M. Kayveas
Tan Sri Dr. M. Kayveas (lahir 29 April 1954) PSM, ialah mantan Presiden Parti Progresif Rakyat, mantan Ahli Parlimen bagi kawasan Taiping serta mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Tan Sri Dr M. Kayveas PSM, PJN; SMW (WP) | |
---|---|
Dalam jawatan 1993 – Mei 2018 | |
Didahului oleh | SI Rajah |
Digantikan oleh | Maglin Dennis D'Cruz |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Taiping, Perak | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Didahului oleh | Kerk Kim Tim @ Kerk Choo Ting |
Digantikan oleh | Nga Kor Ming |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ladang Benta, Kuala Lipis, Pahang, Malaya (kini Malaysia) | 29 April 1954
Parti politik | myPPP (2018-) BN-PPP (sehingga 2018) |
Pasangan | Puan Sri Blanche Olbery |
Kekalahan dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008
suntingPada Pilihanraya Umum Malaysia ke-12 yang berlangsung pada 8 Mac 2008, M. Kayveas yang merupakan calon tunggal dari Parti Progresif Rakyat dan bertanding untuk Parlimen Taiping telah dikalahkan oleh lawannya Nga Kor Ming dari Parti Tindakan Demokratik. Kegagalan ini bermakna kerajaan pusat Barisan Nasional buat penggal ini tidak akan ada wakil dari Parti Progresif Rakyat.
Isu-isu yang dibangkitkan
suntingTahun 2007
suntingIsu CTOS
suntingBerikutan ramai rakyat Malaysia merungut tentang Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS), didakwa disenarai hitam dalam sistem CTOS setelah menghadapi masalah kewangan seperti gagal menjelaskan bayaran ansuran atau melunaskan pinjaman, agensi itu juga didakwa gagal untuk mengeluarkan nama peminjam walaupun telah melangsaikan tunggakan pinjaman, selain memaparkan maklumat kewangan remeh yang menjejaskan kewibawaan kredit seseorang. Pada 25 Jun 2007, beliau berkata kerajaan Malaysia tidak pernah mengiktiraf CTOS ntuk menyalurkan maklumat kewangan individu kepada institusi perbankan atau pihak lain bagi tujuan rujukan.[1] Dalam kenyataan balas CTOS menyatakan bahawa maklumat yang diberikan adalah hasil dari maklumat yang terdapat bagi umum, contohnya laporan muflis dari akhbar harian dan sebagainya.
MIC monyet dalam sangkar
suntingAnak Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu, Vell Paari, dilaporkan berkata seorang pemimpin akar umbi PPP mengesahkan bahawa Kayveas telah mencerca MIC pada satu perjumpaan PPP. Pada 19 Mei 2009, Kayveas menafikan kononnya beliau menyifatkan MIC sebagai "monyet dalam sangkar".[2]
Tahun 2009
suntingKrisis Kepimpinan
suntingBerlaku krisis kepimpinan di antara beliau dan Datuk T. Murugiah.
Keputusan pilihan raya
suntingTahun | Perlembagaan | Kerajaan | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | Majoriti | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | P60 Taiping, Perak | M. Kayveas (PPP) | 20,129 | 47.41% | Ong Chee Keng (DAP) | 17,957 | 42.29% | 2,172 | ||
Annah Dorai Pakiri (PKR) | 4,371 | 10.30% | ||||||||
2008 | M. Kayveas (PPP) | 16,800 | 35.65% | Nga Kor Ming (DAP) | 28,098 | 59.63% | 11,298 |
Rujukan
sunting- ^ Sila lihat:
- Kerajaan tidak pernah iktiraf CTOS, 25 Jun 2007, Utusan Malaysia
- Momen (1987), p.176
- ^ http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/5/19/mstar_berita/20090519153717&sec=mstar_berita Kayveas nafi anggap MIC 'monyet dalam sangkar'
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2011. Dicapai pada 11 July 2010. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) Percentage figures based on total turnout.