Louis van Gaal
Aloysius Paulus Maria van Gaal, ataupun dikenali sebagai Louis van Gaal (lahir 8 Ogos 1951) merupakan pengurus Belanda yang kini menjadi pengurus kelab Manchester United. Sebelum ini, beliau pernah menjadi pengurus Ajax, Barcelona, AZ, Bayern Munich dan pasukan kebangsaan Belanda.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Aloysius Paulus Maria van Gaal | ||
Tarikh lahir | 8 Ogos 1951 | ||
Tempat lahir | Amsterdam, Belanda | ||
Ketinggian | 1.85 m (6 ka 13⁄16 in)[1] | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Manchester United (pengurus) | ||
Kerjaya remaja | |||
RKSV de Meer | |||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1972–1973 | Ajax | 0 | (0) |
1973–1977 | Royal Antwerp | 41 | (7) |
1977–1978 | Telstar | 25 | (1) |
1978–1986 | Sparta Rotterdam | 248 | (26) |
1986–1987 | AZ | 17 | (0) |
Jumlah | 331 | (34) | |
Pasukan diurus | |||
1986–1988 | AZ (pembantu pengurus) | ||
1988–1991 | Ajax (pembantu pengurus) | ||
1991–1997 | Ajax | ||
1997–2000 | Barcelona | ||
2000–2002 | Belanda | ||
2002–2003 | Barcelona | ||
2005–2009 | AZ | ||
2009–2011 | Bayern Munich | ||
2012–2014 | Belanda | ||
2014– | Manchester United | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Kerjaya pengurus
suntingAjax
suntingVan Gaal menjadi pengurus Ajax dari tahun 1991 sehingga 1997. Ajax di bawah van Gaal menjadi tiga kali juara liga pada musim 1993-94, 1994-95 dan 1995-96. Beliau juga membawa Ajax menjuarai Piala KNVB pada 1993 dan Perisai Johan Cruijff pada 1993, 1994 dan 1005. Ajax juga menjuarai Liga Juara-Juara Eropah pada musim 1994-95 selepas menumpaskan Milan. Ajax kemudian menang pada Piala Super UEFA menentang Real Zaragoza, 5-1 pada agregat. Pada tahun 1995, Ajax menewaskan Grêmio pada tendangan penalti pada Piala Toyota (dahulu Piala Antara Benua). Ajax menjadi naib juara pada Liga Juara-Juara 1996 selepas tewas kepada Juventus melalui tendangan penalti.
Zaman kegemilangan Ajax di bawah Gaal amat bermakna pada pada 1990an dan banyak pemain asal Belanda seperti Patrick Kluivert, Marc Overmars, Dennis Bergkamp, Frank, Ronald de Boer, Edgar Davids, Clarence Seedorf, Winston Bogarde, Michael Reiziger dan juga van der Sar.
Selepas kontraknya tamat bersama Ajax pada 1997, Van Gaal menerima Pingat Diraja Orange-Nassau.
Barcelona
suntingBeliau berpindah ke Barcelona pada 1997 untuk menggantikan Bobby Robson dan membantu kelabnya menjuarai dua gelaran liga pada 1997-98 dan 1998-99. Beliau juga membawa Barcelona menjuarai Piala Emas Sepanyol sekali. Van Gaal meninggalkan kelab Catalan itu pada 20 Mei 2008 selepas gagal membawa kelab itu menjuarai liga pada musim 1999-2000. Sebelum itu, Barcelona tewas kepada Deportivo de La Coruña. Beliau kembali untuk melatih pasukan kebangsaan Belanda untuk persiapan menghadapi Piala Dunia 2002
Pasukan kebangsaan Belanda
suntingPasukan kebangsaan Belanda di bawah van Gaal memulakan kempen kelayakan Piala Dunia FIFA 2002. Pada 2011, Belanda menewaskan Andorra, Cyprus dan Estonia. Belanda kemudian tewas kepada Portugal, 2-0. Belanda kemudian menduduki tempat ketiga selepas Republik Ireland yang tanpa kalah. Ketika kedua-dua pasukan bertemu di Dublin, van Gaal percaya pasukannya boleh menang manakala penyokong Ireland berharap bahawa mereka mesti menang untuk layak. Belanda kemudian tewas 1-0 dan tidak dapat layak ke Piala Dunia buat pertama kali sejak 1986.
