P
Cari P atau P dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
P ialah huruf Rumi moden yang ke-16, bernama pi (IPA: [piː]).
Abjad Rumi dasar | ||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Sejarah
suntingHuruf Semitik Pê (mulut), dan juga huruf Yunani Π atau π (Pai), serta huruf-huruf Etruskan dan Latin yang berkembang dari huruf Yunani tersebut, semuanya membawa bunyi /p/, iaitu plosif bilabial tak bersuara.
Kegunaan
suntingDalam bahasa Melayu, Inggeris dan banyak lagi bahasa yang bertulisan rumi, huruf P berbunyi konsonan plosif bilabial tak bersuara.
Satu dwihuruf dalam bahasa Inggeris dan Perancis yang melibatkan huruf P ialah "ph" yang menandakan bunyi frikatif labiodental tak bersuara /f/, dan digunakan untuk mentransliterasikan huruf Fi (φ) dalam kata-kata pinjaman bahasa Yunani. Dalam bahasa Jerman, dwihuruf "pf" yang menandakan afrikat bibir /pf/ kerap dijumpai.
Penutur bahasa Arab tidak biasa menyebut bunyi /p/ kerana dalam bahasa mereka tiadanya bunyi konsonan ini; sebaliknya mereka cenderung menyebutnya seperti /b/ atau /v/.
Kod-kod pengkomputeran
suntingfonetik NATO | Kod Morse | ||
Papa | |||
Bendera isyarat | Semafora | Panduan ASL | Braille |
Titik kod | Huruf besar P |
Huruf kecil p | |
---|---|---|---|
Unikod | U+0050 | U+0070 | |
ASCII | Perpuluhan | 80 | 112 |
Perduaan | 01010000 | 01110000 | |
EBCDIC | 215 | 151 |
Lihat juga
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: P. |
|