Leopard 2 merupakan Kereta Kebal Utama Jerman yang dibina oleh syarikat Jerman Krauss-Maffei-Wegmann. Ia dibangunkan pada awal 1970-an dan mula memasuki perkhidmatan pada tahun 1979, menggantikan Leopard 1 yang lebih awal sebagai MBT dalam Bundeswehr. Terdapat pelbagai versi yang berkhidmat dalam angkatan tentera Jerman dan sepuluh negara Eropah dan juga negara bukan Eropah.

Leopard 2A6
Gambar Leopard 2A5
JenisKereta Kebal Utama
Tempat asal Jerman Barat
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1979 - kini
Digunakan oleh Jerman, pelbagai negara (lihat jadual pengguna)
Sejarah pengeluaran
PengeluarKrauss-Maffei
Spesifikasi
Berat62.3 tan
Panjang7.7 m
Lebar3.7 m
Tinggi3.0 m
Krew4

Armorkomposit generasi ke-3; termasuk besi kekerasan tinggi, tungsten dan pengisi plastik dengan komponen seramik.
Senjata
pertama
1 x 120 mm Rheinmetall L55 meriam laras licin.
42 peluru
Senjata
kedua
2 x 7.62 mm MG3
4,750 peluru
EnjinMTU MB 873 Ka-501 12-silinder disel
1,500 HP(1,103 kW)at 2600 RPM.
Kuasa/berat24.2 hp/tan
Sistem ampaiantorsion-bar
Jarak
operasi
550 km
Kelajuan72 km/h

Terdapat dua kelompok pembangunan utama kereta kebal, dari model asal sehingga Leopard 2A4 yang mempunyai perisai turet menegak, dan kelompok "dipertingkat", digelar Leopard 2A5 dan seterusnya, yang mempunyai turet berbentuk sudut mata panah bersama beberapa peningkatan. Kesemua model mempunyai ciri sistem kawalan tembakan digital dengan penjejak jarak laser, meriam utama distabilkan sepenuhnya dan mesingan sepaksi dan peralatan pandang malam (kenderaan pertama menggunakan sistem TV Aras Cahaya Rendah (Low-Light Level TV - LLLTV, penimej haba diperkenalkan kemudian). Kereta kebal Leopard mempunyai keupayaan untuk menangani sasaran bergerak ketika bergerak dipermukaan kasar. Ia mampu mengharung air sehingga ketinggian 4 meter dengan menggunakan snorkel atau 1.2 meter tanpa sebarang persediaan dan memanjat halangan dengan ketinggian lebih 1 meter. Kereta kebal ini dikuasa oleh enjin disel pelbagai bahan api bercaj turbo yang menghasilkan 1,500 kuasa kuda.

Pembangunan

sunting

Walau semasa Leopard mula memasuki perkhidmatan pada tahun 1965, Leopard dengan meriam dipertingkatkan dengan meriam baru Rheinmetall L44 120-mm sedang dipertimbangkan bagi bersaing dengan reka bentuk Soviet terbaru, tetapi ini dibatalkan bagi bergabung dengan projek "kereta kebal super" MBT-70 dengan Amerika Syarikat. MBT-70 merupakan reka bentuk revolusi, tetapi selepas lebihan kos yang besar Jerman mengundurkan diri dari projek tersebut pada 1969.

Pembangunan pada tahap nasional bermula pada 1970 oleh Krauss-Maffei. Setahun kemudian ia dipilih berdasarkan projek Experimentalentwicklung lebih awal (kemudian dinamakan Keiler) pada akhir 1960-an (ia sendiri dihasilkan dari vergoldeter Leopard atau Gilded Leopard), bukannya MBT-70 atau Eber diubah suai. Nama reka bentuk ini dtetapkan pada 1971 sebagai "Leopard 2" dengan Leopard asal secara unduran dikenali sebagai Leopard 1. Tujuh belas prototaip ditempah pada tahun tersebut (hanya enam belas badan dihasilkan). Ia dihadkan kepada berat maksima lima puluh tan metrik.

 
Leopard 2A4 kepunyaan tentera Polish.

