Nadiya Nisaa

Pelakon wanita Malaysia

Nadiyatul Nisaa Kamaruddin (lahir 11 Julai 1985) merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita Malaysia, terkenal dengan peranan di televisyen dan filem.[1][2] Beliau juga memiliki wajah seiras pelakon, June Lojong.

Nadiya Nisaa
Kelahiran
Nadiyatul Nisaa binti Kamaruddin

(1985-07-11) 11 Julai 1985 (umur 39)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Penyiaran
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif2004–kini
PasanganSaiful Razman Mohd Kassim (k. 2010)
Anak-anak2

Kehidupan awal

sunting

Nadiya Nisaa dilahirkan pada 11 Julai 1985 di Gombak, Selangor. Beliau merupakan anak yang kedua daripada lima adik beradik yang terdiri daripada 2 lelaki dan 3 perempuan. Nadiya mendalami dunia bidang lakonan sebelum melanjutkan pendidikannya ke universiti. Nadiya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Penyiaran di Universiti Teknologi Mara (UITM) kampus Shah Alam.

Kerjaya

sunting

Pada tahun 2004, Nadiya memulakan kerjaya hiburannya dengan muncul dalam iklan Hotlink Siti Nurhaliza Fantasia Tour (2004) bersama Siti Nurhaliza, turut menjayakan iklan selama seminit ini ialah Sazzy Falak dan Lisa Surihani.[3]

Beliau juga merupakan seorang pelakon yang mula meningkat naik menerusi drama Adam dan Hawa bergandingan bersama Aaron Aziz di Astro Mustika HD.

Beliau muncul dalam telefilem Anugerah Dendam Yang Terindah lakonan bersama Amar Baharin dan menggandingkannya sekali lagi bersama Aaron Aziz, Nadiyah memegang watak sebagai Izatul. Ia mengisahkan tentang Azman yang membawa dirinya ke Australia setelah kekasihnya, Izatul ditunangkan dengan adiknya sendiri, Aril, telefilem ini ditayangkan di Astro First Eksklusif.[4] Beliau memegang watak sebagai Sofia Jane dalam filem cereka sains Terbaik dari Langit arahan Nik Amir Mustapha lakonan bersama Bront Palarae.[5][6]

Nadiyah berlakon dalam filem Gol & Gincu Vol. 2 dengan menjayakan watak undangan sebagai Uda. Beliau berlakon bersama kakak sulungnya, Min Luna dan adik bongsunya Aida.[7]

Kehidupan peribadi

sunting

Pada tahun 2010, beliau mendirikan rumah tangga bersama pasangannya iaitu Saiful Razman Mohd Kassim yang merupakan seorang pelukis terkenal dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki; Omar dan seorang anak perempuan; Aminah. Pada bulan Ramadan 2016, beliau mula bertudung.

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
2009 Karaoke Anisah Filem pertama
2011 Cun! Manis
Ombak Rindu Seha
2012 Jiwa Taiko Lara
2014 Dollah Superstar Pelakon Penampilan khas
Gila Baby Jaja
Terbaik dari Langit[8] Sofia Jane
2015 Romeo Kota Ain Penampilan khas
Jejak Warriors Nadia
Love, Supermoon Triz
2016 Redha Sasha
Interchange Sani
2018 Dukun Anak sulung Halimah
Orang Itu Isteri Din
Gol & Gincu Vol. 2 Uda Penampilan khas
2019 Bu, Kasih Suci Aishah
2020 Prebet Sapu Penumpang Wanita 2 Penampilan khas
2021 Dekatnya Cinta Ain Hawani
Sa Balik Baju Dahlia
2022 Seratus Penampilan khas
2023 Harum Malam Dina
Imaginur Isma
La Luna Yam
TBA Kod Musketeer Pos-produksi
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Blogger Boy Melissa 8TV Episod: "Main-Main Cinta"
2012 Adam & Hawa Ain Hawani Astro Mustika HD
2013 Cinta Jangan Pergi Elyna TV9
Rumah Kedai Sherry TV3
2014-2015, 2017 Oh My English! Jojie Astro TVIQ
2016 Aku Bukan Bimbo Elsuraya Astro Ria
2019 Suri Katriana Saerah Astro Prima
2021 Ayat-Ayat Halal Ulya Ayani TV2
Penghulu Interim Izzah Awesome TV
Hawa Hajjah Saadah Astro Ria
2023 Bukan Syurga Pilihan Tihani Zahira Astro Prima
Jaga Aku Selamanya Maya (Nur Maya Abdul Karim) TV3
Salam Famili Siti Hawa Astro Ceria
Liar Detektif Nissa Sufian Astro Ria
2024 SeOfis Aini (Muhaini) Tonton
Bercakap Dengan Jun Astro Ria
The Secret Fatin Viu
Gadis Dan Angan Angan Cikgu Muet TV3

