Seluar (Jawi: سلوار) atau celana (Jawi: چلان) ialah sejenis pakaian yang dipakai di bahagian bawah badan dari pinggang menutupi kedua belah kaki berasingan hingga ke paras pergelangan kaki, (berbanding dengan kain yang merentang kedua belah kaki seperti sarung, skirt dan baju).

Sepasang seluar dipakai seorang yang sedang berjalan.

Pakaian ini terbahagi kepada dua kategori umum mengikut ukuran:

  • Seluar/celana pendek, dengan ukuran dari pinggang sampai ke takat lutut atau kurang
  • Seluar/celana panjang (dengan ukuran dari pinggang sampai tumit)

Peristilahan

sunting

Perkataan "seluar" meminjam dari Parsi: شلوار syilwār.[1] "Celana" pula meminjam dari istilah bahasa Sanskrit चलनक calanaka melalui bahasa Jawa Kuno[2] yang asalnya merujuk kepada sejenis kain sarungan kaki dikembangkan daripada kain cawat memudahkan tunggang kuda dalam kalangan askar kerajaan-kerajaan Jawa disebut sebagai lancingan (bahasa Jawa: ꦭꦚ꧀ꦕꦶꦔꦤ꧀) tetapi beralih ungkapan sebagai ꦕ꧀ꦭꦤ celana dalam bahasa Jawa moden.[3]

Seluar mempunyai suatu bukaan membenarkan pemakai memasukkan kaki ke dalam dua-dua belah kain seluar yang kemudiannya dapat disematkan baik menggunakan butang, zip mahupun kancing. Ia adakala turut disokong dengan tali pinggang atau tali bawat.

Rujukan

sunting
  1. ^ Muhammad Bukhari Lubis (Hj.) (1990). Bunga rampai sastera Parsi. Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia. m/s. 48.
  2. ^ L. Mardiwarsito (1978). "celana". Kamus Jawa Kuno (Kawi)-Indonesia. Ende: Nusa Indah. m/s. 47.
  3. ^ Jákl, Jiří (Mei 2016). "The Loincloth, Trousers, and Horse-riders in Pre-Islamic Java: Notes on the Old Javanese Term Lañciṅan". Archipel. 91: 185-202. doi: 10.4000/archipel.312

Lihat juga

sunting
  NODES
Note 1
USERS 1