Rudolf Schmidt
Rudolf Schmidt (12 Mei 1886 – 7 April 1957) adalah seorang Jeneral dalam Wehrmacht Jerman Nazi semasa Perang Dunia II yang memerintah Tentera Darat Ke-2 Panzer di Barisan Timur. Beliau adalah penerima pingat Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak.
Rudolf Schmidt | |
---|---|
Kelahiran | 12 Mei 1886 |
Meninggal dunia | 7 April 1957 | (umur 70)
Kesetiaan | Empayar Jerman Republik Weimar Jerman Nazi |
Perkhidmatan | Army |
Tahun perkhidmatan | 1906–45 |
Pangkat | Generaloberst |
Unit | Panzer |
Arahan | 1 Divisyen Panzer Kor XXXIX Panzer Tentera Darat Ke-2 Panzer |
Pertempuran | Perang Dunia II |
Anugerah | Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak |
Hubungan | Hans-Thilo Schmidt (adik) |
Kerjaya
suntingSchmidt menyertai Tentera Darat Imperial Jerman pada tahun 1906 dan berkhidmat dalam Perang Dunia I. Beliau dikekalkan dalam Reichswehr dimana beliau bertugas sebagai pegawai staf. Pada Oktober 1936 beliau telah dinaikkan pangkat ke Generalmajor dan dilantik Panglima 1 Divisyen Panzer. Pada tahun 1939 Schmidt memimpin divisyen ini dalam pencerobohan Poland.
Pada 1 Februari 1940 beliau dilantik Panglima Kor XXXIX Panzer. Beliau memimpin Kor ini di Perancis dan telah dikurniakan pingat Knight Cross of the Iron Cross kerana pencapaiannya dalam Pertempuran Perancis pada 3 Jun 1940. Beliau telah dinaikkan pangkat ke General der Panzertruppe dan menjadi pemangku Panglima Tentera Darat Ke-2 yang mengambil bahagian dalam Pertempuran Moscow. Pada 25 Disember 1941 beliau telah dilantik Panglima Tentera Darat Ke-2 Panzer (menggantikan General Guderian yang dipecat).
Pada 1 Januari 1942 Schmidt telah dinaikkan pangkat ke Generaloberst. Pada 10 April 1943 beliau telah diberhentikan dari jawatannya selepas Gestapo menangkap adiknya kerana mengintip bagi pihak Perancis dan menemui surat-surat yang ditulis Schmidt dimana beliau didapati sangat mengkritik cara Hitler mengurus peperangan dan Parti Nazi. Beliau muncul dihadapan mahkamah tentera tetapi telah dibebaskan dan ditukar ke Führerreserve (pegawai simpanan) pada 30 September 1943. Beliau tidak pernah diberi tugas semula.
Adiknya Hans-Thilo Schmidt menjual butiran mesin Enigma Jerman dan maklumat sensitif tentera yang lain kepada Deuxieme Bureau Perancis dari tahun 1931 sehingga pencerobohan Jerman ke atas Perancis pada 1940.[1]
Pada 16 Disember 1947 Schmidt telah ditangkap oleh tentera Soviet dalam perjalanan ke rumahnya di Weimar. Dibawa ke Moscow, beliau pada mulanya dipenjarakan di Penjara Pusat Vladimir dan Penjara Butyrka. Pada tahun 1952, beliau dijatuhi hukuman penjara 25 tahun oleh sebuah tribunal tentera. Pada 30 September 1955, Schmidt adalah antara tahanan terakhir yang dibebaskan. Beliau meninggal dunia pada 1957.
Tarikh kenaikkan pangkat
sunting- Fahnenjunker - 25 September 1906
- Leutnant - 21 Januari 1908
- Oberleutnant - 8 November 1914
- Hauptmann - 18 Disember 1915
- Major - 1 Februari 1927
- Oberstleutnant - 1 April 1931
- Oberst - 1 Oktober 1933
- Generalmajor - 1 Oktober 1936
- Generalleutnant - 1 Jun 1938
- General der Panzertruppe - 1 Jun 1940
- Generaloberst - 1 Januari 1940
Anugerah kebesaran
sunting- Iron Cross (1914) Kelas 2 dan 1
- Lencana Panzer warna Perak
- Knight Cross Second Class of the Order of the Zähringer Lion with Swords
- Iron Cross (1939) Kelas 2 (22 September 1939) & Kelas 1 (2 Oktober 1939)[2]
- Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak
- Knight Cross pada 3 Jun 1940 selaku Generalleutnant dan Panglima XXXIX. Armeekorps (mot.)[3]
- Penerima ke-19 Daun Oak pada 10 Julai 1941 selaku General der Panzertruppe dan Panglima XXXIX. Armeekorps (mot.)[3]
Rujukan
suntingPetikan
suntingBibliografi
sunting- Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives [The Knight's Cross Bearers 1939–1945 The Holders of the Knight's Cross of the Iron Cross 1939 by Army, Air Force, Navy, Waffen-SS, Volkssturm and Allied Forces with Germany According to the Documents of the Federal Archives] (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Militaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2.CS1 maint: unrecognized language (link)
- Thomas, Franz (1998). Die Eichenlaubträger 1939–1945 Band 2: L–Z [The Oak Leaves Bearers 1939–1945 Volume 2: L–Z] (dalam bahasa German). Osnabrück, Germany: Biblio-Verlag. ISBN 978-3-7648-2300-9.CS1 maint: unrecognized language (link)
Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh — |
Panglima XXXIX. Panzerkorps 1 Februari 1940 – 10 November 1941 |
Diikuti oleh: Generaloberst Hans-Jürgen von Arnim |
Didahului oleh Generaloberst Heinz Guderian |
Panglima 2. Panzerarmee 25 Disember 1941 – 10 April 1943 |
Diikuti oleh: General der Infanterie Heinrich Clößner |