Van Gaal kemudian mengundurkan diri sebagai pengurus pada 31 Januari 2002 dan digantikan oleh Dick Advocaat.
Kembali ke Barcelona
suntingVan Gaal kembali ke Barcelona untuk musim 2002-03 dan menandatangani kontrak sehingga Jun 2005. Pasukannya memenagani 10 perlawanan pada Liga Juara-Juara tetapi tidak dalam kempen La Liga. Beliau membawa masuk penjaga gol Robert Enke, pemain tengah Gaizka Mendieta dan playmaker Juan Román Riquelme tetapi semua hambar. Riquelme dibeli untuk menggantikan tempat Rivaldo.
Ajax
suntingPada 2004, beliau kembali ke Ajax untuk menjadi direktor teknikal tetapi beliau ada sedikit kontroversi dengan Ronald Koeman.[2][3]
AZ
suntingPada Januari 2005, beliau menggantikan Co Adriaanse sebagai pengurus AZ Alkmaar pada 1 Julai 2005. AZ di bawah van Gaal berjaya menduduki tempat kedua liga pada musim 2005-06 dan 2006-07. Van Gaal juga berjaya membawa AZ sebagai naib juara pada Piala KNVB dan tewas pada kelayakan play-off Liga Juara-Juara UEFA 2007-08 selepas tewas 4-2 kepada Ajax secara agregat.
Van Gaal ingin meninggalkan AZ pada penghujung musim pada 2007-08 selepas AZ menduduki tempat ke-11 liga. Walau bagaimanapun, pemain-pemainnya lebuh suka van Gaal di AZ dan beliau ingin memberi peluang melatih sekali lagi.
AZ memulakan musim 2008–09 dengan dua kekalahan tetapi kelab Alkmaar itu mula rekod tanpa kalah sehingga 18 April. AZ menghabiskan musimnya dengan 28 perlawanan tanpa kalah. Pada hari yang sama, Ajax tewas mengejut 6-2 kepada PSV Eindhoven. AZ dinobatkan sebagai juara liga selepas berjaya mengutip 80 mata manakala pemain AZ, Mounir El Hamdaoui menjadi penjaring terbanyak liga dengan 23 gol.
Bayern Munich
suntingPada 1 Julai 2009, Van Gaal mengambil alih sebagai pengurus Bayern Munich. Van Gaal mengatakan itu merupakan kelab impiannya. Pada 28 Ogos 2009, Van Gaal menandatangani pemain Arjen Robben dari Real Madrid. Van Gaal memulakan kerjayanya di Bayern hambar selepas hanya menang satu daripada empat perlawanan. Bayern juga kalah pada pusingan pertama Liga Juara-Juara UEFA 2009-1 selepas dua kali tewas kepada Bordeaux. Van Gaal membawa masuk banyak pemain muda seperti Thomas Müller, Holger Badstuber dan Bastian Schweinsteiger serta penyerang Itali Luca Toni.
Pada 8 Mei 2010, FC Bayern menjadi juara Bundesliga selepas menang 3-1 ke atas Hertha BSC, membuat van Gaal menjadi jurulatih Belanda pertama memenangi Bundesliga. Pada 15 Mei 2010, Bayern menjuarai DFB-Pokal selepas menewaskan Werder Bremen, 4-0.
Pada perlawanan Liga Juara-Juara, Bayern menang 4–4 melalui gol lawan pada suku akhir menentang Manchester United. Bayern kemudian menang 4-0 pada agregat menentang Olympique Lyonnais pada separuh akhir. Pada perlawanan akhir, van Gaal bertemu bekas murid dan pembantunya di Barcelona, iaitu jurulatih Inter, José Mourinho. Bayern tewas 2-0 pada perlawanan akhir kepada Inter. Pada 25 Mei 2010, Karl-Heinz Rummenigge melanjutkan kontrak van Gaal di Bayern selama setahun. Pada penghujung musim, van Gaal diundi sebagai pengurus bola sepak terbaik Jerman oleh pemain bola sepak profesional Jerman.
