René Descartes

(Dilencongkan daripada Rene Descartes)

René Descartes (31 Mac 1596 – 11 Februari 1650;[8][9][10]:58 juga dikenali dengan nama Latinnya Renatus Cartesius[11]) ialah seorang ahli falsafah, ahli matematik, dan ahli sains yang terkenal. Digelarkan sebagai "Pengasas Falsafah Moden" serta "Bapa Matematik Moden", beliau mendapat tempat sebagai salah satu ahli fikir yang terpenting dan terpengaruh pada zaman moden. Untuk kebaikan atau keburukan, kebanyakan daripada falsafah barat yang kemudian merupakan satu reaksi terhadap karya-karyanya yang telah dikaji dengan teliti sejak masanya sehingga hari ini. Descartes adalah salah satu ahli fikir utama dalam Revolusi Sains Dunia Barat. Beliau telah dihormati dengan mempunyai sistem koordinat Cartes yang digunakan dalam geometri satah dan algebra dinamai sempena namanya.

René Descartes
Portret René bertarikh 1648[1]
Lahir(1596-03-31)31 Mac 1596
La Haye en Touraine, Kerajaan Perancis
Meninggal dunia11 Februari 1650(1650-02-11) (umur 53)
Stockholm, Empayar Sweden
WarganegaraPerancis
ZamanFalsafah abad ke-17
AliranRasionalisme
Pengasas Kartesianisme
Minat utamaMetafizik, epistemologi, matematik, fizik, kosmologi
Idea pentingCogito ergo sum, Skeptisisme Cartes, kaedah normal, sistem koordinat Cartes, dualisme Cartes, fundasionalisme, mathesis universalis, folium Descartes, keabadian momentum (quantitas motus)[2]
Alma materUniversiti Poitiers
Universiti Franeker
Universiti Leiden
Tandatangan

Descartes sering membandingkan pandangannya dengan pandangan pendahulu-pendahulunya. Dalam bahagian permulaan karyanya, Keghairahan Jiwa, beliau sanggup menegaskan bahawa beliau akan menulis tentang topik ini "seolah-olah tiada orang yang pernah menulis tentang perkara ini dahulu". Bagaimanapun, banyak daripada unsur-unsur falsafahnya mempunyai duluan dalam lewat Aristotelianisme, Stoisisme abad ke-16 yang dihidupkan semula, atau oleh ahli-ahli falsafah sebelumnya seperti Augustine. Dalam falsafah semula jadinya, pandangan beliau berbeza dengan skolastisisme dalam dua aspek yang utama: pertama sekali, beliau menolak analisis bahan zahir untuk jirim dan bentuk; kedua, beliau menolak sebarang pengharapan terhadap teleologi untuk menjelaskan fenomena alam semula jadi. Dalam teologinya, beliau menegaskan kebebasan mutlak terhadap penciptaan Tuhan.

Descartes merupakan tokoh utama dalam aliran fikiran rasionalisme Eropah abad ke-17 yang kemudian disokong oleh Baruch Spinoza serta Gottfried Leibniz, tetapi ditentang oleh aliran fikiran empirisisme yang disokong oleh Thomas Hobbes, John Locke, George Berkeley, dan David Hume. Kesemua Leibniz, Spinoza dan Descartes adalah mahir dalam matematik serta juga falsafah, dan Descartes dan Leibniz juga telah banyak menyumbang kepada bidang sains. Sebagai pereka sistem koordinat Cartes, Descartes mengasaskan geometri analisis, satu penghubung antara algebra dan geometri yang amat penting dalam rekaan kalkulus dan analisis. Pemikiran-pemikiran Descartes tentang minda dan mekanisme memulakan kelainan pemikiran barat yang lama kemudian, selepas didorong oleh rekaan komputer elektronik dan kemungkinan kecerdasan mesin, berkembang menjadi, umpamanya, ujian Turing.

Pengaruh

sunting

Matematik

sunting

Falsafah

sunting

Beliau membuahkan pendapat bahawa kewujudan dan keberadaan diri seseorang datang dari keadaan terbentuknya suatu fikiran; perkara ini diabadikan dalam pengungkapan cogito ergo sum mula-mula dalam Discours de la Méthode (bahagian IV) dan kemudiannya dalam Principia Philosophiae (§7).

Senarai karya penulisan

sunting
 
Principia philosophiae, 1685

Rujukan

sunting
  1. ^ Shorto, Russell (2008). "Descartes' Bones". Doubleday. m/s. 218.
  2. ^ Alexander Afriat, "Cartesian and Lagrangian Momentum" (2004).
  3. ^ Marenbon, John (2007). Medieval Philosophy: an historical and philosophical introduction. Routledge. m/s. 174. ISBN 978-0-415-28113-3.
  4. ^ H. Ben-Yami, Descartes' Philosophical Revolution: A Reassessment, Palgrave Macmillan, 2015, p. 76.
  5. ^ H. Ben-Yami, Descartes' Philosophical Revolution: A Reassessment, Palgrave Macmillan, 2015, p. 179: "[Descartes'] work in mathematics was apparently influenced by Vieta's, despite his denial of any acquaintance with the latter’s work."
  6. ^ Étienne Gilson argued in La Liberté chez Descartes et la Théologie (Alcan, 1913, pp. 132–47) that Duns Scotus was not the source of Descartes' Voluntarisme. Although there exist doctrinal differences between Descartes and Scotus "it is still possible to view Descartes as borrowing from a Scotist Voluntarist tradition" (see: John Schuster, Descartes-Agonistes: Physcio-mathematics, Method & Corpuscular-Mechanism 1618–33, Springer, 2012, p. 363, fn. 26).
  7. ^ "Jacques Bénigne Bossuet, French prelate and historian (1627–1704)" dari Encyclopædia Britannica edisi ke-10 (1902)
  8. ^ "Descartes". Collins English Dictionary. HarperCollins.
  9. ^ "Descartes, René" (US English). Lexico. Oxford University Press. 2020.
  10. ^ Colie, Rosalie L. (1957). Light and Enlightenment. Cambridge University Press. m/s. 58.
  11. ^ Wells, John (3 April 2008). Longman Pronunciation Dictionary (ed. 3rd). Pearson Longman. ISBN 978-1-4058-8118-0.
  12. ^ Cook, H. J., in Porter, R., & Teich, M., eds., The Scientific Revolution in National Context (Cambridge: Cambridge University Press, 1992), pp. 127–129.
  13. ^ Cottingham, J., Murdoch, D., & Stoothof, R., trans. and eds., The Philosophical Writings of Descartes, Vol. 2 (Cambridge: Cambridge University, 1984), pp. 264ff.

Pautan luar

sunting
  NODES
Idea 1
idea 1
mac 7
os 15
text 1