Revolusi Belgium
Revolusi Belgium merupakan konflik yang terjadi di selatan wilayah Kerajaan Belanda dan kesannya penubuhan Kerajaan Belgium.
Revolusi Belgium | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Revolusi 1830 | |||||||
Episode des journées de Septembre 1830 ("Episod Revolusi Belgium 1830") lukisan Gustaf Wappers (1834) | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Pemberontak Belgium Disokong oleh: Perancis | Belanda | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Charles Rogier Erasme, Baron Surlet de Chokier Raja Louis-Philippe Étienne Maurice Gérard |
Raja Willem I Putera Mahkota Willem Putera Frederick | ||||||
Kekuatan | |||||||
Tidak diketahui 60,000 tentera[1] | 50,000 tentera[2] |
Penduduk-penduduk di wilayah selatan Belanda kebanyakannya penganut agama Roman Katolik dan separuh daripadanya merupakan penutur bahasa Perancis. Para liberal menganggap pemerintahan Willem I bertakhtakan kuku besi.
Pada 25 Ogos 1830, rusuhan meletus di Brussel dan pasar dirompak. Kilang-kilang diduduki pemberontak dan semua mesin dirosakkan. Pembunuhan berlaku di serata negara. Raja Willem mula mengeluarkan perintah menghantar tentera ke selatan tetapi rusuhan tetap berterusan dan pemimpin wilayah selatan diambil oleh radikal dan mula mengatakan mengenai pemisahan.[3]
Pihak Syarikat-Jeneral di Brussels mengundi untuk melaksanaan kemerdekaan. Akhirnya, Kongres Kebangsaan ditubuhkan. Raja Willem menahan tenteranya dan memohon kepada kuasa besar. Keputusan Persidangan London menyaksi kuasa besar Eropah mengakui kemerdekaan Belgium. Berikutan Leopold I mengakui bahawa beliau sebagai Raja Belgium pada tahun 1831, Raja Willem menghantar bala tenteranya untuk menakluk semula Belgium melalui beberapa kempen. "Kempen Sepuluh Hari" arahan baginda gagal kerana campur tangan Perancis. Sehingga 1839, Kerajaan Belanda akhirnya menerima keputusan persidangan London dan kemerdekaan Belgium ditandatangani di Perjanjian London pada tahun yang sama.
Latar belakang
suntingPada tahun 1813, Belanda menggulingkan pemerintahan Napoleon dan selepas Perjanjian British-Belanda 1814, Belanda menamakan negaranya sebagai "Kemaharajaan Bersatu Belanda" atau secara ringkasnya "Belanda Bersatu". Selepas Napoleon kalah pada 1815, Kongres Vienna menubuhkan Kerabat Orange-Nassau, yang menggabungkan Republik Belanda dan bekas Belanda Austria dalam usaha untuk mencipta sebuah negara penampan[4] yang kuat di utara Perancis. Ketika British mula menduduki Sailan Belanda dan Jajahan Tanjung, kerajaan baru Belanda telah meluas hingga ke wilayah selatan (Belgium). Kesatuan kedua-dua kawasan asalnya kawasan Belanda sebelum abad ke-16 .
Sebab Revolusi
suntingRevolusi Belgium telah mendatangkan banyak kesan dan akibat. Antaranya kesan dominasi ke atas ekonomi, politik dan institusi sosial Belanda. Bishop Katolik di wilayah selatan melihat majoriti penganut Protestan di wilayah utara lalu memikirkan idea untuk membuat kerajaan baru.
Pembaharuan liguistik pada 1823 bertujuan untuk melaksanakan bahasa Belanda sebagai bahasa rasmi di wilayah Flanders, dan sejak itu bahasa Belanda menjadi penutur bagi orang Flanders. Pembaharuan ini mendapat tentangan kuat dari golongan atasan dan pertengahan kerana pada kebanyakannya berbahasa Perancis.[5] Pada 4 Jun 1830, pembaharuan ini dibubarkan.[6]
Keagamaan adalah antara kesan penyebabkan Revolusi Belgium. Keadaan politik di selatan antara faktor utama. Partisan menentang terhadap kebebasan beragama yang dinyatakan oleh Willem yang pada masa disokong oleh puak liberal.[7] Akhirnya dari masa ke masa, puak liberal akhirnya berpegang pada agama Katolik dan tidak lagi menyokong arahan Raja Willem.[8]
Peristiwa opera Masianello
suntingPada 25 Ogos 1830, di Théâtre Royal de la Monnaie, Brussels, suatu opera berpatriotik menceritakan kisah Masaniello menentang pemerintahan Sepanyol di Napoli pada abad ke-17 sedang berlangsung. Selepas persembahan duet dari persembahan tersebut berakhir, ramai penonton meninggalkan teater dan menyertai pemberontak di mana ia telah bermula.[9] Orang ramai mula berkumpul dan melaungkan slogan patriotik. Pemberontak dengan pantas mengambil alih bangunan kerajaan.