Pada 11 Disember 1974 Memorandum Persefahaman ditanda tangan dengan USA bagi kemungkinan penghasilan bersama kereta kebal utama baru, selepas Amerika membeli dan menyiasat badan prototaip nombor tujuh pada 1973. Dengan pengalaman dalam Perang Yom Kippur tahap perlindungan lebih baik ditegaskan bagi prototaip, yang menggunakan perisai cerun dengan banyaknya. Kelas berat ditingkatkan kepada enam puluh tan. Turet prototaip nombor empat belas ditukar bagi menguju tata rajah perisai baru, dan ditukar menjadi turet yang kelihatan lebih bersegi hasil penggunaan perisai berlubang besi menegak; ia sudahpun lebih luas berbanding turet Leopard 1 disebabkan loker simpan peluru dalaman yang besar di belakang. Leopard 2 dengan itu pada awalnya menggunakan perisai kenderaan tegak dan bukannya perisai Chobham sebagaiman sering diperkatakan. PT-14 menggunakan meriam 120 mm Rheinmetall (sebagaimana U.S. Abrams). Selepas dua badan prototaip ini dan tiga turet ditempah, one (PT-20) dipasang dengan meriam 105 mm asal dan sistem kawalan tembakan Hughes, (PT-19) kedua dengan sistem tembakan yang sama tetapi mampu "menukar" meriam dengan rekabentuk Rheinmetall 120 mm (pertukaran yang dicadangkan oleh Amerika), dan satu lagi (PT-21) dipasang dengan sistem kawalan tembakan Hughes-Krupp Atlas Elektronik EMES 13, dengan meriam 120 mm.

Pada musim panas 1976 prototaip 19 dipasang dan dihantar ke USA, bersama badan nombor dua puluh dan kenderaan sasaran khas bnagi menguji perisai. Prototaip ini dikenali sebagai Leopard 2AV (Austere Version) kerana ia mempunyai sistem kawalan tembakan dipermudahkan. Ia tiba di Amerika Syarikat pada akhir Ogos 1976, dan ujian perbandingan antara prototaip Leopard 2 dan XM1 (nama prototaip M1 Abrams) diadakan dari 1 September di Tapak Ujian Aberdeen, berakhir sehingga Disember 1976. Tentera Amerika melaporkan bahawa Leopard 2 dan XM1 setara dalam kuasa tembakan dan pergerakan, tetapi XM1 lebih baik dalam perlindungan perisai. Kini kita tahu bahawa ia benar bagi letupan berongga; tetapi terhadap serangan KE, Leopard 2 mempunyai perlindungan hampir dua kali ganda lebih baik berbanding M1 asal (650 mm hingga 350 mm). Sistem engin disel pelbagai bahan api tarditionannya juga lebih tahan, dan memberikan prestasi setanding dengan penggunaan bahan api lebih rendah, sungguhpun ia menghasilkan bunyi lebih kuat tetapi kurang haba. Badan dua puluh dilengkapi dengan berat simulasi, yang didapati bersamaan hanya berat turet tanpa module perisai dipasang, memansuhkan kesemua data prestasi. Selepas ujian perbandingan badan Leopard 2 dikembalikan ke Jerman bagi penilaian lanjut, tetapi turet 19 kekal dan dipasang kepada badan prototaip tujuh, sementara meriamnya ditukar dengan Rheinmetall 120 mm. Dalam ujian pada March 1977 ia didapati bahawa ia lebih baik berbanding M7 105 mm yang dipasang pada Abrams, yang disahkan dalam pertandingan juru tembak kereta kebal NATO berikutnya.

Sebelum ujian dilakukan pihak Amerika Syarikat telah memilih prototaip Chrysler XM1 bagi pembangunan penuh tetapi tentera masih bersetuju untuk menggunakan Leopard 2. Pada Januari 1977 Jerman memesan sejumlah kecil pra siri tiga badan dan dua turet, dihantar pada 1978. Kenderaan ini memiliki perisai tambahan dihadapan badan. Pada September 1977 1,800 Leopard 2 ditempah, untuk dihasilkan dalam 5 kumpulan. Yang pertama dihantar pada 25 Oktober 1979. Pada ketika itu tentera Belanda telahpun menolak M1 disebabkan kos operasi yang tinggi dan keengganan pihak Amerika untuk memasang meriam 120 mm versi Belanda dan menempah 445 Leopard 2s pada 2 March 1979. Pihak Swiss menempah 35 kereta kebal pada 24 Ogos 1983 dan memulakan pengilangan bawah lesen 345 kenderaan tambahan pada Disember 1987. Dengan itu walaupun gagal mencapai kejayaan sebagai pengeksport utama pada lapan puluhan (tiada kereta kebal generasi itu yang berjaya), jenis ini amat popular pada sembilan puluhan, apabila tentera Jerman yang dikecilkan menawarkan kebanyakan lebihan Leopard 2s pada harga potongan. Hari ini ia menjadi amat berjaya di Europah sehinggakan pengilangnya mengelarnya sebagai Euro Leopard. Bagaimanapun, Perancis, Britain, dan Itali kesemuanya maempunyai kereta kebal utama mereka sendiri pada masa ini.

