Komet
Komet (Jawi: كوميت ), bintang berasap atau bintang berekor merujuk kepada jasad gumpalan batu, ais dan debu[1] serta campuran gas[2] yang bergerak mengelilingi matahari dalam Sistem Suria di angkasa lepas.[3] Ia membeku apabila menjauhi matahari[4] tetapi akan mencair melepaskan gas akibat pendedahan kepada angin dan kesinaran dipancarkan bintang tersebut membentuk suatu "kepala" dan "ekor" gas.[1][2] Jasad-jasad beredar ini datang dari dua tempat utama: lingkaran Kuiper yang menempatkan komet beredar dalam jangka lebih pendek kurang dari 200 tahun dan awan Oort di mana adanya komet beredar dalam jangka lebih panjang dari ratusan atau ribuan tahun[2][5]
Komet memiliki orbit atau lintasan yang berbentuk membujur, lebih lonjong dan panjang daripada orbit planet lalu menempuh jarak lebih jauh di luar angkasa daripada planet; bahkan ada daripada jasad-jasad ini mengambil masa beribu-ribu tahun untuk menyelesaikan satu kali orbit mengelilingi Matahari.[6] Sesetengah akan terlalu hampir dengan matahari lalu terbakar musnah, manakala yang lain terkeluar dari sistem suria buat selama-lamanya. Kadang-kala, komet ini ditarik oleh graviti dan jatuh ke Bumi, Bulan, atau planet-planet yang lain.
Sebanyak lebih 4595 buah komet dapat dikenalpasti setakat April 2021[kemas kini],[7] namun ia hanya sebilangan kecil yang dapat perhatikan dari kira-kira satu trilion unit yang dikirakan boleh wujud menjangkaui luar Sistem Suria terutamanya di awan Oort.[8][9]
Peristilahan
suntingIstilah "komet" berasal dari bahasa Yunani, kometes (κομήτης) yang bererti "rambut panjang" merujuk kepada bentuk hujung jasad.[10][11]
Istilah bintang berekor dan bintang berasap pernah digunakan dalam kefahaman lama masyarakat Melayu[12] meskipun jasad yang dinamakan ini sendirinya bukanlah bintang yang sebenar.[4]
Adapun madahnya kata mereka itu asap dan huwap [wap] naik ia ke sana dan jadi ia suatu jirim yang jernih seperti plastik u[m]pamanya. Kemudian, apabila menyuluh akan di matahari, kelihatan kepada kita berpanjangan hingga bersurai bertaburan dan ghaib ia. Kemudian bagi ulama hai'ah [pengkaji ilmu fizik] yang mutakhirin memanjang mereka itu akan kalam yang berkenaan [mengungkapkan sifat jasad disebut] dengan "bintang berekor"...
— Muqaddimatul-Hai'ah (1389 H/1969 M) karangan Haji Awan Din bin Mat Hassan, m/s. 58
Ciri fizik
suntingSebutir komet terdiri daripada tiga bahagian iaitu nukleus, koma dan ekor. Kedua-dua koma dan ekor komet membalikkan cahaya matahari dan boleh dilihat dari bumi jika komet itu cukup dekat.
Nukleus
suntingNukleus atau teras sesebuah komet umumnya terbentuk dari pengumpulan batu, habuk, air batu serta gas-gas dipejalbekukan termasuk karbon monoksida, karbon dioksida, metana dan ammonia;[13] penggumpalan jisim ini boleh diibaratkan seperti bola salji.[2][14] Sebatian organik seperti metanol, hidrogen sianida, formaldehid, etanol, etana serta molekul rumit seperti hidrokarbon and asid amino turut dapat ditemukan dalam sesetengah nukleus tertentu.[15]
Saiz radius nukleus (bahagian pejal di tengah) komet biasanya dapat diamati mencapai setinggi 30 kilometer[16] dengan ketumpatan 0.6 g/sm padu.[17]
Koma
suntingKoma adalah lapisan atmosfera mengelilingi teras nukleus yang terbentuk daripada pencairan campuran gas dan debu nukleus; 90% daripada lapisan ini terdiri dari air yang meruap dalam jarak peredaran komet sekitar 3-4 unit astronomi (450,000,000-600,000,000 km) dari Matahari.[18]
Saiz koma yang mengelilingi nukleus boleh mencapai 250,000 kilometer lebar.
Ekor
suntingEkor komet membentuk akibat tekanan radiasi dan kuasa kuasa angin dipancarkan ke arah komet.[19] Ekor komet berbeza-beza bentuk dan saiznya; lebih dekat komet tersebut dengan matahari, lebih panjanglah ekornya; ekor ini boleh mencapai lebih 150,000,000 km (1 AU) panjang. Ada juga komet yang tidak berekor.
