Mata pelajaran Hogwarts

Sekolah Sihir Hogwarts ialah sebuah sekolah sihir rekaan sebagai latar dalam cerita bersiri J.K. Rowling iaitu Harry Potter. Terdapat beberapa orang pengajar (yang dipanggil professor), yang mempunyai pengkhususan dan mata pelajaran Hogwarts masing-masing. Terdapat mata pelajaran teras (wajib) dan elektif (pilihan). Para pelajar dikehendaki mengambil dua mata pelajaran elektif bermula pada tahun ketiga. Setelah mengambil P.S.B @ O.W.L pada tahun kelima, mereka akan menentukan kelas mana yang akan diambil untuk melanjutkan pelajaran ke tahap U.S.S.M bagi 2 tahun terakhir di Hogwarts.

Mata Pelajaran Teras

sunting

Transfigurasi

sunting

Sebagai satu seni metamorfosis, Transfigurasi ialah mengubah bentuk dan keadaan sesuatu objek. Subjek ini lazimnya boleh dilakukan dengan tumpuan penuh, hayunan tongkat sakti yang tepat dan pengucapan jampi yang betul. Salah satu mata pelajaran yang leceh dan sukar, subjek ini sememangnya memerlukan pemerhatian dan usaha yang sangat kuat. Transfigurasi diajar secara teras bagi tahun pertama hingga tahun kelima dan menjadi subjek pilihan pada tahun keenam dan ketujuh bagi tahap U.S.S.M.

Albus Dumbledore pernah mengajar subjek ini sebelum menjadi pengetua dan diambil alih kemudiannya kini oleh Minerva McGonagall, yang juga seorang guru yang berkebolehan dan tegas serta mengambil berat dalam hal disiplin pelajar. Selepas peristiwa pecah masuk Death Eater ke Hogwarts, McGonagall terpaksa mengambil alih jawatan Pengetua dan tidak diketahui lagi sama ada pengajar baru atau beliau sendiri mengajarnya.

Terdapat kebarangkalian yang menyatakan Ketua Rumah Gryffindor terikat dengan jawatan pengajar Transfigurasi.

Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam

sunting
 
Latar kelas Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam yang sering digunakan dalam filem sejak Harry Potter and the Chamber of Secrets.

Suatu ilmu tentang teknik mengelak, menghalang atau menghapuskan ilmu hitam dd makhluk jahat seperti Boggarts. Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam wajib dipelajari bagi tahun pertama hingga kelima dan pilihan bagi tahap U.S.S.M.

Jawatan ini pernah dipohon oleh Lord Voldemort sebanyak dua kali tetapi ditolak. Menurut Dumbledore, sejak dari itu, tiada seorangpun guru subjek ini yang dapat bertahan lebih dari setahun di Hogwarts. Ini menyebabkan mutu dan cara penyampaian mata pelajaran ini berlainan dari tahun ke tahun kerana perbezaan pengajar.

Sejak kedatangan Severus Snape ke Hogwarts sebagai guru, beliau telah memohon untuk jawatan ini tetapi ditolak Dumbledore malah menawarkan Snape jawatan guru Posyen. Oleh kerana semua guru Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam meninggalkan Hogwarts setiap tahun, Snape sentiasa memohon akan jawatan ini tetapi tetap ditolak yang berkemungkinan latar belakangnya sebagai penyokong Lord Voldemort. Terdapat spekulasi mengatakan, jika Dumbledore memberi jawatan itu kepada Snape, subjek itu akan lebih mempengaruhinya kearah kejahatan.

Pada masa kedatangan Harry Potter ke Hogwarts, kepercayaan yang mata pelajaran ini disumpah memang dipegang oleh semua warga Hogwarts. Maka, Gilderoy Lockhart dikatakan satu-satunya pengganti Profesor Quirrell. Tiga tahun kemudian, setelah kepercayaan tentang sumpahan ke atas subjek itu berleluasa, Dumbledore amat sukar untuk mencari pengganti sehinggakan Kementerian Sihir meletakkan Dolores Umbridge sebagai pengajar. Walau bagaimanapun, selepas Umbridge berundur, Dumbledore memberikan jawatan itu kepada Snape juga akhirnya setelah lama diidamkannya. Tetapi, Snape turut menjadi mangsa sumpahan ketika beliau turut meninggalkan Hogwarts selepas pembunuhan Dumbeldore dan menjadikan kekosongan jawatan itu sekali lagi.

Dalam enam siri yang pertama, pengajar Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam memainkan peranan utama dalam cerita; yang berakhir dengan meninggalkan jawatan itu dan digantikan, atau dipaksa untuk diberhentikan, mahupun terbunuh.

