Darat Soviet semenjak tahun 1974. Antara tahun 1997 dan 2013 insignia pangkat berbentuk 4 bintang sebaris pada epaulet, seperti dalam Soviet Union dari tahun 1943 hingga 1974.
Sehingga tahun 1997 para jeneral memakai Bintang Marsyal "kecil". Tetapi apabila tahun 1993 pangkat Ketua Marsyal pasukan cawangan dan Marsyal pasukan cawangan dalam Persekutuan Rusia telah dimansuhkan, tidak terdapat lagi alasan bagi insignia pangkat khas untuk para jeneral. Melalui Dekri Presiden pada 27 Januari 1997 golongan jeneral mendapat semula epaulet seperti tahun 1943 dengan 4 bintang sebaris.
-
Pelapik gorjet 1940-1943 -
1943-1955 -
Pakaian istiadat 1955-1974 -
Pakaian istiadat 1974-1991 -
Pakaian istiadat 1992-1997 -
Pakaian perkhidmatan 1997-2010 -
... Tentera Udara -
Pakaian perkhidmatan 2010-2013 -
Pakaian istiadat 2013
Vladimir Yakovlev telah dinaikkan pangkat ke gred ini sewaktu bertugas sebagai panglima Pasukan Roket Strategik (1997-2001).
Turutan pangkat menaik | ||
pangkat junior Kolonel Jeneral |
Jeneral Ketumbukan |
pangkat senior Marsyal Persekutuan Rusia |