Grand Prix Motosikal

(Dilencongkan daripada MotoGP)
Grand Prix Motosikal
Musim ini, persaingan atau edisi:
Current sports event Grand Prix Motosikal musim 2022
Logo rasmi MotoGP
SukanPermotoran
Ditubuhkan1949
Bil. pasukan7
NegaraAntarabangsa
Juara laluPerancis Fabio Quartararo (MotoGP),
Australia Remy Gardner (Moto2),
Sepanyol Izan Guevara (Moto3)
Rencana berkaitan dengan Grand Prix Motosikal:

Perlumbaan Superbike
Perlumbaan Supersport

Senarai:
Pelumba
Juara Dunia
Juara Eropah
Grand Prix
Motosikal

Kejohanan Dunia Hadiah Besar Motosikal (Bahasa Perancis: Grand Prix Moto disingkat kepada MotoGP) merujuk kepada perlumbaan motosikal paling utama yang setaraf dengan Formula Satu. Ia terbahagi kepada 3 kategori perlumbaan iaitu 125cc, Moto2 (sebelumnya 250cc) dan kelas MotoGP. MotoGP menggunakan motosikal khas yang hanya digunakan dalam perlumbaan dan tidak terdapat di atas jalan raya; tidak seperti Kejohanan Superbike Dunia yang menggunakan model motosikal superbike yang sedia ada untuk kegunaan di atas jalan raya.

Pengenalan

sunting
 
Motosikal Yamaha YZR-M1 MotoGP

Kejohanan Grand Prix Motosikal mula dianjurkan oleh Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) sejak tahun 1949. Sepanjang tradisinya, perlumbaan tersebut terbahagi kepada beberapa kelas motosikal tertentu seperti 50cc, 80cc, 125cc, 350cc dan 500cc. Kategori khusus untuk motosikal dengan tempat duduk sisi (sidecar) juga pernah diadakan bagi kategori 350cc dan 500cc. Kini, hanya 3 kategori perlumbaan sahaja diadakan iaitu 125cc (2 lejang), 250cc (2 lejang) dan kelas MotoGP (800cc 4 lejang).

Asalnya, semua kategori di dalam Grand Prix Motosikal kebanyakannya disertai pelumba motosikal 4 lejang. Bilangan motosikal 2 lejang yang mengambil bahagian bertambah pada dekad 1960-an dan pada dekad 1970-an, kesemua kategori telah didominasi sepenuhnya oleh motosikal 2 lejang.

Kelas MotoGP mula menggantikan kelas 500cc 2 lejang pada tahun 2002, asalnya menggunakan motosikal 4 lejang 990cc kerana secara teorinya enjin motosikal 2 lejang mempunyai kuasa kuda yang hampir sama dengan motosikal 4 lejang yang mempunyai 2 kali ganda saiz sesaran enjin. Walau bagaimanapun, kemajuan teknologi automotif menjadikan motosikal 4 lejang tersebut jauh lebih berkuasa daripada nilai teori, maka had sesaran enjin bagi kategori MotoGP diturunkan kepada 800cc bermula musim 2007. Kelas-kelas lain (125cc dan 250cc) juga berkemungkinan akan digantikan dengan kelas 4 lejang yang lain (400cc dan 600cc) menjelang tahun 2010.

Sejarah

sunting
 
Ruang papan pemuka pada sebuah motosikal MotoGP.

Seperti juga Formula Satu, motosikal yang digunakan di dalam MotoGP menggunakan bahan-bahan yang ringan dan mahal seperti titanium dan plastik gentian karbon. Biasanya, teknologi yang digunakan di dalam MotoGP juga tidak terdapat pada motosikal jalanan biasa termasuklah teknologi elektronik seperti telemetri, sistem pengurusan enjin dan kawalan pacuan. Brek yang digunakan juga adalah dari jenis brek cakera karbon yang mempunyai kuasa membrek yang tinggi.

