Portal:Hal semasa/Jun
2018
- India membuka tirai Patung Perpaduan (gambar), patung tertinggi di dunia dengan 182 m (597 ka), menggambarkan timbalan perdana menteri pertamanya, Vallabhbhai Patel.
- Penerbangan 610 Lion Air terhempas di luar pantai Jawa, Indonesia, mengorbankan kesemua 189 orang anak kapal dan penumpang.
- Jair Bolsonaro dipilih sebagai Presiden Brazil.
- Boston Red Sox memenangi Siri Dunia Besbol.
- Satu kejadian tembakan di sebuah saumaah membunuh 11 orang di Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat.
- Taufan Yutu menjadi siklon tropika paling kuat direkodkan di Kepulauan Mariana, seterusnya mengorbankan 6 orang.
- Sahle-Work Zewde menjadi wanita pertama yang menjadi Presiden Habsyah.
2017
- Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak akan dibenarkan memasuki dan menjalankan siasatan terhadap dakwaan penindasan yang dilakukan pasukan keselamatan Myanmar terhadap penduduk etnik Rohingya.
- Serangan-serangan siber di Ukraine menyebarkan sebuah versi baru malware Petya (gambar) ke seluruh dunia dan mengakibatkan gangguan teruk.
- Sebuah perikatan anti-kerajaan menggunakan sebuah helikopter polis untuk menyerang Tribunal Tertinggi Kehakiman dan Kementerian Dalam Negeri di Venezuela.
- Sebuah letupan lori minyak di Timur Ahmedpur, Pakistan, mengorbankan sekurang-kurangnya 140 orang dan mencederakan 100 orang yang lain.
- Korea Utara melancarkan satu lagi ujian enjin roket yang merupakan sebahagian daripada program membangunkan Program peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).
- Di Arab Saudi, Putera Mohammad bin Salman (gambar) dilantik sebagai Putera Mahkota yang baharu menggantikan Putera Muhammad bin Nayef yang telah dipecat.
- Masjid Besar al-Nuri dimusnahkan di Pertempuran Mosul, Iraq.
- Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam satu serangan bom kereta yang berlaku di Mogadishu, Somalia.
- Bekas Canselor Jerman Helmut Kohl meninggal dunia pada umur 87 tahun.
- Dua orang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia maut apabila pesawat Hawk 108 yang dipandu oleh mereka terhempas. Mayat mereka ditemui di kawasan berpaya di Chukai, Terengganu.
- Menara Grenfell setinggi 24-tingkat di London musnah dalam satu kebakaran (gambar), dengan sekurang-kurangnya 17 orang meninggal dunia.
- Satu serangan ke atas para anggota Kongres Amerika Syarikat di Alexandria, Virginia, mencederakan lima orang.
- Berikutan pemilihan beliau sebagai pemimpin bagi Fine Gael pada 2 Jun, Leo Varadkar dilantik sebagai Taoiseach (Perdana Menteri) di Ireland.
- Persidangan Laut Pertubuhan Bangsa Bersatu yang pertama berakhir dengan lebih daripada 1,300 komitmen sukarela oleh negara-negara anggota PBB bagi mempromosikan pemuliharaan marin dan penggunaan lestari sumber-sumber marin.
- Lebih daripada 150 orang terbunuh dalam tanah runtuh terburuk di Bangladesh.
- Sekurang-kurangnya 77 orang terbunuh dengan sebahagian besar daripada mereka terperangkap dalam tragedi tanah runtuh ekoran dari hujan lebat di Dhaka, Bangladesh.
- Sebanyak 13 anggota marin Filipina terbunuh dalam pertempuran menentang militan Maute di bandar Marawi, Filipina.
- Parti Konservatif pimpinan Theresa May (gambar) kehilangan majoriti di dalam pilihan raya umum United Kingdom. Beliau masih diberikan mandat menubuhkan kerajaan campuran bersama Parti Kesatuan Demokratik (DUP).
- Seramai 12 orang termasuk terbunuh manakala 39 lagi cedera selepas tujuh individu termasuk seorang wanita bersenjata melancarkan dua serangan bom berasingan di bangunan Parlimen Iran dan di makam Ayatollah Khomeini, Tehran, Iran.
- Analysis ke atas fosil-fosil daripada Jebel Irhoud, Maghribi, mungkin menunjukan Homo sapiens berevolusi sekurang-kurangnya 100,000 tahun lebih awal dari yang difikirkan.
- Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh apabila sebuah pesawat Tentera Udara Myanmar yang membawa 122 orang, terhempas ke dalam Laut Andaman.
