Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) ialah sebuah Politeknik di Malaysia yang terletak di Kuantan, Pahang. Politeknik ini merupakan Institusi Pengajian Tinggi yang tertua di Pahang yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1976. Institusi ini adalah ke-7 tertua dalam senarai institusi awam dibawah kendalian kerajaan. POLISAS mempunyai jumlah pelajar sekitar 8,396 orang pada tahun 2010. Ini menjadikannya sebuah politeknik terbesar di Malaysia. Dasar POLISAS adalah antara terbaik yang diperakui oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa.
Moto | TEKNOLOGI TERAS PEMBANGUNAN |
---|---|
Ditubuhkan pada | 1976 |
Dirasmikan pada | 9 November 1985 |
Dirasmikan oleh | KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah |
Pengarah terkini | YH. Mej. (K) Dato' Haji Abu Bakar Ahmad |
Timbalan Pengarah (Akademik) | Puan Shamsuria Mohd Ariffin |
Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) | Che Alias Mohd Yusof |
Lokasi | Kuantan, Pahang |
Laman web | http://www.polisas.edu.my |
Sejarah
suntingPoliteknik ini merupakan politeknik kedua tertua di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1976 dengan menggunakan bangunan Sekolah Menengah Teknik Kuantan sebagai kampus sementara dan pertama kali dikenali sebagai Politeknik Kuantan.
Pada tahun 1983, Politeknik Kuantan telah berpindah ke kampus baru di Semambu di atas tapak seluas 75 hektar sebelum dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Sultan Pahang pada 9 November 1985 dan dinamakan sebagai Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Pada 16 Oktober 2002, keluasan tapak POLISAS menjadi 105 hektar setelah menerima penyerahan premis Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan apabila maktab perguruan ini berpindah ke Kuala Lipis.
Pada awal penubuhannya, sejumlah 120 orang pelajar telah diambil bagi 3 program iaitu Sijil Kejuruteraan Awam (Pembinaan), Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) dan Sijil Kejuruteraan Jentera (Am). Mulai tahun 1989, sistem semester mula diperkenalkan dengan pengambilan pelajar dua kali setahun iaitu untuk Sesi Januari dan Julai.
Selaras dengan perkembangan teknologi dan penubuhan POLISAS sebagai agensi kerajaan untuk menambah tenaga terlatih profesional dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan projek naik taraf telah dilakukan dengan menerima pembiayaan pinjaman Bank Dunia dimana telah siap sepenuhnya dan dirasmikan pada 8 April 2004. Pada 13 Januari 2004, POLISAS bersama-sama 14 buah Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia telah dianugerahkan Sijil MS ISO 9001:2000 menggantikan Sijil MS ISO 9002:1994 yang diperolehi pada 8 Februari 2001 sebelum ini. Pada 17 Jun 2009, POLISAS telah dianugerahkan Sijil MS ISO 9001:2008 daripada SIRIM.
Visi
suntingPOLISAS beriltizam menjadi institusi pendidikan terunggul dalam melahirkan teknokrat separa profesional
Misi
suntingPOLISAS berazam untuk melahirkan graduan berketrampilan berlandaskan kepada kecemerlangan staf, pengurusan serta prasarana yang kondusif dalam menjana pembangunan modal insan negara
Moto
suntingTEKNOLOGI TERAS PEMBANGUNAN
Senarai Jabatan dan Pusat
sunting- Jabatan Kejuruteraan Awam
- Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
- Jabatan Kejuruteraan Elektrik
- Jabatan Teknologi Makanan
- Jabatan Perdagangan
- Jabatan Sains, Matematik dan Komputer
- Jabatan Pengajian Am
- Pusat Latihan dan Pendidikan Lanjutan
- Pusat Perajurit Muda Askar Wataniah
- Pusat Latihan Anggota Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia
Kolej Kediaman
sunting- Kolej Kediaman Al-Ghazali
- Kolej Kediaman Al-Biruni
- Kolej Kediaman Ibnu Sina
- Kolej Kediaman Siti Hajar