Laut China Selatan

laut

Laut Cina[1] Selatan (Jawi: لاؤت چينا سلاتن) atau Laut Campa (Jawi: لاؤت ‏چمڤا‎‎‎; Arab: بَحر الصَنف, rumi: Baḥr Aṣ-Ṣanf[2]) adalah sebuah laut bahagian Lautan Pasifik terbentang luas yang menghempas ombak betemu daratan yang merangkumi selatan tanah besar Cina (termasuk selat Taiwan, Hongkong dan juga Makau), pulau Taiwan, semenanjung Asia Tenggara (Vietnam dan pantai timur Malaysia), Kepulauan Riau, pulau Borneo, dan kepulauan Luzon merangkumi sekitar 3.500.000 km ². Laut cina selatan berhubung dengan laut China Timur menerusi selat Taiwan, dengan laut Filipina menerusi selat Luzon, laut Sulu melalui selat-selat yang mengililingi kepulauan Palawan (seperti selat Mindodro dan Balabac), selat Melaka menerusi selat Singapura dan laut Jawa menerusi selat Karimata dan Bangka. Bahagian laut cina selatan juga temasuk; teluk Thai, teluk Tonkin dan laut Natuna. Ia terletak di:

Laut Cina Selatan
Laut Campa
paparan imej satelit laut cina selatan
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/South China Sea" tidak wujud.
bahagian timur laut lautan cina selatan
LokasiAsia Tenggara and Asia Timur
JenisLaut
Sebahagian dariLautan Pasifik
Sumber sungai
Negara lembangan
Luas permukaan3,500,000 kilometer persegi (1,400,000 bt2)
PulauList of islands in the South China Sea
PeparitJurang Manila
Petempatan
Laut China Selatan

Beberapa buah kapal ternama telah tenggelam di sini. Antaranya, kapal perang British 'Prince of Wales' dan Repulse. Kapal laut China, Arab dan Belanda turut dikatakan tenggelam di sini dan sebahagian daripadanya masih berada di dasar laut.

Laut Cina Selatan semakin penting kerana menjadi laluan kapal laut dari negara China, Jepun , Korea dan Amerika ke Barat iaitu ke Timur Tengah , India , Asia Selatan dan Afrika. Tambahan pula, dengan adanya telaga-telaga / pelantar petroleum dan gas asli terutama di perairan Sarawak, Brunei dan Terengganu. Laut ini juga disifatkan sebagai laluan strategik bagi perdagangan dan perikanan.[4]

Tuntutan wilayah

sunting

Pulau Spratly yang terletak di sana menjadi kontroversi rebutan negara China, Vietnam, Malaysia , Brunei, dan Filipina. China telah membina pangkalan di sana. Begitu juga dengan Vietnam . Sementara Malaysia memajukan Pulau Layang-Layang sebagai lokasi pelancongan. Pulau Layang-layang sebahagian daripada Kepulauan Spratly.

Rujukan

sunting
  1. ^ lautan bukan pemilikan sesebuah negara atau bangsa (perkataan cina digunakan bagi merujuk pengaruh cina terhadap laut tersebut bukan pemilikan negara China)
  2. ^ Rujuk:
    • Mu'nis, Hussain (1987). أطلس تاريخ الإسلام [Atlas Sejarah Islam] (dalam bahasa Arab). Kaherah: Az-Zahrā' lil-I`lām `Arabīy. m/s. 389. ISBN 977-1470-49-3.
    • M. Th. Houtsma; T. W. Arnold; R. Bassett; R. Hartmann, penyunting (1993). "Baḥr al-Hind". E. J. Brill's first encyclopaedia of Islam: 1913-1936. II. Leiden: Brill. m/s. 580. ISBN 90-04-09796-1.
  3. ^ rujuk rujukan 1, nama cina
  4. ^ [1] ChinaPower, (dalam bahasa Inggeris) 4 Ogos 2017.
  NODES