Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan

Perlembagaan negeri bagi Negeri Sembilan
(Dilencongkan daripada Perlembagaan Negeri Sembilan)

Perlembagaan Negeri Sembilan atau Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 adalah undang-undang asas bagi penubuhan Negeri Sembilan dan menubuhkan negeri yang ditadbir secara kolektif dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebagai Ketua Negeri dan Undang Yang Empat sebagai pemerintah bersama. Ia mula berkuat kuasa pada Mac 1959 berikutan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Ia ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Besar, Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin di Istana Hinggap, Seremban pada 27 April 1959

Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959
اوندڠ-اوندڠ توبوه کراجاءن نݢري سمبيلن 1959
JenisPerlembagaan Sunting ini di Wikidata
Bahasa asalNegeri Sembilan Sunting ini di Wikidata
Dibuat26 Mac 1959
Disahkan27 April 1959
Berkuat kuasa27 April 1959; 65 tahun yang lalu (1959-04-27)
LokasiIstana Hinggap, Seremban
NegaraMalaysia Sunting ini di Wikidata
PengarangDewan Undangan Negeri Sembilan Sunting ini di Wikidata
Penandatangan
SubjekUndang-undang tubuh kerajaan negeri
TujuanPembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1957
Catatan
Pindaan terkini pada 9 Oktober 2003
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kandungan

sunting

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan dalam bentuk semasa (9 Oktober 2003) terdiri daripada 2 Bahagian, 17 bab mengandungi 81 artikel dan 4 jadual.[1]

Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959
Bahagian Bab Fasal Topik
Mukaddimah Mukaddimah 1 Nama ringkas dan mulaan penguatkuasaan
Bahagian 1 Bab 1 - Permulaan 2 Bahagian yang pertama
3 Kecuali
4 Tafsir
Bab 2 - Agama Negeri 5 Agama Negeri
6 Majlis Agama Islam
Bab 3 - Yang di-Pertuan Besar 7 Yang di-Pertuan Besar
8 Yang di-Pertuan Besar berangkat ke luar negeri
9 Turun takhta kerajaan
10 Turun takhta kerajaan atau menarik diri daripada menjadi Yang di-Pertuan Besar bagi sementara dengan kehendak Undang.
10A Yang di-Pertuan Besar hendaklah terhenti menjalankan fungsi-fungsi raja jika dituduh atas sesuatu kesalahan
11 Undang Yang Empat memilih Yang di-Pertuan Besar baru
Bab 4 - Pemangku Yang di-Pertuan Besar 12 Pemangku Yang di-Pertuan Besar
13 Pemangku Yang di-Pertuan Besar menghadiri majlis mesyuarat raja-raja
Bab 5A - Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin 14 Pilihan Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin
Bab 5B - Dato' Shahbandar Sungai Ujong 15 Dato' Shahbandar Sungai Ujong
Bab 6 - Dewan Keadilan dan Undang 16 Dewan Keadilan dan Undang
17 Ahli Dewan
18 Mesyuarat
19 Yang Dipertua
20 Cukup bilangan ahli
21 Peraturan-peraturan dan lantikan jawatankuasa
22 Peringatan mesyuarat
23 Bahasa rasmi
24 Kehadiran orang lain daripada ahli dalam mesyuarat
25 Setiausaha
Bab 7 - Kehormatan dan Kebesaran 26 Gelaran-gelaran dan Kebesaran-kebesaran
27 Kuasa memecat
Bab 8 - Syarat-Syarat Am 28 Makna perkataan raja
29 Menjalankan kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipan oleh Undang yang Empat
30 Taraf kedudukan
31 Cogan kebesaran diraja, panji-panji kebesaran Yang di-Pertuan Besar
32 Aturan dan adat zaman purbakala terpelihara
Bahagian 2 - Anggota (Machinery) Kerajaan Bab 1 - Permulaan 33 Permulaan
34 Tafsir
Bab 2 - Pemerintahan 35 Kuasa Pemerintahan
36 Lantikan Menteri Besar
37 Lantikan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang dan Pegawai Kewangan Negeri
38 Majlis Mesyuarat Kerajaan
39 Sumpah Jawatan
39A Setiausaha Politik
40 Raja menjalankan kewajipan dengan nasihat
41 Menggunakan bahasa Inggeris dalam majlis mesyuarat kerajaan
42 Genap bilangan ahli dalam majlis mesyuarat kerajaan
43 Permohonan ulangbicara kepada majlis mesyuarat kerajaan
44 Peringatan mesyuarat
Bab 3 - Kuasa Mengampunkan 45 Kuasa mengampunkan dan sebagainya
Bab 4 - Kuasa Negeri 46 Kuasa negeri atas harta, perjanjian dan dakwaan
Bab 5 - Kuasa Undangan Negeri 47 Kuasa undangan negeri
48 Ahli-ahli Dewan Negeri
49 Syarat-syarat menjadi ahli-ahli Dewan Negeri
50 Syarat-syarat yang tiada meluluskan menjadi ahli-ahli Dewan Negeri
51 Syarat-syarat yang menghalang menjadi ahli mewakili dua kawasan
52 Akibat tidak mempunyai syarat-syarat kawasan, dan halangan melantik calon dengan tiada kebenaran
53 Keberhentian ahli
54 Ahli tiada hadir dalam mesyuarat
55 Keputusan syarat-syarat kelulusan jadi ahli
56 Memanggil mesyuarat, memberhentikan dan membubarkan dewan negeri
57 Yang Dipertua mesyuarat Dewan Negeri
58 Sumpah ahli
59 Titah daripada Raja
60 Tertib Dewan Negeri
61 Elaun ahli-ahli
62 Menyiarkan rang undang-undang
63 Rang undang-undang yang bukan dianjurkan oleh kerajaan
64 Menjalanan kuasa Undangan
65 Perkataan undang-undang
66 Bahasa dalam Dewan Negeri dan undang-undang
67 Genap bilangan ahli
68 Peringatan Mesyuarat
Bab 6 - Hal Ehwal Kewangan 69 Tiada cukai mukai melainkan diluluskan oleh undang-undang
70 Perbelanjaan dibayar dari kumpulan wang negeri
71 Keterangan kewangan pada setiap tahun
72 Rang undang-undang perbekalan
73 Wang tambahan dan perbelanjaan berlebih
74 Mengeluarkan wang dari kumpulan wang negeri
Bab 7 - Syarat-syarat Am
Bab 7A - Syarat-syarat khas berkenaan dengan kedudukan orang-orang Melayu 75 Mengkhaskan bahagian orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan, permit dan sebagainya.
Bab 7B - Layanan yang sama rata 76 Layanan yang sama rata bagi orang-orang kerajaan
Bab 7C - Cap mohor kerajaan 77 Cap mohor kerajaan
Bab 7D - Pindaan Perlembagaan 78 Pindaan Perlembagaan
78A Cetakan semula undang-undang tubuh
Bab 7E - Kedaulatan diraja 79 Kedaulatan Yang Maha Mulia Raja adalah terpelihara
Bab 8 - Syarat-Syarat Pertukaran 80 Syarat-syarat sementara berkenaan dengan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan
Bab 9 - Pembatalan 81 Pembatalan
Jadual Bahagian 1 39 Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
Bahagian 2 58 Sumpah Ahli Majlis Dewan Negeri
Bahagian 3 37 (4) Sumpah Pegawai Kerajaan Yang Mengambil Bahagian di dalam Rundingan Majlis Mesyuarat Kerajaan
Bahagian 4 39A (3) Sumpah Setiausaha Politik

Enakmen Negeri Sembilan

sunting

Berikut merupakan senarai enakmen yang diguna pakai di Negeri Sembilan. Negeri Sembilan juga mengguna pakai sebahagian enakmen Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang belum dipinda atau dimansuhkan.

