Peluru pundi kacang

Peluru pundi kacang, juga dikenali melalui nama cap dagangnya peluru baton lentur - flexible baton round, adalah peluru baton yang ditembak sebagai peluru senapang patah yang digunakan sebagai senjata tidak membawa maut bagi menahan orang yang disyaki.[1]

Dua sudut peluru pundi kacang utuh dan satu sudut peojektil

Gambaran

sunting

Peluru pundi kacang terdiri daripada “bantal” fibrik kecil yang diisi dengan peluru timah hitam ("lead shot") #9 seberat sekitar 40 gram. Ia ditembak menggunakan senapang patah 12-gauge normal. Apabila ditembak, pundi itu dilancar pada kelajuan sekitar 70 hingga 90 meter sesaat; ia kembang dalam penerbangan dan menyelerakkan hentamannya pada kawasan seluas 6 sentimeter persegi pada sasaran. Ia direka bagi memberi hentakan yang menyebabkan trauma jangka panjang yang minima tanpa penembusan tetapi akan menyebabkan kekejangan otot atau reaksi lain yang buat masa yang singkat akan melumpuhkan suspek ganas. Peluru senapang patah ini kurang tepat melabihi 6 meter dan memiliki julat projektil maksima sekitar 20 meter. Perubahan pada peluru pundi kacang sejak pengenalannya pada awal 1970-an termasuk perencat pecutan dari 120 kepada 90 meter sesaat (400 hingga 300 kaki sesaat)[1] termasuk juga perubahan dari bentuk segi empat sama kepada projektil lebih berbentuk stokin bulat.[1]

Senapang patah khusus digunakan bagi peluru pundi kacang sering kali diubahsuai agar jelas kelihatan dengan tanda pada pangkalnya atau penyekatnya samaada kuning atau hijau, atau merah bata terang, bagi mengurangkan pengguna yang mungkin tidak sengaja memuatkan peluru membawa maut ke dalam senjata ini.

Kegunaan

sunting

Peluru pundi kacang digunakan apabila seseorang adalah merbahaya pada diri mereka dan orang lain, tetapi bukanlah ancaman langsung sehinggakan kuasa mampu membawa maut adalah sesuai. Peluru ini bertujuan bagi melumpuhkan atau menjadikan seseorang tergaman tanpa membunuh mereka. Lima puluh kes adalah apabila penyerang memiliki senjata tumpul. Hampir separuh dari kegunaannya turut membabitkan kecenderungan membunuh diri dan individual bersenjata.

Bahaya

sunting

Peluru pundi kacang boleh mencederakan dengan teruk atau membunuh dalam pelbagai cara. Ia telah menyebabkan sekitar satu kematian setahun sejak ia diperkenalkan di Amerika Syarikat.[2] Peluru boleh mengenai dada, mematahkan tulang selangka dan menyebabkan tulang selangka yang patah menusuk jantung. Tembakan pada kepala mampu mematahkan hidung, meremukkan larinks atau malah mematahkan leher atau meremukkan tengkorak subjek. Ini adalah mengapa kebanyakan pegawai dilatih bagi mensasar anggota badan (kaki/tangan-"extremities") ketika menggunakan peluru pundi kacang. Hentaman pada kawasan perut mampu menyebabkan pendarahan dalaman atau menghentam solar plexus yang mampu mengganggu pernafasan atau degupan jantung, tetapi hentaman sedemikian pada umumnya adalah lebih selamat berbanding kawasan lain selain memberikan sasaran lebih besar berbanding anggota badan. Kematian kadang kala berlaku akibat tersilap peluru senapang patah bagi peluru pundi kacang.[2]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c Ijames, Steve (August 29, 2005). "In defense of the 12-gauge "bean bag" round". Policeone.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-05. Dicapai pada 25 March 2011.
  2. ^ a b Hubbs, Ken; Klinger, David (October 2004). "Impact Munitions Use: Types, _targets, Effects" (PDF). National Institute of Justice, United States Department of Justice. Dicapai pada 25 March 2011.

Bacaan lanjut

sunting
  NODES
Project 1