Ciri orbit
suntingKomet bergerak mengelilingi matahari berkali-kali, tetapi peredarannya memakan masa yang lama. Secara umumnya bentuk orbit komet adalah elips.[20]
Komet dikelaskan mengikut tempoh masa orbitnya:
- Komet jangka pendek (short period comet) mempunyai kitaran kurang dari 200 tahun[21]
- Komet jangka panjang (long period comet) mempunyai kitaran melebihi tempoh ini sehingga ribuan malah jutaan tahun dengan bentuk orbit komet bersipi tinggi.[22]
Pembentukan
suntingKomet dipercayai berasal dari sejenis awan yang jauh dipanggil awan Oort. Ketika komet menghampiri bahagian dalam Sistem suria, radiasi dari matahari menyebabkan lapisan luar ais mengewap. Arus debu dan gas yang dihasilkan membentuk suatu atmosfera yang besar tetapi sangat tipis di sekeliling komet, disebut 'koma'. Akibat tekanan radiasi dan angin suria pada koma ini, terbentuklah ekor raksasa yang menjauhi matahari. Debu dan gas komet akan membentuk dua ekor yang berbeza, di mana ekor debu agak mengikut arah pergerakannya manakala ekor gas (ion) sentiasa menjauhi matahari. Ini disebabkan oleh angin suria lebih mempengaruhi ion gas daripada debu.
Komet terkenal
suntingAhli falak telah menyenaraikan beribu-ribu buah komet, antara yang terkenal ialah:
- Komet Halley, muncul 76 tahun sekali
- Komet Hale–Bopp, dijangkakan kembali sekitar 4380
- Komet Encke, muncul 3 tahun sekali
- Komet West, tempoh orbit sekitar 254,000 tahun
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b Mikrajuddi dkk. IPA TERPADU: - Jilid 3B. Esis.
- ^ a b c d Temming, Maria (15 Julai 2014). "Comets: What Are They? Where Do They Come From?". Sky & Telescope. American Astronomical Society.
- ^ Amir Khosim & Kun Marlina. Geografi SMA/MA Kls X (Diknas). Grasindo.
- ^ a b Mikrajuddin. IPA FISIKA: - Jilid 3. Esis.
- ^ Randall, Lisa (2015). Dark Matter and the Dinosaurs: The Astounding Interconnectedness of the Universe. New York: Ecco/HarperCollins Publishers. m/s. 104–105. ISBN 978-0-06-232847-2.
- ^ Brian Williams. Fakta Paling Top: Alam Semesta. Erlangga for Kids.
- ^ "Comets Discovered". Minor Planet Center. Dicapai pada 27 April 2021.
- ^ Erickson, Jon (2003). Asteroids, Comets, and Meteorites: Cosmic Invaders of the Earth. The Living Earth. New York: Infobase. m/s. 123. ISBN 978-0-8160-4873-1.
- ^ Couper, Heather; dll. (2014). The Planets: The Definitive Guide to Our Solar System. London: Dorling Kindersley. m/s. 222. ISBN 978-1-4654-3573-6.
- ^ Ajen Dianawati. Intisari Pengetahuan Alam Lengkap (IPAL) SD. Kawan Pustaka.
- ^ Harper, Douglas. "Comet (n.)". Online Etymology Dictionary. Dicapai pada 30 July 2013.
- ^ Lihat:
- Wilkinson, Richard James (1901). "bintang". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 188. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
- Nazilah Mohamad; Nor Hasimah Ismail (2017). "Malay Science: A Study on the 17th Century Dictionary". International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences. 7 (6): 1061–1071. doi:10.6007/IJARBSS/v7-i6/3066. ISSN 2222-6990.
- Nurul Fatini Jaafar (2016). "Kebudayaan Langit Pribumi Malayonesia". Kesturi. Akademi Sains Islam Malaysia. 26 (2): 25–77. doi:10.13140/RG.2.2.24869.55520.
- ^ Greenberg, J. Mayo (1998). "Making a comet nucleus". Astronomy & Astrophysics. 330: 375. Bibcode:1998A&A...330..375G.
- ^ "Dirty Snowballs in Space". Starryskies. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 January 2013. Dicapai pada 15 August 2013.
- ^ Meech, M. (24 March 1997). "1997 Apparition of Comet Hale–Bopp: What We Can Learn from Bright Comets". Planetary Science Research Discoveries. Dicapai pada 30 April 2013.
- ^ Fernández, Yanga R. (2000). "The Nucleus of Comet Hale-Bopp (C/1995 O1): Size and Activity". Earth, Moon, and Planets. 89: 3–25. Bibcode:2002EM&P...89....3F. doi:10.1023/A:1021545031431. S2CID 189899565.
- ^ Britt, D. T.; dll. (2006). "Small Body Density and Porosity: New Data, New Insights" (PDF). 37th Annual Lunar and Planetary Science Conference. 37: 2214. Bibcode:2006LPI....37.2214B. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Disember 2008. Dicapai pada 25 Ogos 2013.
- ^ Combi, Michael R.; dll. (2004). "Gas dynamics and kinetics in the cometary coma: Theory and observations" (PDF). Comets II: 523. Bibcode:2004come.book..523C.
- ^ Clay Sherrod, P. Clay & Koed, Thomas L. (2003). A Complete Manual of Amateur Astronomy: Tools and Techniques for Astronomical Observations. m/s. 66. ISBN 978-0-486-15216-5.
- ^ "The Orbit of a Comet". University of St Andrews. Dicapai pada 1 September 2013.
- ^ Duncan, Martin; dll. (May 1988). "The origin of short-period comets". The Astrophysical Journal Letters. 328: L69–L73. Bibcode:1988ApJ...328L..69D. doi:10.1086/185162.
- ^ "Small Bodies: Profile". NASA/JPL. 29 October 2008. Dicapai pada 11 August 2013.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Komet |