Massif (dari bahasa Perancis bermaksud 'besar') merujuk kepada sebuah rantau - sama ada terletak dalam sesebuah banjaran atau terpencil - yang terdiri daripada satu atau beberapa gugusan gunung-ganang, dari sudut pandangan para pendaki. Secara geologi, khususnya dalam kajian pergerakan kerak, ia merupakan bahagian kerak bumi yang ditandai dengan sesaran-sesaran atau fleksur. Sesebuah massif cenderung untuk mengekalkan struktur dalamannya sementara digantikan secara keseluruhan. Tambahan pula, ia adalah unit struktur yang lebih kecil daripada plat tektonik, dan merupakan penyumbang keempat terbesar dalam geomorfologi.

Gunung-ganang sekitar Massif Central, Auvergne, Perancis.

Massif juga boleh terbentuk di dasar laut, misalnya Massif Tamu di Lautan Pasifik Utara dan Massif Atlantis di Lautan Atlantik; bahkan juga di luar Bumi, seperti di kawasan Cydonia di Marikh.

Gugusan massif di sekitar Cydonia di planet Marikh. Ihsan daripada Agensi Angkasa Eropah.



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

  NODES