Willem I menghantar dua anakandanya, Putera Mahkota Willem dan Putera Frederik untuk menamatkan revolusi berikutan permintaan daripada penghuni kota Brussel supaya datang ke bandar itu dengan keseorangan dengan tanpa tentera untuk satu pertemuan.[10] Putera Mahkota Willem percaya bahawa jalan penyelesaian kepada krisis ini ialah memisahkan wilayah utara dan selatan, namun ayahandanya menolak cadangan tersebut. Baginda Raja cuba untuk memulihkan keadaan tetapi keadaan akhirnya memaksa sebanyak 8,000 tentera Belanda di bawah Putera Frederik dihantar ke Brussel pada satu pertempuran berdarah pada 23-26 September.[11] Tentera-tentera berundur dari kubu Maastricht, Venlo dan Antwerp. Apabila komander Antwerp menghujani bandar Brussel mendakwa ia melanggar gencatan senjata, tentera wilatah Selatan berasa teramat marah. Apa-apa peluang untuk memadamkan pelanggaran itu telah hilang pada 26 September apabila Kongres Kebangsaan telah dipanggil untuk membuat Perlembagaan lalu tertubuhnya Kerajaan Sementara di bawah Charles Rogier. Pengisytiharan Kemerdekaan diikuti pada 4 Oktober 1830.
Pada 20 Disember 1830, Persidangan London yang dihadiri lima kuasa besar Eropah iaitu Britain, Perancis, Prusia, Austria dan Rusia mengakui kemerdekaan Belgium. Pada 7 Februari 1831, Perlembagaan Belgium telah diumumkan.
Kerajaan beraja berperlembagaan
suntingKongres Belgium memilih Louis, Duke Nemours, anak kedua Raja Louis-Philippe I dari Perancis menjadi Raja Belgium. Walau bagaimanapun, Louis-Philippe menolak tawaran tersebut atas nasihat Setiausaha Luar British, Lord Palmerston. Palmerston dan kuasa besar mahu pemimpin kuat memerintah Belgium daripada tumbang dan dikawal Perancis. Pada 4 Jun, Kongres memilih Putera Leopold dari Saxe-Coburg sebagai raja. Beliau adalah seorang tentera yang kuat. Beliau juga bukan sahaja lelaki berkebolehan malah mampu menghubungkan Britain dan Perancis. Leopold I mengambil alih sebagai Raja Belgium pertama pada 21 Julai 1831.
Kempen Sepuluh Hari
suntingRaja Willem tidak berpuas hati atas Persidangan London dan tidak mengakui kemerdekaan Belgium. Dari 2 hingga 12 Ogos 1831, tentera Belanda yang diketuai putera Belanda melancarkan serangan ke atas Belgium dan dipanggil "Kempen Sepuluh Hari". Mereka berjaya mengalahkan tentera Belgium berdekatan Hasselt dan Leuven. Tentera Belanda menghentikan kemaraan mereka apabila tentera Perancis di bawah Marshal Gérard tiba di Belgium. Walaupun pada awalnya Belanda menolak rundingan yang ditawarkan oleh Perancis, akhirnya Belanda menerima gencatan senjata. Walau bagaimanapun, Belanda tetap mengawal benteng Antwerp walaupun dihujani tentera Perancis sehinggalah tentera Belanda berundur pada Disember 1832. Willem I diminta untuk mengakui negeri Belgium namun sehinggalah pada April 1839, beliau menandatangani Perjanjian London dan bersetuju mengenai pembentukan sempadan Belgium. Sempadan tidak termasuk Limburg dan Luxembourg.
Kuasa Eropah
suntingKuasa Eropah membahagikan negara Belgium dan wilayah-wilayahnya. Perang Napoleon masih segar di ingatan Eropah, jadi Perancis mahu menyokong kemerdekaan Perancis manakala kuasa lain menyokong bahawa Belanda akan meneruskan kesatuannya. Rusia, Prusia, Austria dan Britain menyokong raja Belanda tetapi kuasa besar tersebut tidak dapat menghantar ketenteraan kerana mengalami ketegangan di negara sendiri. Rusia dibelenggu peristiwa November di Poland, Prusia menghadapi kesulitan perang manakala pihak British menghadapi hubungan tegang dengan Perancis.