Sejarah pengilangan

sunting
 
Leopard 2A6M milik Tentera Jerman

Pada September 1977 Kementerian Pertahanan Persekutuan Jerman memutuskan bagi meneruskan dengan rancangan menghasilkan 1,800 kereta kebal Leopard 2s, yang akan dihantar dalam lima kumpulan. Krauss-Maffei sekali lagi dipilih sebagai kontraktor utama, tetapi kali ini Maschinenbau Kiel (MaK), dari Kiel, Germany akan menjadi sub kontraktor utama (45%). Penghantaran bermula pada 1979, dan menjelang 1982 kumpulan pertama 380 Leopard 2; 209 oleh Krauss-Maffei (Nombor Chasis 10001 hingga 10210) dan 171 oleh Mak (Nombor Chasis 20001 hingga 20172) disiapkan. Kereta kebal yang terawal ini dilengkapi dengan peningkat imej, dengan 80 terakhir dilengkapi dengan sistem penderia haba malam yang baru, dan ini kemudiannya dipasangkan juga pada model sebelumnya.

Pelanggan eksport pertama merupakan Tentera Diraja Belanda yang menerima 445 buah kereta kebal antara tahun 1981 dan 1986. Belanda kemudiannya menjual kembali 114 buah darinya (dan satu turet) kepada Tentera Darat Austria dan 100 buah kepada Kanada pada 2007,[1] dan 52 kereta kebal lain kepada tentera Norway. Pasukan bersenjata Sweden turut membeli 280 buah kereta kebal Leopard, 160 buah adalah Leopard 2A4 yang mana dari stok Jerman, digelar Stridsvagn 121dan bakinya 2(S) model (Strv122) sama dengan 2A5. Tentera Darat Sepanyol menyewa 108 buah kereta kebal model 2A4 dalam tempoh peralihan sebelum 219 buah model 2A6 (Leopardo 2E) dibina bawah lesen siap dibina. Tentera Darat Switzerland membeli 380 buah antara tahun 1987 dan 1993. Beberapa buah negara turut menggunakan pelbagai versi termasuk Poland, Angkatan Tentera Denmark, Pasukan Pertahanan Finland, Tentera Greece, Tentera Darat Turki dan Tentera Darat Chile. Jerman menggunakan sekitar 2,125 buah (2006) dalam pelbagai versi.

Rekabentuk ini turut diuji di Britain pada 1980-an, yang akhirnya memutuskan bagi membina Challenger 2. Tentera Darat Australia menilai Leopard 2 Jerman sebagai pengganti kereta kebal Leopard 1 pada tahun 2003 tetapi kemudiannya memutuskan untuk membeli M1A1 Abram.

Kejayaan penjualan Leopard 2 (seperti Greece memilih Leopard 2 berbanding M1 Abrams dan Leclerc) adalah bukti kukuh bahawa Leopard 2 merupakan salah satu kereta kebal paling laku di dunia. Sehingga kini, pertempuran yang dilalui Leopard 2 hanyalah semasa operasi oleh Pasukan Kosovo - KFOR di Kosovo dan kuasa Barat dalam Perperangan Afghanistan (2001–kini).

Variasi

sunting

Leopard 2A1

sunting

Sejumlah perubahan kecil dan pemasangan penglihatan haba juru tembak dipasang pada kumpulan kedua 450 kenderaan Leopard 2 dinamakan A1; 248 oleh Krauss-Maffei (No Chasis 10211 hingga 10458) dan 202 oleh Mak (Nombor Chasis 20173 hingga 20347). Penghantaran model 2A1 bermula pada March 1982 dan berakhir pada November 1983. Dua perubahan besar merupakan penubahsuaian rak peluru bagi menyerupai yang terdapat pada M1 Abrams, dan penukaran reka bentuk penapis bahan api yang mengurangkan tempon mengisi bahan api.