Senarai Pengajar Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam

sunting

Pengajar mata pelajaran Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam termasuklah:

Mantera

sunting

Satu pergerakan dan manipulasi ke atas suatu objek dan ciptaan oleh fenomena yang ditentukan oleh hayunan tongkat sakti dan pengucapan jampi yang betul. Kelas ini merupakan antara kelas yang bising kerana sekumpulan pelajar akan berlatih bagaimana menggerakkan suatu objek ke arah mereka dan pada masa yang sama akan membuatkan yang lain ketawa dengan kuat kerana kesilapan dalam mantera tersebut. Mantera di ajar bagi pelajar tahun pertama hingga tahun kelima dan pilihan bagi pelajar U.S.S.M. tahun keenam dan ketujuh.

Filius Flitwick merupakan pengajar subjek ini pada ketika ini dan mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran yang akan diajar J. K. Rowling jika beliau merupakan pengajar di sana.

Posyen

sunting

Seni membuat posyen untuk menimbulkan kesan magis. Pembuatan posyen amatlah leceh dan arahan harus dituruti sebulat-bulatnya untuk memperoleh keputusan yang dikehendaki. Posyen diajar bagi pelajar tahun pertama hingga tahun kelima dan pilihan bagi pelajar U.S.S.M. tahun keenam dan ketujuh.

Severus Snape merupakan pengajar Posyen dari siri pertama hingga siri kelima, walaupun beliau amat mengkehendaki jawatan pengajar subjek Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam. Walaupun beliau seorang guru yang bertauliah, beliau amat tidak adil dalam hal disiplin dan sering mengambil kesempatan dalam mengenakan pelajar yang tidak digemarinya seperti Neville Longbottom (kerana kelemahannya dalam pelajaran) dan Harry Potter (kerana perasaan benci terhadap bapa Harry). Pelajar dari rumah (Slytherin) amat menyukai kelasnya kerana sikap Snape yang sering berat sebelah.

Horace Slughorn merupakan seorang pengajar Posyen Hogwarts sebelum Snape mengajar di sekolah itu. Slughorn menjawat jawatan itu untuk satu tempoh yang lama dan pelajarnya termasuklah Tom Riddle, Lily Evans, James Potter, Sirius Black, Peter Pettigrew, Bellatrix Lestrange dan Snape sendiri. Apabila Snape menyandang jawatan guru Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam, Slughorn telah diminta untuk kembali dari persaraanya untuk mengajar subjek ini.

Minerva McGonagall menjelaskan kepada Harry pada nasihat kerjayanya yang mata pelajaran ini amatlah penting untuk diambil pada tahap U.S.S.M. untuk menjadi seorang Auror.

Terdapat kebarangkalian yang menyatakan Ketua Rumah Slytherin terikat dengan pengajaran Posyen.

Astronomi

sunting
 
Latar kelas Astronomi yang digunakan dalam filem

Astronomy di Hogwarts boleh dikatakan melibatkan penamaan dan menghampiri konsep astrologi. Lazimnya pelajar dikehendaki menamakan bintang, buruj, planet dan bulannya serta mengetahui kedudukan dan pergerakannya lalu melengkapkan carta. Kelas ini berada di menara yang tertinggi. Astronomi diajar bagi pelajar tahun pertama hingga tahun kelima dan pilihan bagi pelajar U.S.S.M. tahun keenam dan ketujuh.

Profesor Sinistra merupakan pengajar mata pelajaran ini buat waktu sekarang.

Sejarah Sihir

sunting

Pembelajaran sejarah dunia Sihir. Sejarah Sihir diajar bagi pelajar tahun pertama hingga tahun kelima dan pilihan bagi pelajar U.S.S.M. tahun keenam dan ketujuh.

Pengajar subjek ini ialah Profesor Binns, tidak begitu menarik malah membosankan. Beliau merupakan satu-satunya hantu yang mengajar; ada yang mengatakan beliau sendiri tidak menyedari kematiannya. Dia bangun dari tempat duduknya di bilik staf dan mendapati badannya tertinggal di belakang.

Binns menghabiskan waktu kelasnya dengan bersyarah, dan seperti tidak kisah yang ahli kelasnya tidak menumpukan perhatian kepadanya.

Herbologi

sunting

Kajian tentang tumbuhan sihir (seperti mandrake), cara menjaga, menggunakan atau mengatasinya. Herbologi dijalankan di rumah hijau. Pelajar tahun pertama menggunakan Rumah Hijau Satu kerana Rumah Hijau Tiga (yang mulai digunakan pada tahun kedua) mempunyai tumbuhan yang lebih berbahaya. Mantera diajar bagi pelajar tahun pertama hingga tahun kelima dan pilihan bagi pelajar U.S.S.M. tahun keenam dan ketujuh.

Pomona Sprout merupakan pengajar Herbologi buat ketika Harry bersekolah. Herbologi merupakan satu-satunya subjek yang boleh dikuasai oleh Neville Longbottom yang kemudiannya dia pula mengajar subjek ini setelah tamat sekolah.

  NODES