Società Sportiva Lazio, ataupun dikenali sebagai Lazio (sebutan bahasa Itali: [ˈlattsjo]), merupakan sebuah kelab bola sepak profesional Itali yang berpangkalan di Rom, ibu kota Itali. Kelab ini telah ditubuhkan pada tahun 1900 dan turut banyak beraksi di Serie A, divisyen pertama Itali. Lazio telah merangkul kejuaraan liga sebanyak dua kali dalam sejarah, enam piala domestik, tiga kali juara Supercoppa Italiana dan berjaya meraih gelaran Piala Juara-Juara UEFA dan Piala Super UEFA sebanyak satu kali.

Lazio
Lambang kelab
Nama penuhSocietà Sportiva Lazio S.p.A.
GelaranI Biancocelesti (Putih dan Biru Langit)
I Biancazzurri (Putih dan Biru)
Le Aquile (Helang)
Gli Aquilotti (Sang Helang)
Diasaskan9 Januari 1900; 124 tahun yang lalu (1900-01-09), as Società Podistica Lazio
StadiumStadio Olimpico
Rom, Itali
(Kapasiti: 70,634[1])
PemilikClaudio Lotito
PresidenClaudio Lotito
Ketua jurulatihSimone Inzaghi
LigaSerie A
2023–24Serie A, Ke-7
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Musim semasa

Kelab ini mula mencapai tahap cemerlangnya pada tahun 1958 apabila memenangi piala domestiknya yang pertama. Pada tahun 1974, Lazio akhirnyaa menjulang trofi Serie A buat pertama kali. 15 tahun kemudian, kelab ini melalui zaman kegemilangannya apabila merangkul Piala Juara-Juara UEFA dan Piala Super UEFA pada tahun 1999 dan memperoleh scudetto' pada tahun berikutnya.

Jersi Lazio berlandaskan warna biru langit, seluar pendek berwarna putih dan stoking putih. Warna-warna ini mengingatkan kepada legasi Hellenic pada era Rom. Tempat halaman bagi kelab ini ialah Stadio Olimpico yang mempunyai 70,634 tempat duduk selain stadium ini dikongsi dengan kelab Roma sehingga tahun 2016 apabila Roma mendapat sebuah stadium baru iaitu Stadio della Roma. Malah, Roma merupakan pesaing ketat bagi Lazio dan pertembungan kedua-dua pasukan ini disebut Derby della Capitale (diterjemahkan sebagai Pertembungan Ibu Kota atau Pertembungan Rom) dan mereka mula bermusuh sejak 1929.[2]

Lazio juga merupakan sebuah kelab sukan yang mempunyai 40 sukan di dalamnya dan ia antara kelab pelbagai sukan terbanyak di dunia.

Sejarah

sunting

Società Podistica Lazio ditubuhkan pada 9 Januari 1900 di daerah Prati, Rom.[3] Sehingga 1910, kelab ini hanya bermain di peringkat amatur sebelum ia menyertai Kejuaraan Bola Sepak Itali pada tahun 1912 yang dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak Itali untuk kelab yang berada di bahagian tengah dan selatan Itali. Lazo melangkah ke perlawanan akhir kejuaraan play-off sebanyak tiga kali untuk menentukan pemenang namun kesemua itu tewas.

Pada tahun 1927, Lazio menentang keputusan rejim Fasis untuk bergabung menjadi kelab satu bandar dengan bercampur bersama A.S. Roma. Dua tahun kemudian, kelab ini bermain di kejuaraan Serie A yang baru dianjurkan dan Lazio dibintangi penyerang Silvio Piola[4] dan Lazio menduduki tempat kedua pada tahun 1937, keputusan terbaik Lazio pada tempoh sebelum perang.