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Donut Jay Astro Ria Telefilem pertama
2011 Ajaibnya Cinta Nilam TV3
2013 XOXO Dahnia TV9
Destinasi Cinta Sara Sara Astro Ria
Pengancam Perkahwinan Maya
Cinta Kamikaze TV9
Anugerah Dendam Yang Terindah Izatul Astro First Eksklusif
2014 Panik Ida
Oh My English!: Villa Isabellaaa! Jojie Astro TVIQ
2015 Engkau Laksana Bulan TV1
Misi Adria Adria
Aku, Dia dan Tong Gas Melati TV9
Kelap Kelip Aminah TVi
Cupcake Mama Astro Ria
2016 Oh My Ganu! 2 Jojie Astro TVIQ
Fatin TV3
Kari Sanjana Linda
Perangkap Perkahwinan Maya Astro Ria
2017 Burung Kertas TV2
Janji Allah Wawa TV1
Nota Silam Astro Citra
Simpang Jalan Nadia
2018 Hari Terakhir Seorang Pengurus June Astro Citra
Cikgu A+ Cikgu Eliza TV1
Syawal Mencari Cinta Erra ntv7
2019 Geng Anita Astro First Eksklusif
2021 Capa Rengat Gulai Rawo TV1
Basikal Karat Hawa TV3
2022 Dim Sum Yu Wen Cikgu Syifa TV1
Doktor Idaman Sarah TV3
Mak Adib Pulang Awesome TV
Bunga Untuk Mama Melati TV Okey
2023 Ayah Ainun TV1
Demi Masa Cikgu Fatimah TV3
2024 Langgar Pantang Elis Astro Ria
Tahun Iklan Catatan
2004 Hotlink Siti Nurhaliza Fantasia Tour bersama Siti Nurhaliza, Lisa Surihani dan Sazzy Falak.
2021 McDonald's: Syukur Bersyukur bersama anaknya Omar.
2022 McDonald's: Kak Long Balik Muar bersama Aniq Suhair & Siti Khadijah Halim sebagai Kak Long.
2022 Julie's Biscuits: Ini Iklan Raya baru, tau? bersama Amerul Affendi

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2018 Impiana Pengacara Astro Prima Adaptasi dari majalah Impiana
2021 Mini Me Bakes Dirinya sendiri Naura HD bersama anaknya Omar

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Karya tercalon Kategori Keputusan
2011 Festival Filem Malaysia ke-24 Cun! Pelakon Harapan Wanita Terbaik Menang
Anugerah Skrin 2011 Cun! Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) Menang
2012 Anugerah Skrin 2012 Jiwa Taiko Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) Tercalon
2013 Festival Filem Malaysia ke-25 Jiwa Taiko Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
2014 Anugerah Lawak Warna 2014 Pengancam Perkahwinan Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV) Tercalon
2015 Anugerah Lawak Warna 2015 Gila Baby Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) Menang
Festival Filem Malaysia ke-27 Terbaik Dari Langit Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Menang
Anugerah Skrin 2015 Gila Baby Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Tercalon
Majlis Anugerah Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2015 Terbaik Dari Langit Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Menang
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015 Terbaik Dari Langit Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Tercalon
2016 Festival Filem Malaysia ke-28 Love, Supermoon Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
Anugerah Skrin 2016 Love, Supermoon Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Tercalon
Redha Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) Tercalon
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2016 Love, Supermoon Pelakon Wanita Terbaik Menang
Redha Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Tercalon
2021 Festival Filem Malaysia ke-31 Bu, Kasih Suci Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Dekatnya Cinta Couple Filem Popular Menang
2024 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 Harum Malam Couple Filem Popular Menang
Festival Filem Malaysia ke-33 Imaginur Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Tercalon

Rujukan

sunting
  1. ^ Percaturan Nadiya Nisaa Sinar Harian. Dicapai pada 22 November 2015.
  2. ^ Nadiya Nisaa Ada Strategi Kekal Populariti mStar Online (6 Januari 2014). Dicapai pada 22 November 2014.
  3. ^ "Maxis - Siti Fantasia Tour Promo". YouTube. Dicapai pada 2017-02-06.
  4. ^ "Telemovie Anugerah Dendam Yang Terindah di Astro Ria". Kepala Bergetar. 25 Julai 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-03. Dicapai pada 15 Julai 2015. External link in |publisher= (bantuan)
  5. ^ Zaidi Mohamed (30 September 2014). Nadiya Nisaa pegang watak Sofia Jane Berita Harian. Dicapai pada 22 November 2014.
  6. ^ Mustapha, Muzaffar (24 Disember 2014). "Terbaik Dari Langit cerita wayang kita dan kembara mencari Tuhan". Astro Awani. Dicapai pada 2015-08-19.
  7. ^ Tahir Alhamzah (30 Oktober 2018). #Showbiz: Nadiya Nisaa thrilled to star with siblings in movie New Straits Times. Dicapai pada 22 November 2018.
  8. ^ Bront Palarae & Nadiya Nisaa utama kualiti kerja Sinar Harian. Dicapai pada 22 November 2015.

Pautan luar

sunting
  NODES
INTERN 1
twitter 1