2016
Tiada info dinyatakan (Jika ada sebarang info mengenai bulan Jun, sila tambahkannya di Templat:Arkib_Peristiwa_Lepas/2016)
2015
Tiada info dinyatakan (Jika ada sebarang info mengenai bulan Jun, sila tambahkannya di Templat:Arkib_Peristiwa_Lepas/2015)
2014
- Wabak Ebola Afrika Barat menjadi yang paling teruk dalam sejarah, dengan lebih 467 kematian.
- Muhammad Walid Abdul Aziz terpilih semula sebagai Presiden Mauritania.
- Felipe VI (gambar) menjadi Raja Sepanyol, mewarisi ayahandanya Juan Carlos I.
- Australia menewaskan tuan rumah Belanda untuk memenangi Piala Dunia Hoki.
- Sebuah pesawat Ilyushin Il-76 milik Tentera Udara Ukraine ditembak jatuh berhampiran Luhansk, membunuh kesemua 49 orang di dalamnya.
- Tesla Motors mengumumkan yang ia akan membenarkan pesaing menggunakan patennya tanpa membayar royalti.
- Raja Juan Carlos I dari Sepanyol (gambar) mengumumkan hasratnya untuk turun takhta.
- Telangana secara rasmi menjadi negeri ke-29 di India.
2013
- Brazil memenangi Piala Konfederasi FIFA buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Sepanyol dalam perlawanan akhir.
- Kevin Rudd berjaya mencabar Julia Gillard sebagai ketua Parti Buruh, lalu menjadi Perdana Menteri Australia semula.
- Tsakhiagiin Elbegdorj terpilih semula sebagai Presiden Mongolia.
- Amir Qatar Syeikh Hamad bin Khalifa Al Thani menyerahkan kuasa kepada puteranya Tamim bin Hamad Al Thani.
- Asap daripada penanaman tebas dan bakar di Indonesia menyebabkan jerebu paling teruk di Singapura (gambar).
- Perdana Menteri Czech Petr Nečas meletakkan jawatan selepas dikaitkan dengan korupsi.
- Hassan Rouhani terpilih sebagai Presiden Iran yang baharu, menggantikan Mahmoud Ahmadinejad.
- Pesawat Airbus A350 XWB menjalankan penerbangan sulungnya (gambar).
- China melancarkan Shenzhou 10, misi bermanusia kelima dan terlama program angkasa lepasnya.
- Kewujudan program pengawasan elektronik Agensi Keselamatan Negara A.S. PRISM (gambar logo) dibocorkan.
- Rami Hamdallah dilantik sebagai Perdana Menteri Palestin, menggantikan Salam Fayyad.
2012
- Calon Parti Kebebasan dan Keadilan Mohammed Mursi secara rasmi terpilih sebagai Presiden Mesir.
- Presiden Paraguay Fernando Lugo (gambar) disingkirkan daripada jawatannya dan digantikan oleh Federico Franco.
- Yousaf Raza Gillani dibatalkan kelayakan daripada menjadi Perdana Menteri Pakistan kerana sabit bersalah menghina mahkamah.
- Parti Demokrasi Baru mendapat kemajmukan sekali lagi dalam pilihan raya perundangan Greece.
- Putera Mahkota Arab Saudi Nayef bin Abdul-Aziz meninggal dunia di Geneva.
- NASA mengumumkan yang Voyager 1 (gambar) telah tiba di pinggir heliosfera, sempadan Sistem Suria.
- Mahkamah Perlembagaan Agung Mesir membubarkan parlimen negara itu.
- Lebih 70 orang maut tertimbus akibat dua gempa bumi di utara Afghanistan.
- Transit terakhir Zuhrah (gambar) abad ini terjadi.
- Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak dihukum penjara seumur hidup kerana peranannya dalam pembunuhan pembantah semasa revolusi Mesir 2011.
2011
- Jambatan Teluk Jiaozhou (gambar), jambatan rentas laut terpanjang dunia, dibuka di Shandong, Republik Rakyat China.
- Laluan Kereta Api Kelajuan Tinggi Beijing–Shanghai sepanjang 1,318 km (819 bt) dibuka selepas 39 bulan dalam pembinaan.
- Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran untuk Muammar al-Gaddafi, mendakwanya melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dalam perang saudara di Libya kini.
- Gunung berapi Nabro meletus (gambar), menghamburkan kuantiti terbanyak sulfur dioksida pernah direkod satelit.
- AirAsia membuat pesanan tunggal terbesar dalam sejarah penerbangan komersil, membeli 200 pesawat Airbus A320neo.
