Kim Hee-sun
Kim Hee-sun (lahir 11 Jun 1977) ialah seorang pelakon wanita Korea Selatan. Beliau mula terkenal semasa tahun 1990-an selepas muncul di dalam drama Men of the Bath House (1995), Propose (1997), Wedding Dress (1997), Forever Yours (1998), Mister Q (1998), Sunflower (1998) dan Tomato (1999). Kim juga membintangi drama Faith (2012) dan Angry Mom (2015).
Kim Hee-sun | |
---|---|
Kelahiran | |
Nama lain | Kim Hee-seon |
Pendidikan | Teater dan Perfileman |
Pusat pendidikan | Universiti Chung-Ang |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1993–sekarang |
Ejen | Hinge Entertainment |
Pasangan | Park Ju-young (k. 2007) |
Nama Korea | |
Hangul | 김희선 |
Perumian Semakan | Gim Hui-seon |
McCune–Reischauer | Kim Hŭi-sŏn |
Kerjaya
suntingKim Hee-sun memenangi sebuah Pertandingan Kecantikan Wajah Cerah pada tahun 1992 ketika beliau merupakan seorang pelajar sekolah menengah dan mula menjadi model di dalam majalah remaja. Pada tahun 1993, Kim muncul di dalam sebuah iklan komersial untuk Lotte Samkang. Beliau kemudiannya dipilih untuk berlakon di dalam drama Dinosaur Teacher dan dipilih sebagai pengacara untuk program muzik Live TV Music 20 pada tahun yang sama.[1]
She menikmati kemuncak popularitinya semasa pertengahan sehingga lewat tahun 1990-an dengan membintangi drama terkenal termasuk Men of the Bath House (1995), Propose (1997), Wedding Dress (1997), Forever Yours (1998), Mister Q (1998), Sunflower (1998) dan Tomato (1999). Kim memenangi Anugerah Utama di Anugerah Drama SBS 1998 untuk drama Mister Q, menjadikan beliau pemenang Dasesang termuda dalam sejarah ketika berumur 21 tahun.
Beliau membuat penampilan filem pertamanya pada tahun 1997 di dalam Repechage dan pengarah filem tersebut, Lee Kwang-hoon meletakannya di dalam filem beliau yang seterusnya, Ghost in Love (1999). Kim kemudiannya muncul di dalam filem Bichunmoo yang dirakam di China dan mula ditayangkan pada tahun 2000. Walaupun persembahan lakonnanya dikritik, filem ini berjaya meningkatkan popularitinya di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Bersama-sama drama terkenal beliau yang lain, ia berjaya mengukuhkan kedudukanya sebagai seorang bintang Hallyu di China, Hong Kong, Taiwan dan Asia Tenggara.[2][3]
Pada tahun 2001, Kim membintangi filem Wanee & Junah. Walaupun persembahan lakonan beliau menerima ulasan menggalakkan daripada pengkritik, filem ini gagal dari segi komersial. Pada tahun 2003, beliau membintangi filem A Man Who Went to Mars (juga dikenali sebagai A Letter From Mars) bersama Shin Ha-kyun.[4] Beliau kembali ke televisyen menerusi drama My Fair Lady (2003) yang diadaptasi dari drama Jepun, Yamato Nadeshiko dan Sad Love Story (2005) dimana beliau melakonkan watak seorang penyanyi buta. Walau bagaimanapun, kedua-dua drama ini menerima rating rendah.[5][6][7]
Oleh kerana populariti beliau di kalangan penonton China, Kim kemudiannya dipilih untuk berlakon bersama-sama Jackie Chan di dalam filem The Myth. Beliau mempelajari Bahasa Mandarin untuk filem ini.[8] Kembali Korea, beliau mmebintangi drama Smile Again pada tahun 2006. Kim berkahwin pada tahun 2007 dan meninggalkan dunia hiburan. Kim berehat daripada lakonan selama lima tahun dan semasa tempoh ini,[9] beliau menerbitkan sebuah buku bertajuk Kim Hee-sun's Happy Mom Project pada tahun 2009.[10][11][12][13] Walaupun beliau mempunyai peranan kecil di dalam filem China, The Warring States (2011),[14] Kim secara rasminya membuat kemunculan kembali beliau pada tahun 2012 menerusi drama Faith.[15][16][17][18][19][20]
Pada tahun 2013, Kim menjadi salah seorang daripada pengacara musim kedua rancangan varieti, Strong Heart bertajuk Hwasin – Controller of the Heart.[21] Selepas Hwasin dibatalkan, beliau dipilih untuk berlakon di dalam drama Wonderful Days (2014).[22][23] Kim kemudiannya membintangi drama Angry Mom pada tahun 2015 dimana persembahan lakonan beliau dipuji oleh pengkritik.[24] Beliau kemudiannya mula menjalani penggambaran drama fantasi China, Ice Fantasy yang mula disiarkan pada bulan Julai 2016.
