My Chemical Romance

My Chemical Romance (singkatannya MCR atau My Chem[1]) merupakan satu kumpulan muzik rock yang berasal dari Amerika Syarikat dan ditubuhkan pada 2001. Ahli terkini ialah Gerard Way, Mikey Way, Frank Iero dan Ray Toro

My Chemical Romance
My Chemical Romance membuat persembahan di festival muzik Big Day Out di Perth, Australia, Februari 2007.
Latar belakang
Berasal dariJersey City, New Jersey, USA
GenreRock alternatif, subgenre lain
Syarikat rakaman
Reprise Records/Warner Music
Eyeball Records
Pengkarya berkait
Pencey Prep
Leathermouth
Laman sesawang
mychemicalromance.com
AhliGerard Way
Ray Toro
Frank Iero
Mikey Way
Bekas ahliMatt Pelissier
Bob Bryar

Kumpulan ini melengkapkan kejayaan album sebelumnya dengan album konsep 2006 mereka, "The Black Parade" yang mendapat ulasan umum yang positif di kalangan pengkritik muzik dan mendapat sijil platinum berganda di Amerika Syarikat dan Inggeris, satu-satunya platinum berkembar. Setelah pemergian pemain drum lama Bob Bryar pada bulan Mac 2010, band ini melancarkan album studio keempat mereka, "Danger Days: The True Lives of the Fabulous Killjoys" pada bulan November tahun yang sama dan mendapat ulasan positif. Kumpulan ini menggantikan Bryar dalam konsert jelajah dengan pemain drum termasuk Michael Pedicone dan Jarrod Alexander.

Selepas penambahan keyboardist tour James Dewees pada tahun 2012 dan pelancaran "Conventional Weapons" iaitu siri single yang dirakam pada tahun 2009, Kumpulan ini mengumumkan pembubarannya pada 22 Mac 2013, satu bulan setelah keluaran terakhir siri "Conventional Weapons". Selepas perpisahan kumpulan ini, sebuah album hits terhebat berjudul "May Death Never Stop You" dikeluarkan pada bulan Mac 2014.

Penerbitan ulang tahun kesepuluh "The Black Parade", yang diberikan judul "The Black Parade / Living with Ghosts" dikeluarkan pada bulan September 23, 2016

Band ini bersatu kembali dari pandangan umum pada tahun 2017 dan mengumumkan konsert reunion pada 31 Oktober 2019, yang berlangsung di Los Angeles pada 20 Disember 2019.

Sejarah

sunting

Awal kerjaya (2001–2002)

sunting

Kumpulan ini dibentuk oleh Gerard Way dan Matt Pelissier lebih kurang seminggu selepas serangan 11 September 2001. Menyaksikan sendiri perlanggaran kapal terbang dengan Pusat Dagangan Dunia, kehidupan Way telah dipengaruhi lantas membuatkannya menubuhkan kumpulan muzik. Cara dia menulis lagu "Skylines and Turnstiles" ialah pernyataann perasaannya terhadap 11 September itu. Tidak lama selepas itu, Ray Toro dihubungi dan ditanya untuk menyertai kumpulan itu kerana ketika itu Way tidak boleh menyanyi dan memainkan gitar pada masa yang sama.[2] Sesi rakaman pertama dilakukan di loteng Pelissier, apabila lagu "Our Lady of Sorrows" (sebelum itu dipanggil "Bring More Knives") dan "Cubicles" dirakamkan. Frank Iero mendedahkan bahawa kumpulan itu menghabiskan lirik "Best Day Ever" sebaik sebelum mereka tiba di studio untuk memulakan rakaman. Kugiran ini merujuk sesi tersebut sebagai "The Attic Demos". Mikey Way, adik lelaki Gerard, menyukai demo tersebut hingga dia memutuskan untuk menyertai kumpulan itu selepas berhenti dari kolej. Khabar angin mengatakan bahawa Mikey mempelajari gitar bass hanya untuk menyertai kumpulan ini, tetapi Gerard Way merekodkan terus ke dalam CD/DVD Life on the Murder Scene apabila dia mengatakan bahawa Mikey telahpun berada dalam beberapa kumpulan muzik lain sebelum menyertai My Chemical Romance.[2]

My Chemical Romance menandatangani perjanjian dengan Eyeball Records. Sementara dengan Eyeball Records, kumpulan itu menemui Frank Iero, vokalis utama dan gitaris untuk Pencey Prep. Selepas Pencey Prep berpecah pada 2001-02, Frank menyertai My Chemical Romance, beberapa hari sahaja sebelum album sulung direkodkan. [2] Tiga bulan selepas penubuhan kumpulan, mereka merakamkan album pertama mereka, I Brought You My Bullets, You Brought Me Your Love, lalu dilancarkan pada 2002. Walaupun menyertai kumpulan hanya beberapa hari sebelum sesi rakaman berlangsung, Iero memainkan gitar dalam dua lagu, "Early Sunsets Over Monroeville," dan "Demolition Lovers." Ketika ini, kumpulan ini ditempah untuk membuat persembahan di tempat yang tidak terkenal, Big Daddy's, iaitu tempat mereka mula menerima perhatian ramai. [3][4]


