Kapucino
Kapucino (bahasa Itali: cappuccino, disebut [kapputˈtʃiːno] bermaksud "Capuchin" secara harfiahnya "topi kecil") ialah minuman berasaskan kopi yang berasal dari Itali yang disediakan daripada kopi espresso, susu panas, dan buih susu yang telah diwapkan. Nama ini diambil daripada para biarawan Capuchin merujuk pada warna jubah mereka.
Kopi cappuccino berbeza daripada caffé latte dari segi bahawa ia disediakan dengan kurang susu kukus atau susu bertekstur, dengan kopi ekspreso dan susu/busa berjumlah lebih kurang 5-6 auns (148-177 ml).
Penyediaan
suntingCappuccino adalah kopi yang dihias buih susu yang halus. Ia dibuat menggunakan mesin espresso yang menghasilkan wap. Espresso dituang kedalam cawan diikuti susu panas dan buih susu dengan nisbah lebih kurang 1:1:1 dan kebiasaannya dihiasi lukisan pada buih susunya. Cokelat kukur, butir-butir gula, kayu manis atau rempah-rempahan lain juga boleh ditabur. Cappuccino dihidangkan dengan camca.
Cappuccino tradisional, seperti yang dihidangkan di Eropah dan kedai-kedai kopi seni di Amerika Syarikat, dihidangkan dengan ukuran kepenuhan di antara 150mL sehingga 180mL. Manakala rantaian kedai-kedai kopi komersial dengan ukuran 360mL.
Cappuccino dihidangkan dengan menggunakan cawan porcelin kerana porselin lebih berupaya mengekalkan haba berbanding kaca mahupun kertas. Buihnya juga bertindak sebagai penebat dan membantu mengekalkan haba minuman lalu memanjangkan tempoh kepanasannya.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kopi Cappuccino |
- Cappuccino[pautan mati kekal]
- The Barista Extraordinaire's Coffee Blog
- Coffeegeek with how-to steam guide Diarkibkan 2010-12-23 di Wayback Machine
- Italian Espresso National Institute
- International Institute of Coffee Tasters Diarkibkan 2009-01-26 di Wayback Machine
- Coffee Taster, surat berita percuma International Institute of Coffee Tasters yang menonjolkan rencana tentang kualiti ekspres, analisis kimia dan deria, serta arah aliran pasaran.