Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa
Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa (lebih dikenali sebagai Sains Kedah, SMSSMJ, kadangkala Mad Jiwa, dan terkini SMadJiwa, sempena Perayaan Jubli Emas) ialah salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di negeri Kedah, utara Malaysia. Sekolah ini terletak di Bandar Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Badlishah, 08000 Sungai Petani, Kuala Muda, Kedah Darul Aman, Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Berprestasi Tinggi |
Moto | Berilmu dan Berbudi |
Ditubuhkan | 1973 |
Nombor sekolah | +604 421 8711 |
Kod sekolah | KEE3105 |
Pengerusi PIBG | Encik Mohd Yusoff bin Mohd Shariff |
Pengetua | Puan Noraini binti Mohamad Isa |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Ku Nor Suriati binti Ku Ishak |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Cik Norfariza binti Abdul Karim |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Izady bin Ibrahim |
Laman sesawang | http://www.sciencekedah.edu.my/ |
Pada 2024, Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa memiliki 281 pelajar lelaki dan 281 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 562 orang. Ia mempunyai seramai 56 orang guru.
Alumni sekolah ini dikenali sebagai ASSAK (Alumni Sekolah Sains Kedah)[1].
Sejarah
suntingSekolah ini telah dinamakan bagi memperingati Almarhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II, Sultan Kedah ke-19. Baginda telah memerintah Kedah selama 68 tahun bermula dari 1710 hingga 1778.
SMadJiwa ditubuhkan pada tahun 1973 di bawah Rancangan Malaysia Kedua sebagai Sekolah Menengah Sains Kedah sebelum ditukar nama sebagai Sekolah Sultan Mohamad Jiwa pada 1984. Perasmian nama baru ini telah dibuat oleh Almarhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Kedah ke-28. Nama ini seterusnya ditukar menjadi Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa pada 1997 dan kekal sehingga sekarang.[2]
Disebabkan pada masa tersebut bangunan sekolah masih dalam proses pembinaan, maka kumpulan terawal pelajar sekolah ini telah ditumpangkan di beberapa buah sekolah lain iaitu di Perak, SMK Anderson dan SMJK Methodist Girls School, dan di Kedah, SMK Khir Johari, Sungai Petani.
Bangunan serta kompleks sekolah ini siap sepenuhnya dan mula diduduki pada tahun 1974. Sekolah ini memulakan operasinya dengan bilangan guru seramai 35 orang, 60 orang staf sokongan dan 454 orang murid. Perasmian sekolah ini telah berlangsung pada 6 November 1976.
Kemudahan dan Fasiliti
suntingAntara kemudahan yang terdapat di sekolah ini :
Kemudahan Sekolah | Kemudahan Asrama | |
---|---|---|
1 Dewan Besar | Padang | 2 blok Asrama Putera (ASPURA) |
1 Pusat Sumber | 1 Kantin | 2 blok Asrama Puteri (ASPURI) |
20 Buah Kelas | 2 Astaka | Surau Al-Falah |
1 buah Bilik Mesyuarat | 2 Bilik Pengurusan Sukan | 4 Bilik Bacaan |
2 Bilik Seminar | Pusat Kokurikulum | 2 Bilik Rawatan |
Anjung Informasi | 1 Bilik Praktikal Jurutera | 1 Tangki Air |
Bilik Kaunseling | 1 1/2 gelanggang Bola Keranjang | 2 Ampaian Asrama Putera |
6 blok Pendidikan | 2 gelanggang Bola Tampar | 2 Ampaian Asrama Puteri |
1 blok Makmal Kejuruteraan | 1 trek Olahraga | 1 Stor Pelupusan Asrama Putera |
6 buah Makmal Komputer | 1 Padang Bola Sepak | 1 Dispenser Air |
2 Makmal Informasi (AVA Room) | 1 Padang Ragbi | 3 Bilik Seterika Asrama Putera |
1 Makmal Bahasa Jepun | 3 padang Bola Baling | 6 Bilik Seterika Asrama Puteri |
3 buah Makmal Bedah Siasat | 1 gelanggang Bola Jaring | 2 Bilik Basuhan Asrama Putera |
2 buah Makmal Biologi | 1 padang Turf Kriket | 3 Bilik Stor Asrama Putera |
2 buah Makmal Kimia | 8 Net Turf Kriket | 1 Bilik Gunting Rambut |
2 buah Makmal Fizik | 2 padang sofbol | 2 Bilik Warden Asrama Putera |
1 Makmal Matematik | ||
1 Bilik Muzik | ||
1 Studio Seni | ||
3 buah Bengkel Kemahiran Hidup | ||
1 buah Bilik Gerakan Pengawas | ||
Koperasi Sekolah | ||
1 Dewan Terbuka |
*dikemaskini 10/08/2020
Sistem Rumah
suntingSemua pelajar sekolah ini ditugaskan ke salah satu daripada empat rumah pada masa kemasukan baru pertama ke sekolah. Setiap rumah ini masing-masing dinamakan sempena empat jawatan utama dalam kerajaan-kerajaan Melayu klasik seperti Bendahara, Laksamana, Panglima, dan Temenggung.