 
Pasukan Lazio yang merangkul kejuaraan scudetto pertama pada tahun 1974

Pada tahun 1961, Lazio tersingkir ke Serie B buat pertama kali dan Lazio layak ke Serie A semula pada dua tahun kemudian. Lazio akhirnya tersingkir buat kali kedua pada musim 1970-71.[5] Aapabila Lazio mara ke Serie A semula pada musim 1972-73, kelab ini memberi tentangan hebat pada Milan dan Juventus dan mereka menduduki tempat ketiga. Pada masa itu, kelab ini dibintangi Luciano Re Cecconi, Mario Frustalupi, Giorgio Chinaglia dan banyak lagi yang dipimpin oleh jurulatih Tommaso Maestrelli.[6] Pada musim seterusnya, Lazio merangkul kejuaraan scudetto buat pertama kali.[7][8] Walau bagaimanapun, kematian tragis menimpa pemain Re Cecconi,[9] jurulatih Maestrelli dan pemergian Chinaglia menjadi satu tamparan hebat buat Lazio. Kemunculan Bruno Giordano dalam tempoh ini memberi sedikit kelegaan untuk Lazio apabila beliau menjadi penjaring terbanyak liga pada tahun 1979 walaupun Lazio menduduki tempat kelapan.[10]

Lazio dan Milan secara paksa disingkirkan ke Serie B pada tahun 1980 akibat skandal merasuah penganjur perlawanan pada perlawanan kelab itu sendiri. Lazio bermain di divisyen kedua Itali itu selama tiga musim dan ia boleh disifatkan sebagai zaman kegelapan dalam sejarah Lazio. Lazio kembali ke Serie A pada tahun 1983 dan terselamat daripada zon penyingkiran pada musim itu. Pada musim seterusnya amat mengerikan apabila Lazio hanya berjaya mengumpul 15 mata dalam 30 perlawanan lalu gagal untuk kekal di Serie A.

Pada tahun 1986, Lazio dipotong sembilan mata apabila terbabit dalam skandal membabitkan pemain Claudio Vinazzani. Pada musim berikutnya, Lazio menempuh satu perlawanan epik apabila ia perlu bertanding dalam perlawanan play-off ke Serie C dan akhirnya Lazio menang ke ataas lawannya iaitu Taranto dan Campobasso. Lazio kembali ke Serie A semula pada tahun 1988 di bawah bimbingan pengurus cermat, Gianmarco Calleri.[11][12]

Ketibaan Sergio Cragnotti sebagai presiden pada tahun 1992 mengubah sejarah kelab. Beliau telah membawa masuk pemain tengah dari England, Paul Gascoigne dari Tottenham Hotspur sebanyak 5.5 juta euro. Perpindahan Gascoigne ke Lazio telah menaikkan minat kelab Serie A untuk beralih ke United Kingdom pada era 1990an. Cragnotti dilaporkan telah memecah rekod perpindahan termahal apabila menandatangani beberapa pemain bertaraf dunia, iaitu Juan Sebastian Veron sebanyak 18 juta euro dan Christian Vieri sebanyak 19 juta euro. Tidak lama selepas itu, beliau mengikat Hernán Crespo dari Parma dengan harga 35 juta euro.[13]

Lazio menjadi naib juara Serie A pada tahun 1995. Pada tahun 1999, ia juga hampir menjadi juara apabila kurang satu mata daripada pendahulu liga, Milan. Sebelum itu, Lazio dibarisi beberapa pemain ternama antaranya Siniša Mihajlović, Alessandro Nesta, Marcelo Salas dan Pavel Nedvěd. Akhirnya, Lazio meraih kejuaraan scudetto kedua pada tahun 2000. Mereka juga merangkul Coppa Italia ketika Lazio di bawah bimbingan Sven-Göran Eriksson.

Lazio telah menambah dua gelaran Coppa Italia pada tahun 1998 dan 2004 selain menjadi juara Piala Juara-Juara UEFA pada tahun 1999.[14] Mereka juga melangkah ke perlawanan akhir Piala UEFA namun tewas 3-0 kepada Inter Milan.[15] Tambahan lagi, Lazio mengalahkan Manchester United pada tahun 1999 untuk meraih gelaran Piala Super Eropah.[16]

Pada tahun 2000, Lazio menjadi kelab Itali pertama dalam pasaran saham Itali, Piazza Affari.[17]

 
Barisan pemain Lazio pada 2015.