Kemerdekaan Belgium
suntingPada 19 April 1839, Perjanjian London ditandatangani oleh kuasa Eropah (termasuk Belanda) sebagai tanda mengakui kemerdekaan Belgium dan negara neutral yang merangkumi Flanders Barat, Flanders Timur, Brabant, Antwerp, Hainaut, Namur, Liège, sebahagian wilayah Luxembourg dan Limburg. Tentera Belanda kemudian dikerahkan ke Maastricht untuk mengekalkan sebahagian timur wilayah Limburg daripada diserap ke Belgium.[12] Jerman melanggar perjanjian ini pada 1914 apabila ia menakluk Belgium pada Perang Dunia Pertama.[13]
Selepas kemerdekaan
suntingPerubahan ekonomi
suntingKemerdekaan Belgium penyebab bencana pada bandar industri terpenting, Ghent. Pada tahun 1829, Ghent memproses 7.5 juta kilogram kapas manakala pada 1832, hanya 2 juta kilogram yang diproses. Antara faktor penurunan ini adalah kekurangan pekerja. Bandar pelabuhan Antwerp juga menghadapi bencana terbesar. Bilangan kapal memasuki pelabuhan Antwerp jatuh kepada 398. Pada 1829, sebanyak 1,030 kapal memasuki Antwerp dengan membawa 129,000 tan amaun dari Rotterdam dan Amsterdam.
Orangisme
suntingPada awal 1830, terdapat gerakan untuk menyatukan semula negara Belgium dan Belanda yang dipanggil Orangeisme yang aktif di Flanders dan Brussel. Tetapi di bandar industri seperti di Liège, terdapat pecahan Orangisme.[14] Antara tahun 1831 dan 1834, 32 insiden keganasan terhadap Orangis disebut dalam akhbar dan pada tahun 1834 Menteri Kehakiman Joseph Lebeau mengharamkan Orangisme kepada orang awam dan akan dikenakan hukuman berat.[15]
Catatan
sunting- ^ A Global Chronology of Conflict: From the Ancient World to the Modern Middle ... , by Spencer C. Tucker, 2009, p. 1156
- ^ A Global Chronology of Conflict: From the Ancient World to the Modern Middle ... , by Spencer C. Tucker, 2009, p. 1156
- ^ Paul W. Schroeder, The Transformation of European Politics 1763-1848 (1994) pp 671-91
- ^ Negara penampan - sebuah negara neutral kecil yang bersituasi di dua negara besar
- ^ E.H. Kossmann, De lage landen 1780/1980. Deel 1 1780-1914, 1986, Amsterdam, p. 128
- ^ Jacques Logie, De la régionalisation à l'indépendance, 1830, Duculot, 1980, Paris-Gembloux, p. 21
- ^ E.H. Kossmann, De lage landen 1780/1980. Deel 1 1780-1914, 1986, Amsterdam, p. 123
- ^ E.H. Kossmann, De lage landen 1780/1980. Deel 1 1780-1914, 1986, Amsterdam, p. 129
- ^ Slatin, Sonia. "Opera and Revolution: La Muette de Portici and the Belgian Revolution of 1830 Revisited", Journal of Musicological Research 3 (1979), 53–54.
- ^ Porter, Maj Gen Whitworth (1889). History of the Corps of Royal Engineers Vol I. Chatham: The Institution of Royal Engineers.
- ^ Ministerie van Defensie[pautan mati kekal]
- ^ Schroeder, The Transformation of European Politics 1763-1848 (1994) pp 716-18
- ^ Larry Zuckerman (2004). The Rape of Belgium: The Untold Story of World War I. New York University Press. m/s. 43.
- ^ , Rolf Falter, 1830 De scheiding van Nederland, België en Luxemburg, 2005, Lannoo
- ^ "Universiteit Gent" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-03-19. Dicapai pada 2015-09-28.
Bacaan lanjut
sunting- Fishman, J. S. "The London Conference of 1830," Tijdschrift voor Geschiedenis (1971) 84#3 pp 418–428.
- Fishman, J. S. Diplomacy and Revolution: The London Conference of 1830 and the Belgian Revolt (Amsterdam, 1988)
- Kossmann, E. H. The Low Countries 1780–1940 (1978), pp 151–60
- Kossmann-Putto, J. A. and E. H. Kossmann. The Low Countries: History of the Northern and Southern Netherlands (1987)
- Omond. G. W. T. "The Question of the Netherlands in 1829-1830," Transactions of the Royal Historical Society (1919) vol 2 pp. 150–171 in JSTOR
- Schroeder, Paul W. The Transformation of European Politics 1763-1848 (1994) pp 671–91
- Stallaerts, Robert. The A to Z of Belgium (2010)
- Witte, Els; dll. (2009). Political History of Belgium: From 1830 Onwards. Asp / Vubpress / Upa. m/s. 21ff.