Rasa Sayang Eh
Rasa Sayang Eh | |
---|---|
Pengarah | L. Krishnan |
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 1959 |
Negara | Malaya (Malaysia & Singapura) |
Bahasa | Melayu |
Pengarah
suntingFilem Rasa Sayang Eh diarah oleh pengarah L. Krishnan pada 1959.
Ringkasan
suntingFilem ini mengisahkan tentang Baning, seorang seniman pujaan dari rombongan sandiwara ‘Rasa Sayang Eh’. Dia menghidapi satu penyakit sedu-sedan yang tidak boleh dikawal sehingga pengsan apabila dia dihampiri dengan perempuan.
Dia terus ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan. Menurut dari seorang pakar yang merawatnya, penyakitnya boleh sembuh dengan sendiri apabila dia bertemu dengan seorang perempuan yang sejodoh dengannya.
Apabila di Singapura, setelah dia berkenalan dengan seorang doktor wanita yang telah menjadi jodohnya, maka penyakitnya sudah mulai sembuh. Namun begitu, malang pula yang menimpa dirinya apabila dia dituduh menjadi seorang pembunuh.
Apakah yang akan terjadi pada dirinya?
Pelakon
sunting- Wahid Satay sebagai Baning
- Kasma Booty sebagai Dr. Faridah
- M. Amin sebagai Insp. Dasuki
- Shariff Medan sebagai Professor
- Kuswadinata sebagai Samsudin
- Mahmud Jun sebagai Muhamad
- Raja Ismail sebagai Pembunuh Upahan
- Yem sebagai Abdul Salam
- Dollah Sarawak sebagai Datuk Panglima Rashid Dubas
- Puteh Lawak sebagai Mat
- Salmah Ahmad