Senarai Enakmen di Negeri Sembilan
Nama Enakmen Catatan Lampiran
Enakmen Undang Rembau (Tanah) 1949
Enakmen Lembaga Muzium Negeri Sembilan 1956
Enakmen Pemegangan Adat (Tanah Lengkongan) Tahun 1960
Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan 1969
Enakmen Melarang Kerbau dan Lembu dalam Kawasan-kawasan Larangan 1971
Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan 1974
Enakmen Yayasan Negeri Sembilan 1979
Enakmen Pengawalan Penternakan Babi Negeri Sembilan 1981
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 1983 (En. 7/83) Dimansuhkan oleh Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003
Enakmen Industri Berasas Kayu 1986
Enakmen Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1991 Dimansuhkan oleh Enakmen Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Lambang, Anugerah Dan Gelaran (Negeri Sembilan) 2017
Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama-agama Bukan Islam Di Kalangan Orang Islam) (Negeri Sembilan) 1991 Suatu Enakmen untuk mengawal dan menyekat pengembangan iktikad dan kepercayaan-kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang-orang yang menganuti agama Islam. Pautan
Enakmen Pentadbiran Hukum Syara’ Negeri Sembilan 1991 (En. 1/91) Dimansuhkan oleh Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003
Enakmen Keterangan Syariah Negeri Sembilan 1991 (En. 8/91) Dimansuhkan oleh Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003
Enakmen Prosedur Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (En. 3/92) Dimansuhkan oleh Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003
Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 Suatu Enakmen bagi memperuntukkan tentang kesalahan-kesalahan syariah dan perkara-perkara yang bersampingan dengannya. Pautan
Enakmen Perhutanan Negara (Penerimapakai) 1994
Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996 Suatu Enakmen bagi membuat peruntukan mengenai pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam dan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya Pautan
Enakmen Kawalan dan Pelesenan Penternakan Unggas dan Aktiviti Berkaitan Penternakan Unggas 1996 (En 7/96)
Enakmen Hiburan & Tempat-Tempat Hiburan 1998
Enakmen Kraf Air Peribadi 1998 Suatu Enakmen berhubungan dengan pengendalian kraf-air peribadi bagi tujuan sukan atau rekreasi dan bagi perkara-perkara yang berdampingan dengannya. PDF
Enakmen Mineral Negeri 2002 Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi tenemen mineral dan bagi maksud yang berkaitan dengannya.

Memansuhkan Enakmen Melombong NMB Bab 147

Pautan
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubung dengan tatacara mal bagi Mahkamah Syariah. Pautan
Enakmen Majlis Perbandaran Port Dickson 2003 Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi penukaran gelaran dan perkara-perkara lain yang berbangkit daripada pemberian taraf Perbandaran kepada Majlis Daerah Port Dickson PDF
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 Suatu Enakmen bagi meminda dan menyatukan peruntukan-peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam mengenai perkahwinan, perceraian, nafkah, penjagaan dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kehidupan keluarga.

Memansuhkan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 1983 (En. 7/83)

Pautan
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 Suatu Enakmen bagi mengadakan peruntukan baru tentang pentadbiran agama Islam, penubuhan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah, penubuhan dan fungsi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.

Memansuhkan Enakmen Pentadbiran Hukum Syara’ Negeri Sembilan 1991 (En. 1/91)

Pautan
Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 Suatu Enakmen untuk mentakrifkan undang-undang keterangan bagi Mahkamah Syariah.

Memansuhkan Enakmen Keterangan Syariah Negeri Sembilan 1991 (En. 8/91)

Pautan
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 Suatu Enakmen untuk membuat peruntukan berhubung dengan tatacara jenayah syariah bagi Mahkamah Syariah.

Memansuhkan Enakmen Prosedur Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (En. 3/92)

Pautan
Enakmen Majlis Perbandaran Nilai 2003
Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004 Suatu Enakmen bagi mengadakan peruntukan yang berhubungan dengan wasiat orang Islam di Negeri Sembilan, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Pautan
Enakmen Penyemakan Undang-Undang (Negeri Sembilan) 2004
Enakmen Tarekat Tasawuf 2005 Suatu Enakmen bagi mengadakan peruntukan bagi pendaftaran tarekat tasawuf dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. Pautan
Enakmen Wakaf (Negeri Sembilan) 2005 Suatu Enakmen bagi mengadakan peruntukan-peruntukan berhubung dengan wakaf dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Pautan
Enakmen Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Lambang, Anugerah Dan Gelaran (Negeri Sembilan) 2017 Memansuhkan Enakmen Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1991
Enakmen Perbadanan Negeri Sembilan 2018
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) (pindaan) 2019
Enakmen Majlis Bandaraya Seremban 2020[2] Pautan

Baca lagi

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ http://www.ns.gov.my/flipbook/TheLawsOfTheConstitutionOfNS1959/files/thelawsoftheconstitutionofns1959.pdf
  2. ^ UKIK (6 Disember 2020). "NS Luluskan RUU Majlis Bandaraya Seremban". Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-12. Dicapai pada 12 Januari 2021.
  NODES
mac 3
os 2