Van Gaal memulakan musim 2010-11 dengan menjuarai DFL-Supercup selepas 14 tahun. Pada 7 Mac 2011, Bayern membatalkan kontrak van Gaal selepas penghujung musim 2010-11. Beliau kemudian dipecat pada awal musim 2011.
Kembali ke Belanda
suntingPada 6 Julai 2012, Van Gaal menjadi jurulatih kebangsaan Belanda yang baru. Beliau bersama Belanda memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2014 dan pasukannya memenangi sembilan perlawanan, satu seri dan tanpa kalah. Ketika Piala Dunia 2014, Belanda mengejutkan juara dunia, Sepanyol, 5-1. Kemenangan ini diikuti 3-2 ke atas Australia dan 2-0 ke atas Chile, Belanda menjadi juara kumpulan. Pada pusingan 16 menentang Mexico, Belanda hampir tewas 1-0 namun jaringan anak buahnya, Wesley Sneijder pada penghujung perlawanan membantu menyamakan kedudukan. Nasib Belanda amat bertuah apabila pasukan van Gaal dianugerah sepakan penalti selepas Arjen Robben dijatuhkan dan Belanda menang 2-1.
Pada perlawanan suku akhir menentang Costa Rica, van Gaal membuat pecaturannya menggatikan Jasper Cillessen kepada Tim Krul pada akhir perlawanan. Krul menjadi wira apabila menyelamat dua tendangan penalti oleh pemain Costa Rica dan Belanda bertemu Argentina di separuh akhir. Tetapi Belanda tewas pada sepakan penalti dan terlepas perlawanan akhir. Belanda menewaskan Brazil, 3-0 pada perlawanan penentuan tempat ketiga hasil jaringan Robin van Persie, Daley Blind dan Georginio Wijnaldum.
Manchester United
suntingVan Gaal disahkan bahawa akan menggantikan David Moyes sebagai jurulatih baru Manchester United pada 19 Mei 2014. Beliau menandatangani kontrak tiga tahun selepas tamatnya Piala Dunia 2014. Van Gaal membawa masuk pemain tengah, Ander Herrera bersama bayaran £29 juta dan pemain pertahanan Luke Shaw sebanyak £30 juta. Pada 26 Ogos, beliau menandatangani pemain sayap Argentina, Ángel Di María dari Real Madrid dengan bayaran £59.7 juta dan merupakan rekod baru yang ditandatangani kelab Inggeris. Beliau juga membawa masuk Daley Blind dari Ajax Amsterdam sebanyak £14 juta. Yang paling mengejutkan ialah van Gaal ingin menggunakan khidmat Radamel Falcao secara pinjaman dari AS Monaco dengan bayaran £6 juta.
Pada 24 Julai, perlawanan pertama van Gaal bersama United ketika pasukannya membelasah LA Galaxy 7–0 pada perlawanan persahabatan pra-musim denga menggunakan formasi 3-5-2. United memengani Piala Juara-Juara Antarabangsa 2014 di bawah van Gaal selepas menewaskan Liverpool pada 4 Ogos di Amerika Syarikat.
Van Gaal tewas pertama kali bersama United ketika perlawanan pembukaan liga, tewas 2–1 kepada Swansea City. Pada 26 Ogos, United tewas memalukan 4-0 kepada MK Dons pada pusingan kedua piala liga. Van Gaal memengani pada perlawanan pertama liga bersama United ketika menentang Queens Park Rangers, 4-0. Selepas 10 perlawanan, United menduduki tempat kesembilan denga dua perlawanan. United memulakan aksi yang teruk sejak musim 1986-87 di bawah pengurus Ron Atkinson.<
Pada 8 November 2014, United menang 1-0 ke atas Crystal Palace dan menang 2-1 ke atas Arsenal merupakan kemenangan pertama van Gaal di tempat lawan. United kemudian melonjak ke tangga keempat liga.
Kemenangan di Emirates itu diikuti ke atas Hull City, Stoke City dan Southampton dan akhirnya United melonjak ke tangga ketiga liga. Selepas menang 3-0 ke atas Liverpool, United berjaya melakar rekod enam perlawanan tanpa kalah buat pertama kali sejak musim 2012-13 di bawah Alex Ferguson.
