Piala Emas Raja-Raja
Piala Emas Raja-Raja (singkatan: PERR) merupakan kejohanan bola sepak yang dikendalikan oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia. Ianya telah dilangsungkan sejak tahun 1922, dengan beberapa siri perubahan berkaitan dengan nama kejohanan. Berbeza dengan Piala Malaysia, pasukan yang menyertai kejohanan PERR biasanya terdiri daripada pasukan negeri yang dikendalikan oleh persatuan bola sepak Melayu di negeri masing-masing. Terdapat juga pasukan bola sepak bukan negeri yang menyertai kejohanan ini. Edisi 2022 merupakan edisi kali ke-100 kejohanan ini, dan dimenangi oleh pasukan bola sepak Melayu Selangor[1].
Badan penganjuran | Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia |
---|---|
Ditubuhkan | 1922 |
Kawasan | Malaysia Singapura |
Jumlah pasukan | 16 - 19 |
Juara semasa | MySPRM-ACeIO (2024) |
Piala Emas Raja-Raja 2024 |
Tahun kejohanan | |
---|---|
Sejarah
suntingKonsep mengenai kejohanan bola sepak antara negeri yang terdiri daripada pemain-pemain berbangsa Melayu mula diperkenalkan pada tahun 1922, semasa acara Pameran Malaya-Borneo yang diadakan di Singapura[2]. Pameran Malaya-Borneo merupakan acara pameran yang melibatkan pertukaran perdagangan dan ekonomi di antara pihak Malaya British dan Borneo British[3] dan diadakan bersempena dengan lawatan Putera Wales, Edward VIII pada bulan Mac 1922[3]. Pertandingan bola sepak pasukan Melayu merupakan salah satu daripada aturcara yang telah dirangka semasa Pameran Malaya-Borneo dan penyertaan dibuka kepada negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri Selat[2]. Pertandingan yang diadakan pada tahun 1922 ini tidak menawarkan piala pusingan, sebaliknya pingat kejohanan diberikan kepada pemenang dan naib johan[4]. Kejohanan edisi sulung ini kemudian dimenangi oleh pasukan Melayu Kedah yang menewaskan pasukan Melayu Johor dengan jaringan 2-0[5].
Pada tahun 1923, Persatuan Agri-Hortikultural Malaya (Malayan Agri-Horticulture Association) (singkatan: MAHA) yang baru ditubuhkan pada Oktober tahun sebelumnya telah menganjurkan Pameran Perdagangan dan Agro Hortikultur buat pertama kali di Selangor[6]. Pameran ini mengetengahkan produk-produk hortikultur dan agro pelancongan di Tanah Melayu, namun kejohanan bola sepak yang melibatkan pasukan Melayu di antara negeri-negeri di Tanah Melayu merupakan program khas yang telah dikendalikan pihak MAHA[7]. Edisi 1923 merupakan edisi pertama di mana piala pusingan ditawarkan kepada pemenang kejohanan dan piala yang bertatahkan perak itu dikurniakan sendiri oleh Sultan Perak, Sultan Iskandar Shah[7]. Edisi ini menyaksikan pasukan Melayu Selangor menewaskan pasukan Melayu Perak dengan jaringan 2-0 dan mereka merupakan pasukan pertama yang berjaya membawa pulang piala pusingan itu[8].
Semasa penganjuran pada tahun 1924 dan 1925, kejohanan bola sepak untuk pasukan Melayu negeri kendalian MAHA semasa penganjuran Pameran Perdagangan dan Agro Hortikultur yang diadakan di Kuala Lumpur dikenali dengan nama Piala Sultan Perak[9]. Pasukan Melayu Selangor berjaya meraih piala kejohanan untuk tiga tahun berturut-turut, membolehkan mereka menyimpan piala kurniaan Sultan Perak itu untuk selama-lamanya[10].
Bagi meneruskan tradisi pemberian piala kepada pemenang kejohanan bola sepak Melayu negeri, piala khas yang bertatahkan emas dikurniakan sendiri oleh empat orang Sultan dari negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu Sultan Pahang, Sultan Abdullah Al-Mu'tasim Billah Shah, Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar Shah II, Sultan Selangor, Sultan Alauddin Sulaiman Shah dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad bermula dengan kejohanan pada edisi tahun 1926[11][12]. Edisi 1926 ini juga menyaksikan nama kejohanan dikenali sebagai Piala Cabaran Emas Sultan-Sultan (Sultans' Gold Challenge Cup)[13] dan dikendalikan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor buat pertama kali[11] namun ia masih lagi diadakan ketika berlangsungnya Pameran Perdagangan dan Agro Hortikultur[13]. Dalam edisi ini, hanya tiga pasukan negeri yang menyertai kejohanan itu dan ia dimenangi oleh pasukan Melayu Selangor apabila berjaya mengalahkan pasukan Melayu Perak dengan jaringan 3-1 dan pasukan Melayu Negeri Sembilan dengan jaringan 3-0[14]. Tahun berikutnya menyaksikan pasukan Melayu Perak memecahkan dominasi kejuaraan pasukan Melayu Selangor apabila mereka berjaya menewaskan pasukan itu di perlawanan akhir yang berkesudahan dengan jaringan 3-0[15].
Mulai tahun 1947, kejohanan Piala Emas Raja-Raja ini telah dianjurkan oleh Persekutuan Bolasepak Melayu Semenanjung. Kini, nama Persekutuan Bolasepak Melayu Semenanjung telah ditukar kepada nama baru iaitu Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia.