- Ban Ki-moon terpilih untuk penggal kedua sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
- Bekas Presiden Tunisia Zainal Abidin bin Ali (gambar) dijatuhkan hukuman in absentia penjara 35 tahun.
- ICANN mengundi mengembangkan domain peringkat tinggi umum sedia ada, membenarkan pemilik memilih akhiran alamat tapak web.
- Sebagai tindak balas bantahan berterusan di Maghribi, Raja Mohammed VI mengumumkan cadangan pembaharuan perlembagaan untuk diundi dalam satu pungutan suara.
- Ayman al-Zawahiri mewarisi Osama bin Laden sebagai ketua al-Qaeda.
- Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdoğan (gambar) terpilih untuk penggal ketiga dan AKP mengekalkan majoriti parlimennya.
- Satu jawatankuasa IUPAC mengakui penemuan unsur transuranium ununquadium dan ununhexium.
- Perdana Menteri Republik Macedonia Nikola Gruevski terpilih untuk penggal ketiga.
- Gunung berapi Puyehue di Chile meletus (gambar), memaksa 3,500 penduduk dipindahkan.
- Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh cedera dalam serangan terhadap istana presiden dan dipindahkan ke Arab Saudi untuk rawatan.
2010
- Hurikan Alex (gambar imej satelit), hurikan Atlantik Jun terhebat dalam 53 tahun, bertemu daratan buat kali kedua di Tamaulipas, Mexico, mengorbankan 24 orang.
- Christian Wulff (gambar) terpilih menjadi Presiden Jerman.
- Bekas juara Olimpik Pál Schmitt terpilih menjadi Presiden Hungary.
- Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh akibat banjir teruk di Romania.
- Pengundi Kyrgyzstan menyetujui perlembagaan baru yang mengurangkan kuasa presiden dan memperuntukkan pilihan raya secara berkala.
- Senator Amerika Syarikat paling lama berkhidmat, Robert Byrd meninggal dunia pada usia 92 tahun.
- Bekas Presiden dan Perdana Menteri Lithuania Algirdas Brazauskas meninggal dunia pada usia 77 tahun.
- Perwakilan G-20 negara industri bersidang di Toronto, Kanada.
- Gerhana bulan separa terjadi di Amerika Tengah, Asia Tenggara dan Australasia.
- 12 orang terbunuh semasa melintas landasan kereta api di sebuah stesen di Barcelona, Sepanyol.
- Julia Gillard (gambar) menjadi perdana menteri wanita Australia pertama selepas menewaskan Kevin Rudd dalam pemilihan parti memimpin Parti Buruh.
- Jeneral A.S. Stanley A. McChrystal digugurkan sebagai Komander ISAF di Afghanistan; Leftenan Jeneral UK Sir Nick Parker memangku.
- Banjir di timur laut Brazil menyebabkan sekurang-kurangnya 44 orang maut dan ratusan lagi hilang.
- Ketua Parti Tengah Mari Kiviniemi menggantikan Matti Vanhanen sebagai Perdana Menteri Finland.
- Juan Manuel Santos menjadi Presiden Colombia selepas memenangi pusingan kedua pemilihan presiden Colombia, 2010.
- Banjir meluas di selatan China mengorbankan lebih 210 orang, dengan sekitar 110 lagi masih hilang dan ribuan kehilangan tempat tinggal.
- Hujan lebat di Var, Perancis, mengorbankan lebih 25 orang dalam banjir terdahsyat di kawasan itu sejak 1827.
- Penyiasatan Saville terhadap Ahad Berdarah mendapati Tentera Darat Britain "tiada justifikasi" untuk menembak 27 orang awam pada 1972.
- Kuar Jepun Hayabusa (gambar) kembali ke Bumi, mengakhiri misi 7 tahun untuk mengambil sampel asteroid 25143 Itokawa.
- Rusuhan etnik di selatan Kyrgyzstan menyebabkan sekurang-kurangnya 170 orang maut.
- Piala Dunia FIFA 2010 bermula di Afrika Selatan.
- Majlis Keselamatan PBB mengenakan sekatan pusingan keempat terhadap Iran kerana program nuklearnya.
- Benigno Aquino III (gambar) bakal menjadi Presiden Filipina setelah disahkan memenangi pilihan raya presiden.
- Mahkamah India menyabitkan tujuh lelaki bersalah kecuaian jenayah dalam tugas mereka semasa tragedi Bhopal 1984.
- Puluhan orang di India, Oman dan Pakistan maut akibat Taufan Phet, antara taufan Laut Arab terkuat pernah direkodkan.
- Naoto Kan menjadi Perdana Menteri Jepun selepas Yukio Hatoyama meletak jawatan.