Dengan kesuntukan wang, keputusan Lazio amat kurang memberansangkan. Pada tahun 2002, skandal kewangan yang membabitkan presiden Cragnotti memaksanya untuk meninggalkan Lazio dan Lazio dikawal oleh pengurus kewangan secara sementara sehingga 2004. Ini juga memaksa Lazio menjual pemain ternamanya antaranya pemain yang diminati peminat, Alessandro Nesta kepada Milan. Pada tahun 2004, seorang usahawan, Claudio Lotito memiliki kelab ini.[18]

Pada tahun 2006, kelab ini layak ke Piala UEFA 2006-07 di bawah jurulatih Delio Rossi. Walau bagaimanapun, Lazio tidak dapat ke kejohanan Eropah akibat penglibatannya dalam skandal Calciopoli.[19]

Pada musim 2006-07, Lazio menduduki tempat ketiga liga lalu layak ke pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara Eropah dan layak ke peringkat kumpulan selepas menewaskan Dinamo București. Namun, Lazio menduduki tempat tercorot selepas ketinggalan mata daripada pendahulu Real Madrid, Werder Bremen dan Olympiakos. Pada musim 2008–09, Lazio merangkul kejuaraan Coppa Italia kelima dengan menewaskan Sampdoria pada perlawanan akhir.[20]

Lazio memulakan musim 2009-10 dengan menentang Inter pada perlawanan Supercoppa di Beijing dan keputusannya Lazio menang 2-1.

Imej kelab

sunting
 
Jersi tuan rumah Lazio untuk musim 2005-06.

Warna Lazio iaitu putih dan biru muda sebenarnya diinspirasikan oleh lambang kebangsaan Greece oleh kerana pada hakikatnya bahawa Lazio adalah kelab sukan campuran yang dipilih sebagai mengiktiraf Sukan Olimpik Purba dan bersama-sama dengan tradisinya yang berkait dengan Greece.[21]

Asalnya, Lazio memakai pakaian yang dibahagikan dua warna iaitu biru dan putih secara sukuan selain dipakai bersama seluar pendek dan stoking hitam.[22] Selepas beberapa tempoh Lazio memakai baju putih pada awalnya, Lazio kembali kepada warna-warna yang mereka pakai hari ini.[23]

Simbol dan lambang bagi Lazio ialah helang yang dipilih oleh penubuh kelab ini, Luigi Bigiarelli.[24] Ia sebagai pengakuan kepada lambang Zeus (dewa langit dan petir dalam mitologi Greek) yang biasanya dikenali sebagai Aquila. Oleh itu, Lazio menggunakan dua nama samarannya yang berkaitan helang, le Aquile (Helang) dan Aquilotti (Sang Helang). Kini, lambang Lazio menampilkan seekor helang emas bersama perisai putih yang terdapat jalur biru di atas helang itu. Di dalam perisai itu terdapat nama kelab dan warna kelab iaitu biru muda dan putih.

Stadium

sunting
 
Peminat Lazio di Stadio Olimpico.

Stadio Olimpico merupakan salah satu stadium utama di Itali. Ia juga menjadi gelanggang bagi pasukan kebangsaan Itali dan juga gelanggang bagi pasukan Lazio dan Roma. Stadium ini dibuka pada tahun 1937 dan kali terakhir ia dinaik taraf pada tahun 2008. Stadium ini mempunyai 70,634 tempat duduk.[25] Stadium ini digunakan ketika acara Sukan Olimpik 1960, Kejuaraan Olahraga Dunia IAAF pada 1987, Kejohanan Bola Sepak Eropah 1980, Piala Dunia 1990 dan menganjurkan perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada tahun 1996 dan 2009.[26]

Ketika musim 1989-90, Lazio dan Roma bermain di gelanggang sendiri di Stadio Flaminio Rom yang terletak di daerah Flaminio kerana Stadio Olimpico sedang dinaik taraf.

Peminat dan pesaing

sunting
 
Pemain Lazio dan Roma bersama-sama bertafakur seketika memperingati kejadian gempa bumi L'Aquila 2009.

Lazio merupakan kelab keenam memiliki peminat tertinggi di Itali dan sekitar 2% daripada peminat bola sepak Itali merupakan peminat Lazio menurut akhbar La Repubblica pada 2008. Dahulunya, peminat Lazio di kota Rom berasal dari utara seperti Parioli, Prati, Flaminio, Cassia dan Monte Mario.[27]

Ditubuhkan pada 1987, Irriducibili Lazio merupakan ultras terbesar bagi kelab ini. Biasanya, pada masa tertentu mereka memaparkan ultras tradisional Itali untuk perlawananDerby della Capitale (Pertembungan Ibu Kota)[28] iaitu perlawanan antara Lazio dan musuh ketatnya, Roma dan ia adalah antara persaingan bola sepak paling hangat dan penuh emosi di dunia.[29] Penyokong Lazio, Vincenzo Paparelli maut pada satu perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan ini ketika musim 1979–80 selepas matanya dilempar bunga api oleh penyokong Roma.[30] Selain itu, Lazio juga mempunyai persaingan yang kuat dengan kelab Napoli dan Livorno. Malah, ultras Lazio menjalani hubungan yang baik dengan kelab Inter, Triestina dan Hellas Verona.

