Khamis

hari kelima dalam seminggu, selepas hari Rabu

Hari Khamis (disebut [kha.mis] atau [ka.mis]) merupakan hari kelima dalam seminggu dan terletak antara Rabu dan Jumaat. Nama hari ini menyerap bahasa Arab dari يوم الخميسYaum al-Khamīs.

Kepentingan

sunting

Umat Islam digalakkan melakukan ibadah berupa puasa sampingan tidak wajib (atau sunat) selain hari Isnin; pernyataan ini berdasarkan seberapa catatan hadis nabawi tertentu.[1][2]

Umat Judaisme turut dianjurkan agar berpuasa pada hari-hari ini.

Budaya setempat

sunting

Di United Kingdom, pilihan raya biasanya diadakan pada hari Khamis. Hal ini adalah untuk memastikan kehadiran pengundi yang ramai, kerana gaji selalunya dibayar pada hari Jumaat. Jika dibuat pada hari lain, rakyatnya mungkin lebih berminat membeli-belah daripada mengundi.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Is it better to fast on Mondays and Thursdays or on three days of each month? – Islam Question & Answer". Dicapai pada 17 Jun 2019.
  2. ^ "Fasting on mondays – Islamhelpline". Dicapai pada 17 Jun 2019.
  NODES
os 4