Kapal selam kelas Los Angeles

(Dilencongkan daripada Kapal selam Kelas Los Angeles)

Kapal selam Kelas Los Angeles, kadang kala dipanggil Kelas-LA atau Kelas-688, adalah satu kelas kapal selam serangan pantas berkuasa nuklear (SSN) yang menjadi tulang belakang bagi armada kapal selam Amerika Syarikat. Sejumlah 46 buah kapal selam telah dibina, di mana ia menjadi kelas kapal selam yang paling banyak dibina berbanding dengan mana-mana kelas kapal selam berkuasa nuklear lain di dunia. Kapal selam di dalam kelas ini telah dinamakan bersempena dengan nama bandar-bandar di Amerika Syarikat, yang mana memecahkan tradisi panjang Tentera Laut Amerika Syarikat yang biasanya menamakan kapal-kapal selam mereka dengan menggunakan nama-nama makhluk laut.

USS Key West di luar pantai Honolulu, Hawaii dengan tiang dan antenanya dinaikkan pada kedalaman periskop.
Gambaran keseluruhan kelas
Pengguna:Amerika Syarikat
Sebelumnya:Kelas Sturgeon
Selepasnya:Kelas Seawolf
Kelas Virginia
Jumlah disiapkan:62
Jumlah aktif:45
Dibersarakan:17
Ciri-ciri umum
Sesaran:

Dipermukaan: 6,082 tan

Menyelam: 6,927 tan
Panjang: 362 ka (110 m)
Lunas: 33 ka (10 m)
Jana kuasa: 1x reaktor nuklear GE PWR S6G, 2x turbin 35,000 hp (26 MW), 1 motor bantuan 325 hp (242 kW), 1 aci
Halaju:
  • Dipermukaan: 20 knot
  • Menyelam: 20+ knot (rasmi)[1], 33+ knot (reported)[2][3]
Jarak: Bahan api perlu ditukar selepas 30 tahun[4]
Ketahanan: 90 hari
Anak kapal: 129

23 buah kapal selam terakhir, dirujuk sebagai "688i", adalah lebih senyap berbanding siri-siri terdahulu dan menggabungkan sistem tempur yang lebih maju. Kapal selam 688i ini juga direkabentuk untuk beroperasi di bawah ais.

  1. ^ "U.S. Navy Fact Sheet - Attack Submarines - SSN". Tentera Laut Amerika Syarikat. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-22. Dicapai pada 2008-04-20. General Characteristics, Los Angeles class ... Speed: 20+ knots (23+ miles per hour, 36.8 +km/h)
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Polmar
  3. ^ "Officials: U.S. submarine hit undersea mountain". CNN. 11 January 2005. Dicapai pada 2008-04-20. The submarine was traveling in excess of 33 knots -- about 35 mph --when its nose hit the undersea formation head-on, officials said.
  4. ^ SSN-688 Los Angeles class from Federation of American Scientists retrieved 02/29/2008 :The 18 SSN-688 class submarines that will be refueled at their mid-life could make good candidates for a service life extension because they could operate for nearly 30 years after the refueling. After these submarines serve for 30 years, they could undergo a 2-year overhaul and serve for one more 10-year operating cycle, for a total service life of 42 years.

Rujukan

sunting

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting
  NODES