Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia

(Dilencongkan daripada PSSI)

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (atau nama singkatannya PSSI) ialah badan pentadbiran bola sepak di Indonesia (dikenali di sana dengan istilah "sepak bola"). Ia diasaskan pada 19 April 1930 iaitu 15 tahun sebelum kemerdekaan Indonesia dari kekuasaan pihak Belanda.[1] PSSI menyertai Konfederasi Bola Sepak Asia pada tahun 1954 dan FIFA pada tahun 1952. Di dalam senarai bola sepak antarabangsa terkini, bola sepak Indonesia disenaraikan di tangga ke-166.

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia
Logo persatuan
Ditubuhkan19 April 1930
Penggabungan FIFA18 Jan 1952
PresidenErick Thohir
Tapak sesawang[1]

Sejarah

sunting
 
Logo lama bagi Persatuan Sepak Bola Indonesia.

PSSI telah diasaskan oleh seorang jurutera awam bernama Soeratin Sosrosoegondo, yang telah memperolehi ijazahnya di Jerman dan kembali ke Indonesia pada tahun 1928. Di Indonesia, beliau bekerja di sebuah syarikat Belanda di Yogyakarta dan telah menjadi orang Indonesia yang pertama bekerja di syarikat itu. Walau bagaimanapun, kemudiannya dia berhenti bekerja dari syarikat tersebut dan menjadi lebih aktif di dalam pergerakan revolusi. Sebagai seorang yang mencintai bola sepak, beliau sedar bahawa bola sepak boleh menjadi "senjata" Indonesia untuk mengumpulkan lelaki-lelaki Indonesia dan memaksa koloni Belanda untuk keluar dari Indonesia.

Untuk menjayakan misinya, Soeratin telah mengadakan banyak pertemuan dengan pemain-pemain bola sepak profesional Indonesia pada masa itu, kebanyakan melalui kenalan peribadi oleh kerana mereka mahu mengelak daripada polis Belanda. Kemudian, di dalam satu pertemuan yang diadakan di Jakarta dengan Soeri, ketua Vetbalbond Indonesische Jakarta (VIJ), dan pemain-pemain lain, mereka memutuskan untuk mengasaskan sebuah organisasi bola sepak kebangsaan. Pada April 19, 1930, kebanyakan semua bukan organisasi kebangsaan, seperti Voetbalbond Indonesische Jakarta (Jakarta), Bandoengsche Indonesische Voetbal Bond (Bandung), Persatuan Sepakbola Mataram (Yogyakarta), Madioensche Voetbal Bond (Madiun), Indonesische Voetbal Bond Magelang (Magelang), Soerabajashe Indonesische Voetbal Bond (Surabaya), dan Vortenlandsche Voetbal Bond (Solo) telah berkumpul pada mesyuarat akhir dan mengasaskan Persatoean Sepakbola Seloeroeh Indonesia (Football Association of Indonesia atau PSSI) dengan Soeratin sebagai pemimpin yang pertama.

Di dalam tahun-tahun awal PSSI, kebanyakannya mereka menggunakan bola sepak sebagai kaedah untuk mencegah kawalan Belanda ke atas koloni dengan mengumpulkan semua pemain bola sepak yang kebanyakannya lelaki. Pada tahun 1936, NIVB telah berubah menjadi NIVU (Nederlandsh Indische Voetbal Unie) dan kerjasama dengan Belanda telah bermula. Pada tahun 1938, dengan "Dutch East Indies" sebagai satu nama, NIVU telah menghantar pasukan mereka ke Piala Dunia 1938. Bagaimanapun, kebanyakan daripada para pemain datangnya dari NIVU, di sebalik PSSI, walaupun terdapat 9 pemain Tionghoa/"pribumi". Hasilnya, Soeratin menyarakan rasa tidak puas hatinya kerana beliau menghendaki satu perlawanan di antara NIVU dan PSSI sebelum piala dunia. Tambahan lagi, beliau juga berasa malu kerana bendera yang digunakan di piala dunia adalah bendera NIVU (Belanda). Kemudian Soeratin telah membatalkan perjanjian di antara NIVU dan Muhammad Rizki pada kongres PSSI pada tahun 1939 di Solo.

Apabila tentera Jepun datang ke Indonesia, PSSI telah menjadi tidak aktif kerana Jepun telah mengklasifikasikan PSSI sebagai organisasi Tai Iku Kai's , atau sebuah persatuan sukan Jepun.

Struktur pentadbiran PSSI

sunting

Pengerusi

sunting

Saat ini, masa jabatan Pengerusi Umum PSSI adalah 4 tahun. Berikut ialah senarai Ketua Umum PSSI:

No Nama Awal jawatan Akhir jawatan
1 Soeratin Sosrosoegondo 1930 1940
2 Artono Martosoewignyo 1941 1949
3 Maladi 1950 1959
4 Abdul Wahab Djojohadikoesoemo 1960 1964
5 Maulwi Saelan 1964 1967
6 Kosasih Poerwanegara 1967 1974
6 Bardosono 1975 1977
7 Moehono 1977 1977
8 Ali Sadikin 1977 1981
9 Sjarnoebi Said 1982 1983
10 Kardono 1983 1991
11 Azwar Anas 1991 1999
12 Agum Gumelar 1999 2003
13 Nurdin Halid 2003 1 April 2011
* Agum Gumelar
(Pengerusi Jawatan Kuasa Normalisasi PSSI)
1 April 2011 9 Julai 2011
14 Djohar Arifin Husin 9 Julai 2011 18 April 2015
15 La Nyala Mattalitti
(Digantung tugas, PSSI dibekukan)
18 April 2015 30 May 2015
16 Edy Rahmayadi 10 November 2016 2019
17 Mochamad Iriawan 2 November 2019 16 Februari 2023
18 Erick Thohir 16 Februari 2023 Petahana

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "History of PSSI". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-03. Dicapai pada 2011-04-04.

Pautan luar

sunting
  NODES
Association 1