Pengerahan atau kerahan tenaga ialah suatu tindakan mewajipkan orang awam menyertai suatu bentuk perkhidmatan negara, lazimnya perkhidmatan tentera.[1] Pengerahan telah bermula sejak baharian dan masih berkekalan hingga kini di sesetengah negara dengan pelbagai nama. Sistem moden pengerahan kebangsaan hampir-sejagat untuk para belia bermula sejak Revolusi Perancis pada 1790-an, di mana ia menjadi asas ketenteraan yang besar dan berkuasa. Kebanyakan negara Eropah kemudian meniru sistem ini sewaktu masa aman, supaya belia lelaki pada umur tertentu akan berkhidmat 1–3 tahun dalam tugas aktif, kemudian berpindah ke angkatan simpanan.

  Tiada angkatan tentera
  Tiada pengerahan
  Merancang menghapuskan pengerahan
  Pengerahan
  Tiada maklumat

Pengerahan boleh menjadi terhalang disebabkan pendirian seseorang yang membantah atas dasar nurani atau bantahan politik terhadap pemerintahan atau polisi perang yang tidak disukai. Mereka yang dikerah mungkin mengelak perkhidmatan kadangkalanya dengan meninggalkan negara asal.[2] Sesetengah sistem pemilihan menyelesaikan situasi ini dengan menyediakan perkhidmatan alternatif di luar peranan operasi pertarungan lazim ataupun di luar ketenteraan, seperti Zivildienst di Jerman, Austria dan Switzerland.

Langkah mengerahkan rakyat sesebuah negara cenderung dihadkan kepada golongan lelaki yang sihat dan sempurna (golongan kelainan upaya dari segi mental dan fizikal serta golongan wanita dikecualikan), maka banyak masyarakat di dunia yang melihat khidmat tentera ini sebagai suatu keadaan yang menguji "kematangan" dan "kejantanan" para pemuda yang memasukinya.[3][4]

Negara yang melaksanakan pengerahan tentera

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Conscription". Merriam-Webster Online.
  2. ^ "Seeking Sanctuary: Draft Dodgers". CBC Digital Archives.
  3. ^ Ben Shephard (2003). A War of Nerves: Soldiers and Psychiatrists in the Twentieth Century. Harvard University Press. m/s. 18. ISBN 978-0-674-01119-9.CS1 maint: postscript (link)
  4. ^ Carol R. Ember; Melvin Ember (2003). Encyclopedia of sex and gender: men and women in the world's cultures. Volume 2. Springer. m/s. 108–09. ISBN 978-0-306-47770-6. |volume= has extra text (bantuan)CS1 maint: postscript (link)

Lihat juga

sunting
  NODES
os 2
text 1
web 1