Pemain

sunting

Skuad semasa

sunting
Sehingga 5 Ogos 2019.

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
1 GK   Thomas Strakosha
2 DF   Wallace
3 DF   Luiz Felipe
4 DF   Patric
5 DF   Jordan Lukaku
6 MF   Lucas Leiva
7 MF   Valon Berisha
10 MF   Luis Alberto
11 MF   Joaquín Correa
14 DF   Riza Durmisi
15 DF   Bastos
16 MF   Marco Parolo (Naib-kapten)
17 FW   Ciro Immobile
19 MF   Senad Lulić (Kapten)
No. Pos. Negara Pemain
20 FW   Felipe Caicedo
21 MF   Sergej Milinković-Savić
22 MF   Jony
23 GK   Guido Guerrieri
24 GK   Silvio Proto
26 DF   Ștefan Radu
28 MF   André Anderson
29 DF   Manuel Lazzari
32 MF   Danilo Cataldi
33 DF   Francesco Acerbi
49 DF   Jorge Silva
77 DF   Adam Marušić
93 DF   Denis Vavro

Dipinjam

sunting

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
GK   Marius Adamonis (di Catanzaro sehingga 30 Jun 2020)
MF   Davide Di Gennaro (di Juve Stabia sehingga 30 Jun 2020)
MF   Abukar Mohamed (di   Karpaty Lviv sehingga 30 Jun 2020)[31]
MF   Sofian Kiyine (di Salernitana sehingga 30 Jun 2020)
No. Pos. Negara Pemain
MF   Milan Badelj (di Fiorentina sehingga 30 Jun 2020)
MF   Cristiano Lombardi (di Salernitana sehingga 30 Jun 2020)
FW   Simone Palombi (di Cremonese sehingga 30 Jun 2020)
FW   Alessandro Rossi (di Juve Stabia sehingga 30 Jun 2020)

Kejayaan

sunting

Domestik

sunting
 
Bersama Presiden Giorgio Napolitano, pemain Lazio meraikan kejayaan meraih Coppa Italia pada tahun 2009.
Juara (2): 1973–74, 1999–2000
Juara (6): 1958, 1997–98, 1999–2000, 2003–04, 2008–09, 2012–13
Juara (4): 1998, 2000, 2009, 2017
Juara (1): 1968–69

Eropah

sunting
Juara (1): 1998–99
Juara (1): 1999

Rekod dan statistik kelab

sunting
 
Silvio Piola, penjaring terbanyak sepanjang zaman Lazio

Giuseppe Favalli memegang rekod kemunculan terbanyak untuk Lazio dengan telah bermain 401 perlawanan sepanjang 16 tahun dari 1992 hingga 2004.[32] Penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Lazio pula ialah Silvio Piola, dengan 148 gol dihasilkan.[33] Piola, yang juga pernah bermain untuk Pro Vercelli, Torino, Juventus dan Novara merupakan penjaring terbanyak dalam sejarah Serie A dengan 274 gol.[34] Simone Inzaghi merupakan penjaring terbanyak Lazio dalam kejohanan Eropah iaitu dengan 20 gol.[35] Beliau merupakan salah satu daripada lima pemain yang menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.

Secara rasminya, kedatangan penonton ke gelanggang tuan rumah Lazio lebih kurang 80,000 untuk perlawanan Serie A menentang Foggia pada 12 Mei 1974 dan perlawanan itu penonton dapat melihat pasukan Lazio meraih kejuaraan scudetto yang pertama. Rekod kehadiran penonton pada perlawanan itu tidak dapat ditanding sama ada perlawanan membabitkan Roma mahupun pasukan kebangsaan Itali.[36]

