Sambucus nigra
Sambucus nigra atau nama umumnya elder[1] (disebut [él.dĕr]) ialah kelompok spesies tumbuhan berbunga serumpun dengan pokok kerak nasi dalam genus Sambucus keluarga Adoxaceae yang bertaburan asal di banyak kawasan benua-benua Eropah dan Amerika Utara.[2] Ia sering didapati tumbuh meluas di semak belukar serata rantau ini baik sebagai hiasan mahupun dituai bunga dan buahnya sebagai sumber makanan.[3]
Sambucus nigra | |
---|---|
Pokok S. nigra berbunga lebat | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | nigra
|
Nama binomial | |
Sambucus nigra |
Botani
suntingPokok spesies ini jenis renek meluruh yang hanya mampu tumbuh setinggi 6 meter[3] malah jarang kalinya sampai 10 m; kulit batang pokoknya kekelabuan menggelap apabila tua serta menampakkan liang nipis khas iaitu lentisel.[4] Daun-daunnya tumbuh berpasangan setentang dengan ukuran 10–30 sentimeter panjang dengan 5 hingga 7 anak daun 5–12 sm panjang dan 3–5 sm lebar pada ranting-ranting yang berongga.[5]
Bunga yang tumbuh jenis dwijantina menjambak 10–25 sm diameter dengan lima stamen sekuntum,[6] setiap satunya mempunyai limakelopak berwarna putih gading dengan diameter 5–6 mm. Jambak-jambak bunga inii sering disenyawakan lalat menghasilkan buah beri ungu gelap kehitaman[7] dengan diameter 3–5 mm.[3]
Kegunaan
suntingReranting berongganya pernah digunakan masyarakat Inggeris dahulukala sebagai teropong meniup udara menghidupkan api; kegunaan ini yang memberi nama elder sebagai nama pokok ini dari kata bahasa Inggeris Pertengahan æld bermaksud "api".[8]
Buah pokok ini boleh dimakan selepas dimasak terbuang racun fitokimia mentahnya[9][10] yang boleh dijadikan manisan, jem,[11] bahan perisa hingga ke arak.[3]
Rujukan
sunting- ^ "Sambucus nigra". Integrated Taxonomic Information System.
- ^ "Flora Europaea Search Results". Rbg-web2.rbge.org.uk. Dicapai pada 13 October 2017.
- ^ a b c d RHS A-Z encyclopedia of garden plants. United Michael and Vikram: Dorling Kindersley. 2008. ISBN 978-1405332965.
- ^ Clapham, A.R., Tutin, T.G. and Warburg, E.F. 1968 Excursion Flora of the British Isles Second Edition Cambridge.ISBN 0-521-04656-4
- ^ Vedel, H. and Lange, J. 1971. Trees and Bushes in Wood and Hedgerow. p.196. Methuen and Co. Ltd. ISBN 0416-61780-8
- ^ Parnell, J. and Curtis, T. 2012. Webb's An Irish Flora. Cork University Press. ISBN 978-185918-4783
- ^ Harrison, Lorraine (2012). RHS Latin for Gardeners. United Kingdom: Mitchell Beazley. ISBN 978-1845337315.
- ^ "Elder (Sambucus nigra) - British trees -" (dalam bahasa Inggeris). Woodland Trust. Dicapai pada 3 November 2017.
- ^ "European elder". National Center for Complementary and Integrative Health, US National Library of Medicine. 1 August 2020. Dicapai pada 4 September 2021.
- ^ "Elderberry". Drugs.com. 4 August 2021. Dicapai pada 4 September 2021.
- ^ Fagan, Damian (2019). Wildflowers of Oregon: A Field Guide to Over 400 Wildflowers, Trees, and Shrubs of the Coast, Cascades, and High Desert. Guilford, CT: FalconGuides. m/s. 16. ISBN 978-1-4930-3633-2. OCLC 1073035766.