Sepanjang tahun persekolahan, setiap rumah akan bersaing dalam bidang akademik, kokurikulum, kepimpinan, 3K (Keselamatan, Kebersihan, & Keceriaan), khidmat bakti, & banyak lagi melalui pengumpulan merit demerit. Pada kemuncaknya, pengumpulan merit tertinggi dalam sistem akan diisytiharkan sebagai pemenang Sistem Rumah dalam acara kemuncak majlis makan malam rasmi pada akhir tahun persekolahan.
Warna | Rumah |
---|---|
Bendahara | |
Laksamana | |
Panglima | |
Temenggung |
Majalah Sekolah
suntingSMadJiwa telah menerbitkan majalah tahunan sendiri, diberi nama RINTISAINS. Majalah ini diterbitkan dengan cetakan warna penuh dan merakamkan detik-detik istimewa dan juga gambar setiap darjah. Kumpulan penggerak majalah sekolah dikenali sebagai Sidang Redaksi RintiSains.
Pencapaian Sekolah (2005-2015)
sunting2005 - 2009
- Johan Pertandingan Inovasi Sains dan Rekacipta SBP 2005
- Naib Johan Pertandingan Pidato Piala Diraja Peringkat Negeri Kedah
- Johan Pertandingan Syarahan Dwi-Bahasa Peringkat Negeri Kedah 2005
- Johan Kejohanan Hoki Piala ASAK B-18(P) SBP Zon Utara 2005
- Tempat keempat INTEL International Science and Engineering Fair 2006, Amerika Syarikat
- Tempat ke-3 Kejohanan Kriket SBP Zon Utara 2006
- Pemenang "Best Research Award" dalam International Science Festival 2007 di Busan, Korea Selatan
- Wakil Malaysia dalam Under-16 4 Nations Hockey Championship 2007 di Mannheim, Jerman
- Johan Kejohanan Kriket SBP Zon Utaraa 2008 di STAR, Ipoh
- Johan Kejohanan Kriket Piala Tan Sri Hamzah SBP Peringkat Kebangsaan 2008 di SMSSMJ, Kedah
- Mewakili Malaysia dalam ASEAN Youth Science Summit di Manila, Filipina
- Johan Pertandingan Inovasi Sains dan Rekacipta Kebangsaan
- Pemenang anugerah "Fastest Car Award" di Pertandingan F1inschools™ 2008 peringkat Zon Utara
- Mewakili Negeri ke pertandingan F1inSchools™ peringkat Kebangsaan
- Wakil Malaysia dalam Malaysia 2nd Cohort Jenesys Programme di Jepun
- Johan Pertandingan Roket Peringkat Negeri Kedah
- Johan Pertandingan Anugerah Alam Sekitar (ARAS) Peringkat Negeri Kedah 2008
- Johan Pertandingan Kuiz Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Kedah 2008
- Johan Pertandingan Amali Haji Peringkat Negeri Kedah 2008
- Johan Pertandingan Kuiz Agama Peringkat Negeri Kedah 2008
- Tempat ke-3 Kejohanan Taekwando Remaja Peringkat Kebangsaan 2008
- Naib Johan Pertandingan Catur B-15 Peringkat Negeri Kedah 2008
- 4 orang pelajar dikurniakan Anugerah Jerai oleh Sultan Negeri Kedah pada tahun 2008
- Johan Pertandingan Kriket SBP Zon Utara 2009 di MCKK,Kuala Kangsar, Perak
- Naib Johan Pertandingan Kriket Piala Tan Sri Hamzah SBP Peringkat Kebangsaan 2009 di SMAP Kajang
- Johan Pertandingan Inovasi Sains dan Rekacipta SBP Peringkat Kebangsaan 2009
- Johan Harta Intelek Kementerian Sains,Teknologi,dan Inovasi (MOSTI) 2009
- Naib Johan Kejohanan Hoki B-16(L) Piala ASAK 2009
- Johan Tomoi Berantai Peringkat Kebangsaan 2009
2010 - 2015
- Johan Pertandingan Kriket Piala Tan Sri Hamzah antara Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Zon Utara 2011
- 7 orang pelajar dipilih untuk mewakili negeri Kedah dalam Pertandingan Kriket Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia 2013
- Johan Sekolah Berintegriti dalam Semua Aspek peringkat antarabangsa tahun 2013
- 4 orang pelajar mewakili Kedah dalam Pertandingan Roket Air 2015 anjuran MEASAT dan berjaya merangkul Naib Johan
- Tempat ketiga Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan
- Tempat ke 3 Kejohanan Kriket Jemputan MCA-ACC SBP Invitational 2015 oleh Malaysian Cricket Association (MCA) & ASSAK Cricket Club
- Tempat ketiga HKSBP bola keranjang 2016
Pengetua Sekolah
suntingBil. | Tempoh | Pengetua |
---|---|---|
1. | 1973 - 1979 | Tuan Abdul Shukor bin Abdullah |
2. | 1979 - 1981 | Tuan Mohd Ismail bin Othman |
3. | 1981 - 1989 | Tuan Ishak bin Khamis |
4. | 1989 - 1995 | Tuan Haji Zakaria bin Harun |
5. | 1995 - 1999 | Tuan Haji Ismail bin Ahmad |
6. | 1999 - 2005 | Tuan Haji Ali bin Ahmad |
7. | 2005 - 2011 | Tuan Haji Rusdin bin Husin |
8. | 2011 - 2017 | Tuan Pesol bin Md Saad |
9. | 2017 - 2019 | Tuan Harris Ganae bin Nainar |
10. | 2019 - 2020 | Tuan Haji Mohd Ghazali bin Ahmad |
11. | 2020 - 2023 | Puan Nadziroh binti Mohd Nadzim |
12. | 2023 - Sekarang | Puan Noraini binti Mohamad Isa |
Alumni
sunting- Laksamana Madya Dato' Ts. Shamsuddin bin Hj Ludin, Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-24.
