Pulau Buton
Buton ialah sebuah pulau yang terletak di sebelah tenggara Kepulauan Sulawesi, Indonesia. Pada zaman dahulu, di daerah ini pernah berdirinya sebuah kerajaan yang digelar Buton yang kemudian berkembang menjadi Kesultanan Buton.
Geography | |
---|---|
Location | Asia Tenggara |
Coordinates | 5°3′S 122°53′E / 5.050°S 122.883°E |
Administration | |
Indonesia | |
Demographics | |
Population | 500,000 |
Sejarah
suntingButon dikenali dalam sejarah Indonesia kerana telah tercatat dalam naskhah Nagarakretagama karya Prapanca pada tahun 1365 Masihi dengan menyebut "Buton" atau "Butuni" sebagai Negeri (Desa) Keresian atau tempat tinggal para resi di mana terdapatnya sebuah taman yang didirikan dalam lingga serta saluran air. Rajanya digelar Yang Mulia Mahaguru. Nama "Pulau Buton" juga telah dikenali sejak zaman pemerintahan Majapahit. Patih Gajah Mada dalam Sumpah Palapa, juga menyebut nama Pulau Buton.
Geografi
suntingBandar terbesar di pulau ini ialah Bau-Bau, di mana bahasa Wolio dan Cia-Cia dituturkan. Pulau berdekatan termasulah Wowoni (utara), Muna dan Kabaena (barat) dan Siumpu (barat daya). Kepulauan Tukang Besi pula terletak di timur, dan dipisahkan dengan Buton oleh Teluk Kolowana Watabo. Pulau Batuatas terletak di selatan pulau ini.
Juga Laluam Bouton (namanya ketika itu) merupakan lokasi pandu arah antara-pulau yang peting di utara Laut Flores.[1]
Rujukan
sunting- ^ Goodall, George (Editor)(1943) Philips' International Atlas London, George Philip and Son map 'East Indies' m/s.91-92
Pautan luar
sunting- (Indonesia) Laman web rasmi Pemerintah Kota Bau-Bau Diarkibkan 2009-07-27 di Wayback Machine
- (Indonesia) Potensi Pelancongan Kota Bau-Bau Diarkibkan 2008-12-22 di Wayback Machine