Teknologi yang digunakan pada motosikal MotoGP menjadikan kos pembangunan bagi sesebuah motosikal yang mengambil bahagian adalah tinggi, walaupun tidak semahal kereta Formula Satu. Walau bagaimanapun, kos pembangunan bagi motosikal bagi kategori 125 cc dan 250 cc pula lebih rendah, misalnya harga bagi sebuah motosikal asas perlumbaan 125 cc adalah sama seperti harga sebuah kereta kecil.

Selain daripada kos, cabaran utama kepada pasukan yang bertanding adalah untuk memindahkan kuasa kuda sekuat lebih 240 bhp pada sebuah motosikal MotoGP 800 cc kepada bahagian tayar sebesar tapak tangan sahaja yang bersentuhan dengan trek. Kereta Formula Satu 2.4 L dengan kuasa kuda setinggi 750 bhp pula masih mempunyai kawasan sentuhan tayar 10 kali ganda daripada motosikal MotoGP. Oleh itu, pemilihan tayar dengan cengkaman yang sangat baik adalah amat penting kepada pasukan, dan faktor tersebutlah yang didakwa oleh Valentino Rossi sebagai punca kegagalan pasukannya dalam musim tahun 2007.

Pelumba

sunting

Pelumba handalan dunia bertarung bagi merebut kejuaraan siri MotoGP. Peningkatan penyertaan di kalangan pelumba Amerika Syarikat telah menyebabkan litar Laguna Seca ditambah di dalam kalendar kejuaraan MotoGP.

Pada awal dekad 200-an, kelas tertinggi MotoGP didominasi pelumba handalan Itali, Valentino Rossi selama 5 tahun berturut-turut dari 2001-2005. Untuk mencabar kedudukan Rossi, pasukan lawan mula melatih pelumba-pelumba muda dengan jentera-jentera yang lebih baru. Hasilnya, dominasi Rossi dipatahkan oleh Nicky Hayden (juara 2006) dan Casey Stoner (juara 2007).

Malaysia juga pernah menghasilkan bekas pelumba kategori 250cc iaitu Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, sayangnya beliau bersara setelah Pasukan Petronas Sprinta TVK dibubarkan pada penghujung 2002. Kini, beliau adalah jurulatih sepenuh masa bagi Pasukan Petronas Sprinta Team Racing.

Spesifikasi

sunting

Nota: Peraturan spesifikasi motosikal MotoGP adalah berpandukan peraturan tahun 2007.

125 cc

sunting
 
Gábor Talmácsi menunggang Aprilia 125 cc di GP British 2007

Motosikal satu silinder 2 lejang dengan sesaran enjin tidak melebihi 125 cc serta berat tidak kurang daripada 80 kg. Mulai tahun 2005, usia pelumba kategori 125 cc tidak boleh melebihi 28 tahun atau 25 tahun bagi pelumba baru serta pelumba "wild-card".

250 cc

sunting

Motosikal dua silinder 2 lejang dengan sesaran enjin tidak melebihi 250 cc serta berat minimum tidak kurang daripada 100 kg.

MotoGP

sunting

Motosikal 4 lejang dengan sesaran enjin tidak melebihi 800 cc (sebelum ini 990 cc). Motosikal tertakluk kepada had maksimum muatan tangki bahan api iaitu 21 liter bagi musim tahun 2007. Pasukan serta pengeluar bebas untuk memilih konfigurasi enjin tersendiri tetapi tertakluk kepada had berat minimum seperti berikut:-

Had berat minimum - Kelas MotoGP
Bilangan silinder 2004 Min 2007 Min Perbezaan
2 silinder 135 kg 137 kg 2 kg
3 silinder 135 kg 140.5 kg 5.5 kg
4 silinder 145 kg 148 kg 3 kg
5 silinder 145 kg 155.5 kg 10.5 kg
6 silinder 155 kg 163 kg 8 kg
Pemberian mata - Kelas MotoGP
Kedudukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
Mata 25 20 16 13 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting
  NODES