Kumpulan ketiga 300 Leopard 2; 165 oleh Krauss-Maffei (Nombor Chasis 10459 hingga 10623) dan 135 oleh MaK (Nombor Chasis 20375 hingga 20509.) 2A1 bagi kumpulan ketiga dibina antara November 1983 dan November 1984, yang termasuk perubahan kecil tambahan yang kemudiannya dipasangkan juga pada 2A1 awal.

Leopard 2A2

sunting

Nama ini diberikan bagi kenderaan dipertingkatkan bagi kumpulan pertama Leopard 2s, dipertingkatkan pada piwaian kumpulan kedua dan ketiga. Permodenan ini beransur mengganti kumpulan pertama pembidek PZB 200 asal dengan pembidek haba bagi EMES 15 apabila ia didapati. Tambahan lagi peningkatan termasuk pemasangan pembuka penapis dan penutup kepada tangki badan hadapan bagi membenarkan pengisian berasingan, termasuk kenambahan kepingan pelantun bagi periskop dan kepingan pelindung besar bagi melindungi sistem perlindungan NBC. Akhir sekali kereta kebal ini diberikan kabel tunda lima meter baru pada kedudukan berbeza. Program ini bermula pada 1984 dan berakhir pada 1987; kumpulan ketiga dan kelima pada masa ini dihasilkan denganc iri-ciri yang sama. Permodenan kumpulan pertama ini dapat dikenalpasti dengan melihat kepingan bulat penutup di mana pengesan angin lintang bagi sistem kawalan tembakan dibuang.[1]

Leopard 2A3

sunting

Kumpulan keempat 300 kenderaan Leopard 2;165 oleh Krauss-Maffei (No Chasis 10624 hingga 10788) dan 135 oleh Mak (Nombor Chasis 20510 hingga 20644) dihantar antara Disember 1984 dan Disember 1985. Pertukaran utama adalah tambahan set radio digital SEM80/90 (juga dilengkapi pada Leopard 1 pada masa yang sama), dan pintu isian peluru dipetri tutup. Sungguhpun dengan perubahan kecil ini kumpulan baru ini dikenali sebagai 2A3.

Leopard 2A4

sunting

Versi paling meluas keluarga Leopard 2, model 2A4 termasuk pertukaran lebih banyak, termasuk sistem pemendam letupan dan pemadam api automatik, sistem kawalan tembakan digital sepenuhnya yang mampu mengendalikan jenis peluru baru, dan turet dipertingkatkan dengan perisai leper titanium/tungsten.

  • 370 kenderaan Leopard 2; 190 oleh Krauss-Maffei (Chassis Nr. 10789 to 10979) dan 180 oleh Mak (Nombor Chasis 20645 hingga 20825) dihantar antara Disember 1985 dan March 1987.
  • Sungguhpun hanya lima kumpulan ditempah awalnya, kumpulan lain 150 Leopard 2; 83 oleh Krauss-Maffei (No Chasis 10980 hingga 11062) dan 67 oleh Mak (Nombor chasis 20826 hingga 20892) ditempah pada 1987. Ini termasuk bateri baru dan trek rantai, dan lampu amaran pergerakan agar ia dapat dilihat oleh pemandu apabila dia memandu "kepala diluar".
  • Kumpulan lain 100 kenderaan Leopard 2; 55 oleh Krauss-Maffei (No chasis 11063 hingga 11117) dan 45 oleh Mak (Nombor Chasis 20893 hingga 20937) dihantar antara May 1989 dan April 1990, sama seperti yang keenam. Kumpulan lebih kecil 75 kenderaan Leopard 2; 41 oleh Krauss-Maffei (No Chasis 11118 hingga 11158) dan 34 oleh Mak (No Chasis 20938 hingga 20971) dihantar sehingga 1992.

Model lama telah dipertingkatkan kepada piwaian 2A4.