Kehidupan peribadi
suntingKim berkahwin dengan ahli perniagaan, Park Ju-young di dalam sebuah majlis yang berlangsung di Hotel Sheraton Grande Walkerhill Seoul pada 19 Oktober 2007.[1][25][26] Beliau melahirkan seorang anak perempuan yang diberi nama Park Yeon-ah pada 21 Januari 2009.[27][28][29]
Filemografi
suntingDrama
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran |
---|---|---|---|
1993 | Dinosaur Teacher | Kim Hee-sun | SBS |
1994 | The Story of Chunhyang | Seong Chunhyang | KBS1 |
1995 | Agatha Christie | Lee Joon-hee | SBS |
Sons of the Wind | Lee Yeon-hwa | KBS2 | |
Men of the Bath House | Kim Soo-kyung | KBS2 | |
1996 | Colors "White Side" | Kim Hye-jin / Song Eun-young | KBS2 |
A Faraway Country | Seo Woon-ha | KBS2 | |
1997 | Propose | Kim Yoo-ra | KBS2 |
New York Story | Jae-in | SBS | |
Wedding Dress | Kim Doo-na | KBS2 | |
1998 | Forever Yours | Han Seo-hee | MBC |
Mister Q | Han Hye-won | SBS | |
Sunflower | Han Soo-yeon | MBC | |
1999 | Tomato | Lee Han-yi | SBS |
Goodbye My Love | Seo Yeon-joo | MBC | |
2003 | My Fair Lady | Ha Min-kyung | SBS |
2005 | Sad Love Story | Park Hye-in | MBC |
2006 | Smile Again | Oh Dan-hee | SBS |
2012 | Faith | Yoo Eun-soo | SBS |
2014 | Wonderful Days | Cha Hae-won | KBS2 |
2015 | Angry Mom | Jo Kang-ja | MBC |
2016 | Ice Fantasy | Lian Ji | Hunan TV |
2017 | Woman of Dignity | Woo Ah Jin | TBA |
Filem
suntingTahun | Tajuk | Peranan |
---|---|---|
1997 | Repechage | Eun-hye |
1999 | Ghost in Love | Jin Chae-byul |
Calla | Kang Ji-hee | |
2000 | Bichunmoo | Sullie |
2001 | Wanee & Junah | Wa-ni |
2003 | A Man Who Went to Mars | So-hee |
2005 | The Myth | Princess Ok-soo |
2011 | The Warring States | Pang Fei |
Rancangan varieti
suntingTahun | Tajuk | Saluran | Nota |
---|---|---|---|
1993 | Live TV Music 20 | SBS | Pengacara |
1995 | TV Time Travel | MBC | Pengacara |
1996-1998 | Live TV Music 20 | SBS | Pengacara |
1999 | There Is Something Special with Kim Hee-sun |
SBS | Pengacara |
2001 | A Very Special Gift with Kim Hee-sun | SBS | Pengacara |
2009 | Human Documentary Love: I Want to Be Thumbelina's Mom Ⅲ |
MBC | Pencerita dokumentari |
2012 | Taxi | tvN | Tetamu, episod 227 |
Running Man | SBS | Tetamu, episod 100 | |
Healing Camp, Aren't You Happy | SBS | Tetamu, episod 74-75 | |
2013 | Hwasin – Controller of the Heart | SBS | Pengacara |
2014 | Happy Together | KBS2 | Tetamu, episod 339 |
2015 | With You All the Way | Zhejiang Satellite TV | Tetamu, episod 4 |
2017 | Knowing Bros | JTBC | Tetamu, episod 66 |
Buku
suntingTahun | Tajuk | Penerbit |
---|---|---|
2009 | Kim Hee-sun's Happy Mom Project | L Company |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Kerja | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1992 | Pertandingan Kecantikan Wajah Cerah | Anugerah Utama (Daesang) | — | Menang |
1995 | Anugerah Drama KBS | Pelakon Baru Wanita Terbaik | Sons of the Wind | Menang |
1996 | Anugerah Seni Baeksang ke–32 | Pelakon Baru Wanita Terbaik (TV) | Men of the Bath House | Menang |
Anugerah Drama KBS | Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita | A Faraway Country, Colors | Menang | |
1997 | Anugerah Drama KBS | Anugerah Populariti | Propose | Menang |
1998 | Anugerah Drama SBS | Anugerah Utama (Daesang) | Mister Q | Menang |