Lazio sebagai sebuah syarikat

sunting

Pada tahun 1998, ketika Sergio Cragnotti menjadi presiden, Lazio menjadi sebuah syarikat saham bersama. Lazio menjadi kelab Itali pertama melakukannya.[37][38] Capitalia (dan syarikat Mediocredito Centrale, Banca di Roma dan Banco di Sicilia) merupakan pemegang kedua terbesar bagi kelab ini pada tahun 2004 dengan sebanyak 17.717%.[39] Capitalia juga memegang 49% perkongsian ke atas Italpetroli (melalui syarikat Capitalia Banca di Roma) serta kelab musuh ketat Lazio, Roma (melalui syarikat Italpetroli Roma 2000). Pada tahun itu, Claudio Lotito sedia untuk membeli Lazio dari Sergio Cragnotti tetapi beliau hanya miliki 26.969%.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Stadi Serie A 2015-2016" (PDF).
  2. ^ "Il Derby della Capitale". CBC. 28 November 2007. Dicapai pada 4 November 2009.
  3. ^ "Club info". S.S. Lazio. Dicapai pada 9 January 2011.
  4. ^ "Silvio Piola". cronologia.leonardo.it. Dicapai pada 7 June 2008.
  5. ^ "Italy 1970/71". RSSSF. Dicapai pada 15 June 2008.
  6. ^ "La Lazio di Re Cecconi". vecchiasignora.com. Dicapai pada 15 June 2008.
  7. ^ "I banditi e i Campioni – Lazio '73–'74 – Uno scudetto "contro" tutto e tutti". postadelgufo.it. Dicapai pada 15 June 2008.
  8. ^ "Italy 1973/74". RSSSF. Dicapai pada 15 June 2008.
  9. ^ Paolo Benetollo. "Luciano Re Cecconi, l'Angelo biondo". pagine70.com. Dicapai pada 15 June 2008.
  10. ^ "Italy 1978/79". RSSSF. Dicapai pada 15 June 2008.
  11. ^ "Italy 1988/89". RSSSF. Dicapai pada 14 October 2008.
  12. ^ "Italy 1989/90". RSSSF. Dicapai pada 14 October 2008.
  13. ^ "Lazio's £40m Crespo deal". BBC Sport. 12 July 2000. Dicapai pada 4 November 2009.
  14. ^ "Lazio leave it late". UEFA. 19 May 1999. Dicapai pada 9 January 2011.
  15. ^ "Zamorano leads Inter rout". UEFA. 1 June 1998. Dicapai pada 9 January 2011.
  16. ^ "Salas downs United". UEFA. 1 September 1999. Dicapai pada 27 October 2009.
  17. ^ Capone, Antonello (3 February 2000). "Da oggi la Roma è quotata in Borsa". La Gazzetta dello Sport. Dicapai pada 14 October 2008.
  18. ^ "Claudio Lotito is the new Lazio chairman". guide.dada.net. Dicapai pada 12 June 2008.
  19. ^ "Prima sentenza sullo scandalo calcio: Juve, Lazio e Fiorentina in serie B". La Repubblica. Dicapai pada 12 June 2008.
  20. ^ "Lazio win the Coppa Italia". ESPN Star Sports. 14 May 2009. Dicapai pada 9 January 2011.
  21. ^ "Lazio". albionroad.com. 24 June 2007.
  22. ^ name = "shirt"
  23. ^ "Maglie". ultraslazio.it. 24 June 2007.
  24. ^ "Evoluzione di un simbolo nobile e glorioso". ultraslazio.it. 24 June 2007.
  25. ^ name="olimpico"
  26. ^ name="olimpico"
  27. ^ "S.S. Lazio". ITV-Football. 29 June 2007.
  28. ^ name="fans">"Italian Ultras Scene". View from the Terrace. 29 June 2007.
  29. ^ Duke, Greg (22 October 2008). "Football First 11: Do or die derbies". CNN. Dicapai pada 4 November 2009.
  30. ^ "Ultras History". ultraslazio.it. 29 June 2007.
  31. ^ https://fckarpaty.com/news/20365
  32. ^ name="officialrecords">"Record". S.S. Lazio. Dicapai pada 9 January 2011.
  33. ^ name="officialrecords"
  34. ^ "Italy – All-Time Topscorers". RSSSF. Dicapai pada 12 October 2009.
  35. ^ name="officialrecords"
  36. ^ name="history"
  37. ^ "S.S. Lazio S.p.A". Funding Universe. 29 June 2007.
  38. ^ name="lazioinborsa"
  39. ^ "Azionisti rilevanti di SOCIETA' SPORTIVA LAZIO SPA". CONSOB. 31 December 2004. Dicapai pada 12 March 2016.

Pautan luar

sunting
  NODES