Kedayan
Bangsa Kedayan merupakan salah satu bangsa yang menetap di Kepulauan Borneo. Dipercayai berasal dari Kalimantan dan berhijrah ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Di Miri Sarawak, kebanyakan bangsa Kedayan menetap di daerah Bekenu. Selain itu, bangsa Kedayan juga boleh ditemui di daerah Limbang dan Lawas, Sarawak; Sipitang dan Kuala Penyu, Sabah; dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bahasa yang digunakan ialah Bahasa Kedayan ("bahasa de facto" Brunei).
Sebahagian kaum Kedayan di Wilayah Persekutuan Labuan bukannya orang pantai, dan cenderung menetap di kawasan pedalaman. Manakala sebahagian yang lain lagi menetap berhampiran pantai. Rumah-rumah di kampung dibina agak dekat antara satu sama lain, mengikut pola kelompok, dengan taman-taman bercabang. Kaum Kedayan-Brunei menjadi penduduk majoriti dan memegang kuasa politik di pulau bebas cukai itu.
Asal-Usul Puak Kedayan Di Brunei
suntingKedayan merupakan bangsa campuran Orang Jawa bagian Ponorogo dan Masyarakat Melayu Brunei yang mana peristiwa Sultan Brunei Ke 5 iaitu Sultan Bolkiah (1473-1521) yang rajin singgah di tanah nusantara seperti di kepulauan Jawa, Sumatra, Kalimantan dan termasuklah Di tanah Filipina. Dan di tanah Jawa Baginda dapat melihat aktiviti orang Jawa bagian Ponorogo ini yang rajin bercucuk tanam dan berpadi dan mereka ini dikenali dengan jadi bertanam (hasil tangan mereka yang banyak membuahkan hasil), maka baginda segera menawarkan mereka untuk menetap di Brunei. Setelah di Brunei banyak aktiviti pertanian dibuat dengan giat dan banyak hasilnya lalu Baginda memberikan hadiah. Di sinilah bermulanya ikatan pertalian dan persaudaraan orang Jawa Ponorogo melalui perkahwinan campur dengan Masyarakat Melayu Brunei sehingga pada masa kini puak kedayan banyak menetap di Daerah Temburong, Tutong, Belait dan Brunei dan Muara (Jerudong). Dan kemudian berpindah-rendah ada yang menetap di Sabah dan di Sarawak.
Bahasa Kedayan
suntingBahasa Kedayan merupakan satu dialek bahasa Melayu. Abjad bahasa Kedayan hanya terdiri daripada 18 huruf, seperti berikut:
Kecuali dipengaruhi oleh bahasa Melayu yang dipelajari oleh orang-orang Kedayan sebagai lingua franca, vokal o dan e hampir tidak wujud dalam perbendaharaan kata bahasa Kedayan. Umpamanya:
- besar = basaa
- otak = utak
- bola = bula.
Vokal o hanya wujud sebagai gandingan kepada konsonan r, umpamanya taloo untuk 'telur', dengan o berfungsi sebagai konsonan gantian. Konsonan bahasa Melayu yang ditinggalkan oleh bahasa Kedayan ialah f, q, r, v, z ( x tidak wujud dalam abjad bahasa Melayu). Bagaimanapun, ketinggalan konsonan r merupakan satu huruf paling nyata. Bergantung kepada bunyi dan gandingan huruf, perkataan bahasa Kedayan akan berbunyi seperti berikut:
- r = aa; umpamanya besar = basaa
- r = ii; fikir = pikii
- r = oo atau r = uu; telur = taloo atau taluu
- r = ing
- air = aing.
Kecuali ketika mengikut dasar sistem ejaan bahasa Melayu yang menetapkan bahawa semua perkataan pinjaman perlu sedapat-dapatnya mengekalkan bunyinya, bahasa Kedayan hanya menggunakan 18 huruf yang tersebut.[1]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Laman web Kadayan WikiApakian". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-08. Dicapai pada 2005-12-22.