  • Sweden menerima contoh 160 terpakai sebagai pinjaman sementara menantikan 120 Leopard 2(S) yang ditempah.Leopard 2A4 dinamakan Strv121 dalam perkhidmatan Sweden.
  • Finland membeli 124 Leopard 2A4 dari stok simpanan Tentera Jerman.
  • Poland menerima 128 Leopard 2A4 daripada stok simpanan Tentera Jerman sebagai bantuna ketenteraan, hanya membayar kos pengangkutan.
  • Greece telah membeli 183 Leopard 2A4 daripada stok simpanan Tentera Jerman.
  • Sepanyol menyewa 108 Leopard 2A4 terpakai oleh Jerman; antara 2005 dan 2015 selepas bayaran dijelaskan Sepanyol akan memilikinya sepenuhnya.
  • Chile kini menerima penghantaran awal 118 Leopard 2A4 dari Jerman.
  • Turki telah membeli 298 Leopard 2A4 terpakai dari Jerman termasuk 10,000 peluru DM-63 bersama kereta kebal ini.
  • Singapura akan mendapat 102 kereta kebal Leopard 2A4 bersama dengan kereta kebal gantian 30 dan peralatan sokongan dari Jerman; menurut sidang akhbar oleh Kementerian Pertahanan Singapura pada 11 Disembar 2006.[2][3]
  • Pasukan Kanada mengumumkan pada 12 April 2007,[2] Diarkibkan 2008-05-14 di Wayback Machine bahawa mereka akan menerima 100 Leopard 2s. Dari ini, 40 adalah Leopard 2A4s yang akan dibeli dari Belanda. Baki kereta kebal merupakan Leopard 2A6s Belanda (40), kenderaan jurutera (20). Leopard 2A4s akan dihantar ke Kanada sekitar musim gugur pada 2007 untuk disusun menjadi dua skuardon, satu di CFB Gagetown dan datu lagi di CFB Wainwright.[3] Skuardon di Gagetown akan digunakan sebagai melatih anggota kereta kebal sementara skuardon di Wainwright akan digunakan bagi latihan sebelum kegunaan diluar negara. Untuk memenuhi keperluan operasi segera, 20 Leopard 2A6Ms akan dipinjam bagi jangka pendek dari Jerman, bagi menyokong peranan Kanada di Afghanistan.

Digunakan oleh Switzerland

  • mesingan dan peralatan komunikasi buatan Swiss.
  • Perlindungan Senjata Kemusnahan Pukal dipertingkatkan - NBC.

Leopard 2A5

sunting

A5 memperkenalkan perisai tambahan berbentuk baji pada bahagian hadapan dan sisi turet. Sungguhpun fungsi utamanya bagi mematahkan serangan peluru letupan berbentuk (shape charge), perisai jarak juga direka bagi melemahkan penembus tenaga kinetik dengan memaksanya bertukar arah dan menghakisnya pada masa yang sama; ia tidak membentuk perangkap peluru kerana ia tidak memantul penembus keluar bagi menghentam badan atau cecincin turet. Ganggang meriam direka kembali untuk menerima perisai baru. Terdapat peningkatan dalam kandungan perisai. Bahagian dalam kereta kebal dilengkapi dengan lapik serpihan (spall liners) untuk mengurangkan serpihan sekiranya perisai ditembusi. Skirt tepi digantikan dengan jenis baru. The commander's sight was moved to a new position behind his hatch and it received an independent thermal channel. The gunner's sight was moved to the turret roof as opposed to the cavity in the front armour in previous models. A new heavier sliding driver's hatch was fitted. Turret controls went all-electric, increasing reliability and crew safety, and producing some weight savings. A5 entered service in the German tank battalions in mid-1998. Until 2014 Polish Land Forces will receive 105 A5's.

Leopard 2(S) / Strv 122

sunting

Tentera Sweden menggunakan versi Leopard 2, yang menerima nama Strv 122. Ia berasaskan apa yang dikenali sebagai "Leopard 2 Dipertingkat" dan mempunyai ciri perisai dipertingkat pada atas turet dan depan badan, dan sistem kawalan tembak dan perintah dan kawalan diperingkat. Luaran, kenderaan ini boleh dibezakan dari Leopard 2 A5 melalui pelancar asap French GALIX, tong penyimpan berlainan, dan bukaan krew lebih tebal.[4]

Leopard 2A6

sunting

Mempunyai tambahan meriam tebuk licin (smoothbore ) 120 mm L55 (Rheinmetall DeTec AG) dan beberapa perubahan lain. Semua batalion Jerman bagi "pasukan campur tangan krisis" dilengkapi dengan A6, sebagaimana kesemua unit operasi Belanda.