Penandatanganan Major Label dan Three Cheers for Sweet Revenge (2003-2006)

sunting

Pada tahun 2003, kumpulan ini menandatangani perjanjian dengan Reprise Records. Setelah mengadakan konsert jelajah dengan Avenged Sevenfold, band ini mula merakam album kedua mereka, yang bertajuk "Three Cheers for Sweet Revenge", dan dikeluarkan pada 8 Jun 2004. Sebulan setelah album ini dilancarkan, band ini menggantikan Matt Pelissier dengan Bob Bryar. Kumpulan ini mengeluarkan empat single dari album tersebut: "I'm Not Okay (I Promise)", "Thank You for the Venom", "Helena", dan "The Ghost of You". Album ini menjadi platinum dalam masa lebih setahun dilancarkan.

Pada awal tahun 2005, kumpulan ini tampil dalam konsert jelajah Taste of Chaos yang pertama bersama dengan The Used dan Killswitch Engage. Kumpulan ini juga merupakan pembuka untuk Green Day dalam konsert jelajah American Idiot mereka. Mereka kemudian mengetuai Warped Tour 2005 dengan Fall Out Boy dan bersama-sama mengetuai konsert jelajah dengan Alkaline Trio dan Reggie and The Full Effect di seluruh AS.

Pada bulan Mac 2006, album Life on the Murder Scene dilancarkan, menggabungkan CD dan dua DVD. Ini termasuk satu DVD dokumentari yang mencatat sejarah awal mereka, dan DVD kedua dengan video muzik, pembuatan video mereka dan persembahan langsung. DVD biografi yang tidak sah Things That Make You Go MMM! juga dikeluarkan pada bulan Jun 2006. DVD ini sebenarnya tidak memaparkan klip atau persembahan muzik My Chemical Romance tetapi mengandungi wawancara dengan mereka yang mengenali kumpulan muzik ini sebelum mereka terkenal. Biografi berjudul Something Incredible This Way Comes juga dilancarkan, ditulis oleh Paul Stenning dan diterbitkan pada tahun 2006. Ia memuatkan maklumat mengenai permulaan mereka hingga ke album ketiga mereka, The Black Parade.

The Black Parade (2006–2009)

sunting

My Chemical Romance mula merakam album studio ketiga mereka iaitu "The Black Parade" pada 10 April 2006 dengan Rob Cavallo,

Pada 3 Ogos 2006, kumpulan ini selesai melakukan penggambaran video untuk dua single pertama mereka daripada album ini iaitu "Welcome to the Black Parade" dan "Famous Last Words".

Semasa penggambaran untuk video kedua mereka iaitu "Famous Last Words", anggota kumpulan Gerard Way dan Bob Bryar mengalami kecederaan. Way menderita ligamen yang terkoyak di pergelangan kakinya, dan Bryar luka di kaki yang menyebabkan jangkitan staph yang teruk dan memerlukan pemantauan berterusan di hospital. Akibatnya, kumpulan ini terpaksa membatalkan beberapa tarikh konsert jelajah mereka. Walaupun kecederaan ini dilaporkan oleh beberapa agensi berita sebagai akibat dari kemalangan kereta, satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan itu di laman web mereka dan halaman MySpace mengesahkan bahawa kecederaan ini berlaku pada set penggambaran video tersebut.

"Welcome to the Black Parade" dilancarkan sebagai single pada 11 September 2006. Pada 26 September 2006, video muzik untuk "Welcome to the Black Parade" dilancarkan di UK, dan pada 27 September di AS. Single ini mendapat tempat pertama di UK Singles Chart pada Oktober 2006. Album "The Black Parade" dilancarkan pada 23 Oktober 2006, di United Kingdom dan pada 24 Oktober 2006, di Amerika Syarikat dan mendapat ulasan positif.

Diskografi

sunting

Album studio

sunting
  • 2006: Life on the Murder Scene
  • 2008: The Black Parade Is Dead!

Anugerah dan pencalonan

sunting

Pencalonan

sunting
  • Anugerah Grammy 2008 - Bungkusan atau Pakej Edisi Khas Terhad Terbaik- The Black Parade

Rujukan

sunting
  1. ^ "My Chem and Biffy join Muse". Kerrang!. 2007-05-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-22. Dicapai pada 2008-01-21. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ a b c Simon, Leslie (2004). "Art Imitates Life – My Chemical Romance" (html). Alternative Press Magazine. Alternative Press. Dicapai pada 2006-12-23.
  3. ^ http://www.drinkfreebeer.com citing http://www.americasbestvenues.com
  4. ^ Untitled Document

Pautan luar

sunting
  NODES
mac 4
os 11
web 3