Peraturan kejohanan
suntingBermula saingan Piala Emas Raja-Raja 2017, pasukan yang bertanding hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya lima orang pemain di bawah usia 21 tahun, dengan dua daripadanya wajib bermain selama 90 minit[16]. Selain itu, pasukan tidak dibenarkan mendaftar pemain yang sedang bermain di Liga Super Malaysia dan Liga Premier Malaysia[16].
Bermula saingan Piala Emas Raja-Raja 2022 pula, hanya pemain di bawah umur 25 tahun dengan maksimum seramai lima orang pemain lebih dari usia 25 tahun sahaja dibenarkan didaftarkan oleh pasukan yang bertanding[17].
Rekod kejohanan
suntingKedudukan akhir
suntingRujukan
sunting- ^ a b c Hashim, Firdaus (4 Disember 2021). "Piala Emas Raja-Raja kembali diadakan tahun depan". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Januari 2023. Dicapai pada 5 Januari 2023.
- ^ a b "Malaya Borneo Exhibition". Pinang Gazette and Straits Chronicle. 20 Januari 1922. m/s. 4. Dicapai pada 1 November 2024.
- ^ a b Zhuang Wubin. "Exhibiting Photography in Prewar Singapore". National Library Board Singapore. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Jun 2024. Dicapai pada 1 November 2024.
- ^ "MALAYA-BORNEO EXHIBITION". The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser. 4 Februari 1922. m/s. 12. Dicapai pada 1 November 2024.
- ^ "FOOTBALL TOURNAMENT". Pinang Gazette and Straits Chronicle. 10 April 1922. m/s. 4. Dicapai pada 1 November 2024.
- ^ "MALAYAN AGRIHORTICULTURAL SHOW". The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser. 2 Julai 1923. m/s. 6. Dicapai pada 1 November 2024.
- ^ a b "Agricultural Show". The Straits Times. 29 Jun 1923. m/s. 9. Dicapai pada 1 November 2024.
- ^ "EXHIBITION FOOTBALL". Pinang Gazette and Straits Chronicle. 2 Julai 1923. m/s. 7. Dicapai pada 1 November 2024.
- ^ "THE MALAYAN EXHIBITION". Malaya Tribune. 27 Julai 1925. m/s. 5. Dicapai pada 5 November 2024.
- ^ "THE HORTICULTURAL SHOW.". The Straits Times. 10 Julai 1925. m/s. 10. Dicapai pada 5 November 2024.
- ^ a b "THE MALAYAN EXHIBITION". Malaya Tribune. 19 Ogos 1926. m/s. 7. Dicapai pada 5 November 2024.
- ^ "Page 10 Advertisements Column 1". Malayan Saturday Post. 21 Ogos 1926. m/s. 10. Dicapai pada 5 November 2024.
- ^ a b "Malayan Exhibition.". The Straits Times. 20 Ogos 1926. m/s. 10. Dicapai pada 5 November 2024.
- ^ "Malayan Football.". The Straits Times. 28 Julai 1927. m/s. 10. Dicapai pada 5 November 2024.
- ^ "EXHIBITION SUCCESS.". The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1884-1942). 3 Ogos 1927. m/s. 10. Dicapai pada 5 November 2024.
- ^ a b "Piala Agong: Pahang-N.Sembilan Janji Aksi Terbaik". MStar. 11 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Januari 2023. Dicapai pada 6 Januari 2023.
- ^ Zainal, Zuraimee (1 Oktober 2022). "Piala Emas Raja-Raja edisi 100 singkap tirai". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Januari 2023. Dicapai pada 6 Januari 2023.
- ^ "Selangor, juara Piala Emas Raja-Raja edisi ke-100". Berita RTM. 13 November 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2023. Dicapai pada 27 Oktober 2024.
- ^ "MISC pecah tradisi 36 tahun Piala Emas Raja-Raja". Sinar Harian. 15 Oktober 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2022. Dicapai pada 27 Oktober 2024.
- ^ Asrol Awang (15 Februari 2019). "Pahang dapat habuan juara Piala Emas Raja-Raja". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Januari 2023. Dicapai pada 27 Oktober 2024.
- ^ Hasbullah Ibrahim (12 November 2017). "PP juara Piala Emas Raja-Raja". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 November 2017. Dicapai pada 27 Oktober 2024.
- ^ "Pahang Juarai Piala Emas Raja-Raja, Benam PDRM". mStar. 13 Disember 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2024. Dicapai pada 27 Oktober 2024.
- ^ "Negeri Sembilan juara Piala Emas Raja-Raja 2015". Malaysiakini. 26 Disember 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Januari 2023. Dicapai pada 27 Oktober 2024.
- ^ "Perlis juarai GT Radial Piala Emas Raja-Raja 2014". Astro Arena. 22 Disember 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mac 2017. Dicapai pada 27 Oktober 2024.
- ^ A. Hafiz Yatim (11 Mac 1999). "Malacca to know Kubu fate tomorrow". New Straits Times. m/s. 35. Dicapai pada 6 November 2024.
- ^ "Penang edge Forces to lift Sultans' Gold Cup". New Straits Times. 12 Oktober 1998. m/s. 43. Dicapai pada 6 November 2024.
- ^ S. Navalan (5 Oktober 1996). "Kedah can expect a hot night". New Straits Times. m/s. 40. Dicapai pada 9 November 2024.