Daerah Lingga

(Dilencongkan daripada Lingga)

Lingga merupakan sebuah daerah pentadbiran yang berada di wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini berada di bawah pentadbiran Bahagian Sri Aman. Pusat pentadbiran bagi daerah ini ialah Pekan Lingga. Daerah ini mempunyai keluasan sebanyak 447.9 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai 12,925 orang.[1]

Lingga
ليڠڬ
Lingga ليڠڬ yang terletak di Malaysia Timur
Lingga ليڠڬ
Lingga
ليڠڬ
Koordinat: 1°21′14″N 111°10′15″E / 1.3538749°N 111.1708324°E / 1.3538749; 111.1708324Koordinat: 1°21′14″N 111°10′15″E / 1.3538749°N 111.1708324°E / 1.3538749; 111.1708324
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSri Aman
Pusat pentadbiranLingga
PBTMajlis Daerah Sri Aman
Pentadbiran
 • Pegawai daerahFrank Lani
Keluasan
 • Jumlah447.9 km2 (172.9 batu persegi)
Penduduk
 • Jumlah12,925
 • Kepadatan29/km2 (75/batu persegi)
Poskod
95xxx

Lingga merupakan sebuah daerah yang baru saja dibentuk di Sarawak pada tahun 2021. Sebelum ini, daerah Lingga merupakan sebuah daerah kecil dalam daerah Sri Aman.[2]

Sejarah

sunting

Semasa pemerintahan keluarga Brooke, Lingga diletakkan di bawah Bahagian Kedua yang kemudiannya dinamakan Bahagian Simanggang. Lingga seterusnya telah dijadikan sebuah daerah kecil di bawah pentadbiran daerah Sri Aman. Pada 28 Oktober 2021, kerajaan telah meluluskan rancangan penubuhan daerah Lingga. Pada 12 Disember, pembentukan daerah Lingga telah diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Tun Openg.[2]

Pentadbiran

sunting

Daerah Lingga terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Lingga yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Sri Aman. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Sri Aman. Di bawah pentadbiran daerah ini, terdapat 98 kampung yang terdiri daripada 13 perkampungan Melayu, 83 rumah panjang dan dua petempatan Cina. Enam orang penghulu dilantik dari kalangan orang Melayu, Iban dan Cina bagi mentadbir setiap kampung.[1]

Politik

sunting

Daerah Lingga diletakkan di bawah dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Lingga (N28) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Batang Lupar (P201) dan DUN Bukit Begunan (N31) yang terletak di kawasan Parlimen Sri Aman (P202).

Geografi

sunting

Daerah Lawas terletak di barat negeri Sarawak, juga di barat bahagian Sri Aman. Daerah Lingga bersempadan dengan daerah Pusa di utara, daerah Sri Aman di timur, daerah Pantu di selatan dan daerah Sebuyau di barat. Batang Lupar membentuk sempadan geografi di utara daerah ini.

Daerah Lingga mempunyai keluasan kira-kira 448 kilometer persegi dan mempunyai titik tertinggi mencecah 818 meter. Bentuk muka bumi di daerah Lingga kebanyakannya merupakan kawasan yang rata dan rendah. Gunung Lesong yang terletak di Taman Negara Gunung Lesong merupakan titik tertinggi di daerah ini. Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini ialah Batang Lupar dan Batang Seterap.

Demografi

sunting
Kumpulan etnik di Lingga
Etnik Peratusan
Iban
  
62.0%
Melayu
  
35.4%
Cina
  
2.6%

Menurut Pejabat Daerah Lingga, terdapat 12,925 orang penduduk yang tinggal di daerah Lingga. Penduduk di daerah ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Iban, Melayu dan Cina. Majoriti penduduk di daerah ini berbangsa Iban, orang Melayu pula membentuk kumpulan kedua terbesar diikuti penduduk berbangsa Cina.[1]

Kemudahan

sunting

Di daerah Lingga, terdapat lapan sekolah yang kesemuanya merupakan sekolah rendah. Sekolah tersebut ialah SK Lela Pahlawan, SK Pulau Seduku, SK Gran Stumbin, SK Sembayang, SK Tanjong Bijat, SK St Dunstan, SK St Paul dan SJKC Chung Hua Lingga. Daerah ini juga mempunyai dua klinik kesihatan, iaitu di Pekan Lingga dan Tanjung Bijat.[1]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d "PROFIL DAERAH - Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Sri Aman". sriaman.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-11-14.
  2. ^ a b Ibrahim, Mohd Iskandar (12 Disember 2021). "Gedong antara lima daerah baharu di Sarawak". Harian Metro. Dicapai pada 14 Disember 2021.
  NODES