Anugerah Drama MBC | Anugerah Populariti | Forever Yours, Sunflower | Menang | |
2000 | Anugerah Seni Baeksang ke–36 | Pelakon Wanita Paling Popular (TV) | Tomato | Menang |
Anugerah Filem Blue Dragon ke–21 | Anugerah Bintang Popular | Bichunmoo | Menang | |
Anugerah Drama SBS | Anugerah SBSi | Tomato | Menang | |
Anugerah Bintang Besar | Menang | |||
2001 | Anugerah Filem Blue Dragon ke–22 | Pelakon Wanita Terbaik | Wanee & Junah | Tercalon |
Anugerah Bintang Popular | Menang | |||
2002 | Anugerah Seni Baeksang ke–38 | Pelakon Wanita Paling Popular (Filem) | Menang | |
2003 | Anugerah Bintang Terbaik Andre Kim Pertama | Anugerah Bintang | — | Menang |
2005 | Hari Pembayar Cukai ke–39 | Pujian Perdana Menteri | — | Menang |
Anugerah Pencapaian Blue Dragon Universiti Chung-Ang | Penerima | — | Menang | |
2007 | Anugerah Bintang Terbaik Andre Kim ke–3 | Anugerah Bintang | — | Menang |
2009 | Anugerah Bintang Terbaik Andre Kim ke–4 | Anugerah Bintang | — | Menang |
2012 | Anugerah Kecantikan Cosmo ke–9 | Ikon Kecantikan Tahunan | — | Menang |
Anugerah Budaya dan Hiburan Korea ke–20 | Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita | Faith | Menang | |
Anugerah Drama SBS | Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita di dalam Minisiri | Tercalon | ||
Anugerah Populariti | Tercalon | |||
2013 | Anugerah DramaFever Pertama | Pasangan Terbaik bersama Lee Min-ho | Menang | |
2014 | Anugerah Bintang APAN ke–3 | Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita di dalam Drama Bersiri | Wonderful Days | Menang |
Anugerah Drama KBS | Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita | Tercalon | ||
Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Drama Bersiri | Tercalon | |||
2015 | Anugerah Drama Korea ke–8 | Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita | Angry Mom | Tercalon |
Majlis Oriental Anugerah Pengaruh Asia ke–2 | Anugerah Orang Asia Paling Berpengaruh | — | Menang | |
Anugerah Bintang APAN ke–4 | Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita di dalam Minisiri | Angry Mom | Menang | |
Anugerah Drama MBC | 10 Bintang Teratas | Menang | ||
Pasangan Terbaik bersama Ji Soo | Tercalon | |||
Anugerah Utama (Daesang) | Tercalon | |||
Anugerah CARI K Drama ke–4 | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon | ||
2016 | Anugerah Bintang APAN ke–5 | Anugerah Bintang APAN Terbaik | — | Menang |
Rujukan
sunting- ^ a b "Fans Eagerly Await Wedding of Kim Hee-sun". The Chosun Ilbo. 2007-08-10. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ Yeo, Si-dong (2001-07-25). "China's TCL Signs Actress Kim Hee-sun in Promo Deal". The Chosun Ilbo. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ "Actor Ahn Jae-wook and Actress Kim Hee-sun Most Popular in China". The Chosun Ilbo. 2003-11-24. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ "Actors and Actresses of Korean Cinema: Kim Hee-sun". Koreanfilm.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-27. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ Suh, Jung-bo (2004-10-21). "Kim Hee-sun, A Blind Singer in the New Drama Sad Love Song". The Dong-a Ilbo. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ Hwang, You-mee (2005-01-15). "TV dramas woo viewers with top actresses". The Korea Herald. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ "Actress Kim Hee-seon Holds Promo Tour in Japan". KBS Global. 