  • Ia diumumkan pada 12 April 2007, bahawa Kanada akan mendapatkan 40 Leopard 2A6 dari Belanda bagi penghantaran pada musim gugur 2007. Di Kanada, kereta kebal ini akan mendapat peningkatan khusus bagi Kanada sebelum dibahagikan kepada dua skuardon, "satu untuk digunakan dan yang kedua bagi pusingan ke pentas bagi membenarkan pembaikian depoh dan pemulihan skuardon pertama."[4] Diarkibkan 2008-05-14 di Wayback Machine

Leopard 2A6M

sunting

Berasaskan model A6 dengan perlindungan tambahan daripada periuk api.

Bibliografi

sunting

Pengguna

sunting
Pengguna Leopard 2
Negara Pengguna Jumlah. Jenis dan perincian
  Austria Tentera Austria 114 114 Leopard 2A4 dan turet tunggal.
  Chile Tentera Chile 118 118 Leopard 2A4 (93 Leopard 2A4 + 25 Gantian) (2007)[5]
  Kanada Pasukan Kanada (100) Merancang mendapatkan 40 Leopard 2A4M dan 40 Leopard 2A6 (Leopard 2A6NL) pada musim luruh 2007. Sewa perantaraan 20 Leopard 2A6M dari Jerman untuk menguguhkan peranan Kanada dalam penjajahan Afghanistan, pada musim panas 2007.[5] Diarkibkan 2008-05-14 di Wayback Machine
  Denmark Tentera Denmark 57 57 Leopard 2A5+[6]
  Finland Tentera Pertahanan Finland 124 124 Leopard 2A4
  Jerman Tentera Jerman, Bundeswehr 457 457 Leopard 2 (2007), 394 Leopard 2 (2011)[7]
  Greece Tentera Greek 353 183 Leopard 2A4 dan 170 Leopard 2A6 (Leopard 2 HEL)
  Belanda Tentera Diraja Belanda 110 82 Leopard 2A6 dan 28 Leopard 2A6 berada dalam simpanan/ untuk dijual
  Norway Tentera Norway 52 52 Leopard 2A4NO (kini mengantikan kereta kebal lama Leopard 1 dengan Leopard 2. Leopard 2A4 akan dipertingkatkan kepada standard A5)
  Poland Tentera Darat Poland 233 128 Leopard 2A4 + 105 Leopard 2A5 [8]
  Portugal Tentera Portugal - dalam perundingan dengan Belanda bagi mendapatkan 22 dari kereta kebal Leopard 2A6 yang hendak dijual
  Singapura Tentera Singapura 011 011 Leopard 2A4 (011 Leopard 2A4 + 011 Spares) (Dalam perolehan)[3]
  Sepanyol Tentera Sepanyol 327 108 Leopard 2A4 dan 219 Leopard 2A6+ (Leopard 2 E)
  Sweden Tentera Sweden 280 120 Leopard 2(S) (Strv 122). 160 Leopard 2A4 (Strv 121) tidak lagi berada dalam perkhidmatan.
   Switzerland Tentera Switzerland 380 380 Leopard 2A4 (Pz 87)
  Turki Tentera Turki 298 298 Leopard 2A4

Rujukan

sunting
  1. ^ Jerchel, Michael (1998). Leopard 2 Main Battle Tank 1979-1998. New York, United States of America: Osprey. m/s. pp. 17-18. ISBN 0-85532-691-4 Check |isbn= value: checksum (bantuan). Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); |pages= has extra text (bantuan)
  2. ^ "Singapore set to acquire refurbished Leopard tanks". Dicapai pada 2007-02-18.
  3. ^ a b "DefenseNews.com: Singapore to buy refurbished Leopard tanks from Germany". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-08. Dicapai pada 2007-02-18.
  4. ^ Swedish Defence Materiel Administration: Leopard 2 - Stridsvagn 122 (Swedish)
  5. ^ "Chile concludes deal to buy 118 tanks from Germany". Dicapai pada 2007-02-18.[pautan mati kekal]
  6. ^ "Financial Report of the Danish Defense Ministry" (PDF) (dalam bahasa Danish). Dicapai pada 2007-02-18.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Bundeswehrplan 2007" (PDF) (dalam bahasa German). Dicapai pada 2007-02-18.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Poland receives first Leopard 2A5 MBTs" (dalam bahasa English). Dicapai pada 2014-05-19.CS1 maint: unrecognized language (link)

Sumber diterbitkan

sunting
  • Jerchel, Michael (1998). Leopard 2 Main Battle Tank 1979-1998. New York, United States of America: Osprey. m/s. 48. ISBN 0-85532-691-4. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Pautan luar

sunting
  NODES
Done 1
News 1