Statistik kerjaya
suntingKelab
suntingKelab | Musim | Liga | Piala | Eropah | Jumlah | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Ajax | 1971–72 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 |
1972–73 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | |
Jumlah | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | |
Royal Antwerp | 1973–74 | 9 | 2 | 3 | 0 | — | 12 | 2 | |
1974–75 | 3 | 0 | 6 | 2 | — | 9 | 2 | ||
1975–76 | 19 | 4 | 2 | 2 | 4 | 0 | 25 | 6 | |
1976–77 | 10 | 1 | 1 | 0 | — | 11 | 1 | ||
Jumlah | 41 | 7 | 12 | 4 | 4 | 0 | 57 | 11 | |
Telstar | 1977–78 | 25 | 1 | - | - | — | 25 | 1 | |
Jumlah | 25 | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | 25 | 1 | |
Sparta Rotterdam | 1978–79 | 31 | 5 | - | - | — | 31 | 5 | |
1979–80 | 33 | 1 | - | - | — | 33 | 1 | ||
1980–81 | 33 | 5 | - | - | — | 33 | 5 | ||
1981–82 | 24 | 1 | - | - | — | 24 | 1 | ||
1982–83 | 33 | 5 | - | - | — | 33 | 5 | ||
1983–84 | 34 | 2 | - | - | 6 | 0 | 40 | 2 | |
1984–85 | 30 | 4 | 3 | 0 | — | 33 | 4 | ||
1985–86 | 31 | 3 | - | - | 4 | 0 | 35 | 3 | |
Jumlah | 248 | 26 | 3 | 0 | 10 | 0 | 261 | 26 | |
AZ | 1986–87 | 17 | 0 | - | - | — | 17 | 0 | |
Jumlah | 17 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 17 | 0 | |
Jumlah kerjaya | 331 | 34 | 15 | 4 | 14 | 0 | 360 | 38 |
Statistik pengurus
sunting- Sehingga 4 Januari 2015
Pasukan | Dari | Sehingga | Rekod | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
BP | M | S | K | % | |||
Ajax | 28 September 1991 | 30 Jun 1997 | 285 | 196 | 49 | 40 | 68.77 |
Barcelona | 1 Julai 1997 | 20 Mei 2000 | 171 | 95 | 32 | 44 | 55.56 |
Belanda | 3 Julai 2000 | 1 Februari 2002 | 15 | 8 | 4 | 3 | 53.33 |
Barcelona | 1 Julai 2002 | 28 Januari 2003 | 30 | 16 | 5 | 9 | 53.33 |
AZ Alkmaar | 1 Julai 2005 | 30 Jun 2009 | 176 | 102 | 38 | 36 | 57.95 |
Bayern Munich | 1 Julai 2009 | 10 April 2011 | 96 | 59 | 18 | 19 | 61.46 |
Belanda | 6 Julai 2012 | 12 Julai 2014 | 28 | 17 | 9 | 2 | 60.71 |
Manchester United | 16 Julai 2014 | Kini | 22 | 11 | 7 | 4 | 50.00 |
Jumlah | 823 | 504 | 162 | 157 | 61.24 |
Penghargaan
suntingPengurus
suntingKelab
sunting- Ajax
- Eredivisie: 1993–94, 1994–95, 1995–96
- Piala KNVB: 1992–93
- Perisai Johan Cruijff: 1993, 1994, 1995
- Liga Juara-Juara UEFA: 1994–95
- Piala UEFA: 1991–92
- Piala Super UEFA: 1995
- Piala Antara Benua: 1995
- Barcelona
- AZ
- Bayern Munich
Antarabangsa
sunting- Belanda
- Piala Dunia FIFA Tempat ketiga: 2014
Anugerah
sunting- Jurulatih Terbaik Onze d'Or: 1995
- Anugerah Rinus Michels: 2007, 2009
- Pengurus Bola Sepak Tahunan Jerman: 2010
Pingat
suntingRujukan
sunting- ^ Ronay, Barney (19 May 2014). "Louis van Gaal: an aristocrat of the game". Irish Times. Dicapai pada 20 May 2014.
- ^ "Van Gaal resigns from Ajax role". UEFA Official Website. 20 October 2004. Dicapai pada 20 June 2014.
- ^ "Van Gaal resigns from post at Ajax". CNN. 20 October 2004. Dicapai pada 20 June 2014.