SelangorTV

Saluran televisyen digital milik kerajaan negeri

Selangor TV (dahulunya dikenali sebagai TV Selangor) adalah saluran televisyen digital terestrial milik kerajaan negeri Selangor Darul Ehsan serta dipegang hak milik oleh Media Selangor Sdn Bhd. Selangor TV mula beroperasi pada tahun 2008 susulan pelantikan Menteri Besar Selangor ke-14 ketika itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat. Selangor TV diwujudkan untuk menyebarkan pelbagai pengetahuan am, isu-isu terkini, hiburan, seni tradisi, variasi umum, liputan berita, dan juga perkembangan semasa dari lapan buah negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Pulau Pinang, dan Johor.

SelangorTV
NegaraMalaysia
Kawasan siaranMalaysia
Slogan
  • Merakyatkan Informasi
    (2008–2023)
  • Segar. Semasa. Selangor
    (sejak 2023)
Ibu pejabatAras 11, Menara Bank Rakyat, No. 1, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14, 40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Pengaturcaraan
BahasaMelayu
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
Pemilikan
PemilikMedia Selangor Sdn Bhd
IndukKementerian Komunikasi Malaysia
Pautan
Laman webselangortv.my
Ketersediaan
Media penstriman
MYTVMYTV Mana Mana

Selangor TV kini beroperasi sepenuhnya di Menara Bank Rakyat, Shah Alam, Selangor. Selangor TV adalah stesen televisyen digital milik penuh kerajaan negeri Selangor. Buat masa ini, siaran televisyen Selangor TV hanya boleh ditonton menerusi saluran televisyen online secara percuma dan juga melalui platform media sosial seperti YouTube, Facebook, Instagram, TikTok, dan Threads.

Siaran Selangor TV menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama, selain juga bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, dan Bahasa Tamil. Siaran televisyen digital Selangor TV kini bersiaran bermula dari jam 7:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari, tanpa sebarang gangguan siaran. Kini Selangor TV dipegang hak milik sepenuhnya di bawah Kerajaan Negeri Selangor dan disahkan penyiarannya oleh Kementerian Komunikasi Malaysia.

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting
  NODES
os 1
web 1