- Pihak berkuasa kesihatan Nigeria mengumumkan yang 163 orang telah maut akibat keracunan plumbum di Negeri Zamfara sejak Mac.
- Lebih 110 orang terbunuh dan 100 lagi cedera dalam satu kebakaran besar di Dhaka, Bangladesh.
- Perdana Menteri Jepun Yukio Hatoyama meletak jawatan, menjadi orang keempat menarik diri sejak 2006.
2009
- Taliban menarik diri dari perjanjian damai dengan kerajaan Pakistan, membunuh kira-kira 30 askar Pakistan tidak lama selepas mengumumkannya.
- Brazil memenangi Piala Konfederasi FIFA 2009 selepas menewaskan Amerika Syarikat 3-2.
- Bintang pop Michael Jackson (gambar) meninggal dunia akibat kegagalan jantung di Los Angeles pada usia 50 tahun.
- Satu letupan bom mengorbankan 69 orang dan mencederakan lebih 150 lagi di kawasan bandar Sadr Baghdad.
- Dua kereta api berlanggar di Washington, D.C., mengorbankan 9 orang dan mencederakan lebih 100 yang lain.
- Presiden Republik Rusia Ingushetia Yunus-bek Yevkurov cedera parah dalam satu cubaan pembunuhan.
- Sekurang-kurangya 28 orang terbunuh dalam rusuhan membantah keputusan pilihan raya Presiden Iran 2009.
- Negara-negara BRIC mengadakan sidang kemuncak pertama mereka di Yekaterinburg, Rusia.
- Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad memenangi pilihan raya Presiden Iran 2009.
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak selesema babi (H1N1) kini (gambar virus) sebagai pandemik, yang pertama sejak 1968.
- Manchester United F.C. menerima tawaran £80 juta daripada Real Madrid C.F. untuk Cristiano Ronaldo, satu rekod baru dalam bola sepak.
- Pelajar India merusuh di Melbourne dan Sydney akibat beberapa serangan terhadap orang India di Australia.
- Perikatan 14 Mac pimpinan Saad Hariri memenangi pilihan raya umum Lubnan 2009.
- Pertubuhan Negara-negara Amerika membatalkan penggantungan Cuba pada 1962.
- Mauricio Funes dilantik sebagai Presiden El Salvador.
- Penerbangan 447 Air France dengan 228 penumpang dan anak kapal terhempas di Lautan Atlantik dalam perjalanan dari Rio de Janeiro ke Paris.
- Pengeluar kereta kedua terbesar di dunia General Motors memfailkan kemuflisan.
2008
- Sepanyol memenangi UEFA Euro 2008, menewaskan Jerman 1-0 dalam perlawanan akhir.
- Ketua pembangkang Zimbabwe, Morgan Tsvangirai menarik diri dari pusingan kedua pilihan raya presiden, menyebabkan Robert Mugabe kekal sebagai presiden.
- Republik Rakyat China dan Taiwan mengadakan perundingan rasmi pertama sejak sedekad lalu.
- Diet Jepun buat pertama kalinya mengakui Orang Ainu sebagai orang asli.
- Pelari Jamaika Usain Bolt mencipta rekod dunia baru dalam acara pecut 100 meter dengan catatan 9.72 saat.
2007
- Perbicaraan kes bunuh Altantuya Shaariibuu mula dijalankan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
- Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmud Abbas memansuhkan kerajaan demokrasi Hamas setelah konfliknya dengan Fatah bertambah tegang.
- Banjir kilat di Kuala Lumpur terjadi lagi selama 4 jam apabila Sungai Gombak dan Sungai Klang gagal menampung air hujan luar biasa.
- Majlis akad nikah Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dengan Jeanne Abdullah selamat diadakan di Putrajaya.
- Kunjungan bekas Presiden Republik China Lee Teng-Hui ke Kuil Yasukuni dibantah rakyat China. Abangnya pernah menjadi tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
- Agensi risik Israel Shin Beit didedahkan terlibat dalam Rampasan Air France 1976 yang dilakukan Barisan Pembebasan Popular Palestin (PLFP).
2006
- Piala Dunia FIFA 2006 berlangsung dengan jayanya dan negara Itali telah muncul sebagai juara menewaskan Perancis. Kejohanan bola sepak ini menandakan satu detik jarang di mana seluruh umat manusia melupakan perselisihan mereka dan bersatu sebagai satu komuniti dunia.
2005
2004
- 21 Jun: SpaceShipOne menjadi pesawat bukan milik kerajaan pertama mencecah kawasan hampagas di angkasa pada altitud 100 kilometer.