2007-08-03. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-19. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ Song, Won-sup (2004-07-12). "Chinese Press Predict Kim Hee-sun to be Reborn as Representative Brand of Asia". The Chosun Ilbo. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ "Actress on Magazine Cover With Daughter". The Korea Times. 2009-08-19. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ "Kim's 1st Appearance After Delivering Baby". The Korea Times. 2009-04-08. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ "Actress Kim Hee-sun Promotes Her Book at Charity Bazaar". The Chosun Ilbo. 2009-04-11. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ Park, Min-young (2009-04-06). "Celebrity moms, what`s their secret?". The Korea Herald. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ "Actress Kim Hee-sun Set to Make Comeback". The Chosun Ilbo. 2010-01-01. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ Mao, Renjie (2010-03-17). "Why Kim Hee-Sun?". Global Times. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ Sunwoo, Carla (2012-01-05). "Kim Hee-sun lands lead role in Faith". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ Sunwoo, Carla (2012-07-13). "Kim Hee-sun, Lee Min-ho start filming". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ Kim, Ji-yeon (2012-08-10). "Kim Hee Sun and Lee Min Ho of Faith Call Each Other Babies". enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-04. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ Ho, Stewart (2012-08-29). "Kim Hee Sun Says Secret Garden, Sun And The Moon Inspired Her to Return to Acting". enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-29. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ Choi, Bo-ran (2012-09-04). "Actress Kim Hee Sun says, "Unless you accept time goes by, that will give you huge stress"". Star News. Dicapai pada 2012-11-28.
- ^ Yu, Ah-jeong (2012-11-29). "After 5 years, TV beauty has Faith in comeback". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 2012-11-28.
- ^ Ho, Stewart (2013-01-15). "Strong Heart 2 to Be Led By Shin Dong Yeop, Kim Hee Sun and Yoon Jong Shin". enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-16. Dicapai pada 2013-01-15.
- ^ Lee, Sun-min (2014-01-06). "New drama for Kim Hee-sun". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 2014-02-11.
- ^ Kim, Hee-eun (2014-02-10). "Kim Hee-sun gets Wonderful". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 2014-02-11.
- ^ Sohn, Ji-young (2015-03-18). "New MBC drama to address school violence, bullying". The Korea Herald. Dicapai pada 2015-03-19.
- ^ Choi, April (2007-07-30). "Actress Kim Hee-sun's Fiance Is Businessman". The Korea Times. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ "S. Korean star Kim Hee-sun's wedding". Xinhua News Agency. 2007-10-20. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ Garcia, Cathy Rose A. (2009-01-21). "Kim Hee-sun Gives Birth to Baby Girl". The Korea Times. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ "Actress Kim Hee-sun Gives Birth to a Baby Girl". The Chosun Ilbo. 2009-01-23. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ "Popular actress regrets admitting to having a daughter". The Korea Times. 2012-11-24. Dicapai pada 2012-11-30.