- Dato' Seri Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah ke-14.
- Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak ke-15.
- Dato' Ir. Ahmad Zakiyudin bin Abdul Rahman, mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang (2018-2023).
- Brigedier Jeneral Dato' Saipol Anuar Bin Jaafar, Panglima Briged Ke-6 Infantri Tentera Darat Malaysia.
- Dato' Ahmad Husaini Bin Abdul Rahman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.
- Datuk Ir. Ahmad 'Asri bin Abdul Hamid, Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia.
- Dr. Haji Ku Azhar bin Ku Baharum, Pengasas & Ketua Pengarah Urusan Kumpulan Poliklinik Dr. Azhar Dan Rakan-Rakan.
- Dato' Haji Ahmad Sohaimi bin Abdul Rahim, mantan Pengurus Besar Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Haji Lembaga Tabung Haji.
- Dr. Rohani binti Hashim, mantan Setiausaha Agung Pertubuhan Penyelidikan Perindustrian dan Teknologi Sedunia (WAITRO).
- Datin Paduka Dato' Hajah Azuyah binti Hassan, mantan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
- YBrs. Dr. Ismuni Bin Bohari, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah.
- YM Raja Shahreen Bin Raja Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB).
- Dato' Izham bin Yusoff, mantan Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB).
- Dato' Mohd Sahil bin Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kulim Technology Park Corporation & Ahli Lembaga Pengarah Taman Teknologi Tinggi Kulim (Kulim Hi-Tech Park).
- Datuk Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad, mantan Ahli Parlimen Kuala Kangsar & Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
- Dato' Ir Nawawi bin Ahmad, mantan Ahli Parlimen Langkawi & Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
- Dato' Mohd Zin bin Baharom, Pengarah Urusan Kumpulan Permintex Group.
- Encik Sarhan bin Alang Endut, Timbalan Pengarah Bank Julius Baer, Zürich, Switzerland, Naib Presiden Mizuho Bank, Zurich, Switzerland.
- TYT Raja YM Saifull Ridzuwan bin Raja Kamaruddin, Duta Besar Malaysia ke Bosnia Herzegovina.
- Encik Pesol bin Md Saad, mantan Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, & mantan Pengetua Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa.
- Muhammad Fakhrullah bin Fazlan @Wahab , Ketua Tabligh University Sains Malaysia Sesi 24/25, Pulau Pinang
- Muhammad Dzairil Aizat bin Roslan, Timbalan Ketua Sprinter Kedah No.1 , University Putra Malaysia, Serdang, Selangor
- Encik Harris Ganae bin Nainar, mantan Pengetua Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa.
- Encik Zainuddin bin Zakaria, Penerima Anugerah Ikon Guru Inovatif Kebangsaan 2017.
- Encik Ismanor Fahmi bin Ismail, Pengarah Kolej Profesional MARA Beranang, Selangor.
Alamat
sunting- Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa
- Jalan Badlishah
- 08000, Sungai Petani
- Kedah Darul Aman, Malaysia
- Telefon : +604 421 8711
- Email : smssmj.ppdkmy@gmail.com[3]
Rujukan
sunting- ^ https://assak.org/
- ^ "SEBELAS LAGI SEKOLAH BERASRAMA PENUH UNTUK GOLONGAN MISKIN". Bernama (dalam bahasa Malay). Kuala Lumpur. 1993-10-12. Dicapai pada 2024-11-19.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ http://sciencekedah.edu.my/webs/?page_id=2