Khaibar
Khaibar (Arab: Tulisan Arab: خيبر) ialah nama oasis yang terltak lebih kurang 153 kilometer (95 bt) ke utara Yathrib di semenanjung Arabia. sebelum kebangkitan Islam, ia sebuah kubu yang dihuni Yahudi yang terlibat dengan perdagangan senjata. Khaibar diserang dan jatuh ke tangan orang Islam pada tahun 629 M.
Sejarah
suntingPada tahun 567, Khaibar diserang oleh raja Kristian Arab, al-Harith ibn Jabalah yang menyingkir peduduk Yahudi. Raja al-Harith kemudiannya membebaskan tawanannya apabila beliau pulang ke Levant. Kempen ini dirakamkan Ibn Qutaibah.[1], dan Inskripsi Harran[2].
Dalam abad Ketujuh Masihi, Khaibar diduduki kaum Yahudi yang bercucuk tanam dan menyara hidup dengan menanam pokok tamar dan dengan menjalankan perdagangan dan kerja tangan.
Oasis Khaibar terbahagi kepada tiga kawasan: al-Natat, al-Shikk, dan al-Katiba, yang berkemungkinan besar dibagaikan oleh pembahagian alami seperti tanah gurun, alira lava dan kawasan paya. Setiap kawasan ini mengandungi beberapa kubu yang diduduki sebuah keluarga setiap satu.
Lihat juga
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Khaibar |