Kejuruteraan kuasa
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Inggeris. (September 2017)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Kejuruteraan kuasa ialah satu cabang bidang kejuruteraan elektrik yang melibatkan sistem kuasa, khususnya penjanaan kuasa elektrik, penghantaran kuasa elektrik, pengagihan kuasa elektrik, pertukaran kuasa dan alat elektromekanik. Bidang ini juga menggunakan teori sistem kawalan. Seorang jurutera kuasa menyelia, mengoperasikan dan menyenggara mesin dan pendidih yang membekalkan haba, kuasa, penyejukan, dan perkhidmatan utiliti lain kepada industri berat dan kompleks bangunan besar. Bidang ini juga mencari dan memajukan sumber kuasa baru.
Asas-asas kuasa elektrik
suntingKuasa elektri ialah hasil darab bagi dua kuantiti iaitu arus elektrik dan voltan. Kedua-duanya boleh berubah-ubah menurut masa (kuasa AU) atau berada tetap pada satu aras (kuasa AT).
Kebanyakan peti sejuk, penghawa dingin, pengepam dan mesin-mesin kilang menggunakan kuasa AU manakala komputer dan peralatan digital menggunakan kuasa AT (peranti digital yang dipasang kepada sesalur biasanya mempunyai penyesuai dalam atau penyesuai luar untuk menukar kuasa AU kepada AT).