Kemalangan bas di Nigeria 2010
Kemalangan bas di Nigeria 2010 berlaku di Port Harcourt, negeri Rivers, selatan Nigeria akibat kejutan elektrik. Kejadian pada 13 Februari 2010 jam 8.00 pagi waktu tempatan (UTC+1) itu berlaku apabila kabel elektrik yang merentangi jalan raya terputus dan menimpa dua buah bas yang sedang bergerak.[1] Kabel 33kV itu menyebabkan letupan dan kilat memancar-mancar dari tempat kejadian. Ia jatuh ke jalan raya akibat angin ribut dan hujan lebat di Trans Madi.[2] Kedua-dua bas itu model Nissan Urvan.
Kematian berjumlah 20 orang, 11 dimasukkan ke Braithwaite Memorial Hospital. 11 orang mati di hospital. Tubuh badan mangsa hitam terbakar.[3] Bas itu membawa 40 penumpang.
Polis sedang menyiasat punca kejadian. Power Holding Company diminta memberi penjelasan bagaimana kabel elektrik boleh putus semasa ribut.[1]
Rujukan
sunting- ^ a b Ibanga Isine (14 Februari 2010). "Collapse of PHCN cable: 30 persons feared dead in PH". punchng.com. The Punch. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-18. Dicapai pada 14 Februari 2010.
- ^ Henry Chukwurah (14 Februari 2010). "Black Saturday". Sunday Sun. The Sun Publishing Ltd. Dicapai pada 14 Februari 2010.
- ^ "Another victim of high tension wire dies". Daily Triumph. Triumph Publishing. 15 Februari 2010. Dicapai pada 15 Februari 2010.