Pangkalan tentera udara

Pangkalan tentera udara[1][2] kadang kala dirujuk sebagai sebuah markas udara tentera, lapangan terbang tentera, stesen udara, stesen udara tentera laut, atau stesen tentera udara, merujuk kepada sebuah aerodrome atau lapangan terbang yang digunakan sebagai sebuah pangkalan tentera oleh sebuah pasukan tentera untuk operasi pesawat tentera.

F-4G Phantom II dan F-16 di Pangkalan Udara Spangdahlem, Jerman pada 1990.
Sebuah BAe Hawk Mk51A milik Tentera Udara Finland (HW-355) di Lapangan Terbang Kauhava di Kauhava, Finland pada 2008.
Pangkalan Udara Osan, sebuah pangkalan udara yang dikongsi oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan Tentera Udara Republik Korea di Korea Selatan.
Sebuah JAS 39 Gripen daripada Tentera Udara Sweden berlepas daripada sebatang jalan.

Kapal pengangkut pesawat

sunting

Kapal pengangkut pesawat merupakan satu jenis kapal tentera laut yang juga digunakan sebagai pangkalan udara di laut. Pembangunannya telah banyak meningkatkan kemampuan penerbangan tentera laut dan tentera udara. Di kebanyakan negara, ia kini menjadi kunci penting dalam ketenteraan, membolehkan pesawat tentera mereka untuk digerakkan hampir ke kawasan konflik. Kapal pengangkut pesawat menjadi keutamaan kepada Amerika Syarikat semasa Perang Dunia II, Perang Korea and Perang Vietnam, dan kepada United Kingdom dalam Perang Falklands pada tahun 1982. Ia mengekalkan peranan modennya selain bertindak sebagai "beberapa ekar wilayah berdaulat sesebuah negara boleh bergerak mengikut kehendak sendiri",[perlu rujukan] yang mana membolehkan fleksibiliti diplomasi selain hubungan ketenteraan. Kapal pengangkut pesawat juga boleh digunakan semasa menghantar bantuan bencana.

Rujukan

sunting
  1. ^ "airbase". Dictionary.Cambridge.org. Cambridge, England: Cambridge Dictionary. n.d. Dicapai pada 17 April 2023.
  2. ^ "airbase". CollinsDictionary.com. Collins Dictionary. n.d. Dicapai pada 17 April 2023.

Pautan luar

sunting
  NODES