Jeneral Ketumbukan (Soviet)
Jeneral Ketumbukan atau Army General (Bahasa Rusia: генерал армии, general armii) ialah sejenis pangkat tentera Soviet Union yang mula-mula diwujudkan pada Jun 1940 sebagai satu pangkat kanan bagi jeneral-jeneral Tentera Merah, berkedudukan bawah Marsyal Kesatuan Soviet. Selama 51 tahun negara Soviet Union telah mewujudkan 133 orang jeneral ketumbukan, 32 daripadanya kemudian dinaikkan ke pangkat marsyal Soviet Union.
Jeneral Ketumbukan General armii | ||
| ||
Negara | Kesatuan Soviet | |
Cabang perkhidmatan | Tentera Darat Soviet/Tentera Udara Soviet | |
Pangkat | Pangkat empat bintang | |
Diperkenalkan | Jun 1940 | |
Dimansuhkan | 1991 | |
Persamaan NATO |
OF-9 | |
Pangkat tinggi seterusnya | Marsyal Kesatuan Soviet | |
Pangkat rendah seterusnya | ||
Persamaan pangkat | Laksamana Armada |
Pangkat tersebut lazimnya dianugerahkan kepada pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan Staf Am, dan juga kepada para panglima wilayah tentera yang cemerlang. Dari era 1970an, ia juga kerap diberikan kepada ketua-ketua KGB dan Kementerian Dalam Negeri.
Jeneral-jeneral ketumbukan Soviet termasuklah Ivan Chernyakhovsky (panglima Barisan Soviet termuda dalam Perang Dunia II, terbunuh di Prusia Timur), Aleksei Antonov (Ketua Turus Am dipenghujung Perang Dunia II, dianugerahkan pingat Order of Victory), Issa Pliyev (panglima Perang Dunia II kelahiran Ossetia yang memainkan peranan penting dalam Krisis Peluru Berpandu Cuba) dan Yuri Andropov (ketua KGB).
Pangkat jeneral ketumbukan Soviet adalah setaraf dengan pangkat Jeneral UK dan AS; Sistem pangkat terkini Rusia dan Soviet juga mempunyai pangkat marsyal.
Pangkat tentera laut yang sepadan adalah Laksamana Armada, yang telah digunakan bagi kedua-dua Tentera Laut Soviet dan Rusia, namun penganugerahannya jarang berlaku.
Jeneral ketumbukan telah digunakan bagi infantri dan marin, tetapi bagi tentera udara, artileri, pasukan armor, pasukan jurutera dan pasukan semboyan, pangkat Marsyal atau Ketua Marsyal Penerbangan, Artileri, Armor, dll. telah digunakan.
Tentera Darat Rusia kontemporari mengekalkan pangkat Jeneral Ketumbukan dan ia masih lagi digunakan. Selepas pembubaran Soviet Union, pangkat Marsyal atau Ketua Marsyal telah dimansuhkan, dan semua pegawai kanan cawangan-cawangan ini sekarang memegang pangkat Jeneral Ketumbukan.
Walaupun Ketua Marsyal, Marsyal dan Laksamana Armada berkedudukan sama dengan Jeneral Ketumbukan, pangkat mereka digantikan sehingga 1974 apabila pangkat Jeneral Ketumbukan secara rasmi disamakan dengan Ketua Marsyal pasukan cawangan dan Marsyal pasukan cawangan. Pada masa inilah epolet bahu mereka telah diubah dari empat bintang ke satu bintang yang lebih besar berserta logo tentera (menjadikan mereka sama nampak dengan epolet bahu marsyal). Begitu juga selepas tahun 1974 mereka dibenarkan untuk memakai kalung Bintang Marsyal.
Sebelum tahun 1943, Jeneral Ketumbukan memakai lambang lima bintang pada kolar baju mereka (petlitsy). Semenjak tahun 1943, mereka memakai empat bintang pada bahagian epolet bahu. Dari tahun 1974 mereka memakai satu bintang besar berserta satu lambang Angkatan Darat. Pada tahun 1997 tentera darat Rusia yang baru kembali menggunakan insignia empat bintang.
Pada tahun 2013, satu bintang besar kembali sebagai insignia bagi Jeneral Ketumbukan didalam Persekutuan Rusia.
Galeri
sunting-
Insignia pangkat dari tahun 1943 hingga 1955 -
Insignia pangkat dari tahun 1955 hingga 1974 -
Insignia pangkat dari tahun 1974 hingga 1991