Senarai pulau di dunia mengikut keluasan
Berikut adalah 10 Pulau Terbesar di Dunia berurutan Berdasarkan Keluasan Pulau Tersebut, 5 pulau di Indonesia , 4 pulau di Kanada dan pulau di Malaysia termasuk didalam pulau yang terbesar.
Pulau Di Dunia
suntingKeluasan | Negara |
2,166,086 km² | Denmark |
Greenland (nama rasmi: Kalaallit Nunaat, bahasa Denmark: Grønland) adalah sebuah pulau di Atlantik bahagian utara di arah timur laut Kanada. Luas wilayahnya adalah 2,166,086 km² dan merupakan pulau terbesar di dunia. Pulau ini termasuk wilayah Kerajaan Denmark. Sejak tahun 1979, Greenland diberi kemandirian dan sejak tahun 1985 tidak lagi menjadi anggota Uni Eropah. Bandar utama Greenland adalah Nuuk.
New Guinea / Papua / Irian
suntingKeluasan | Negara |
890,000 Km² | Papua New Guinea dan Indonesia |
Papua (dari bahasa Biak) atau Irian (istilah yang pernah dipakai di Indonesia) atau New Guinea (dari bahasa Inggeris) adalah pulau terbesar kedua di dunia yang terletak di sebelah utara Australia.
Pulau ini dibahagikan kepada dua wilayah yang bahagian baratnya dikuasai oleh Indonesia dan bahagian timurnya oleh Papua New Guinea. Istilah “Papua” digunakan untuk merujuk kepada pulau ini secara keseluruhan. Nugini berasal dari kata New Guinea, nama yang diberikan oleh orang Barat (kolonial Inggeris), yang di-Indonesiakan. Mereka dahulu berpendapat bahawa tanah Papua mirip Guinea, sebuah wilayah di Afrika. Jadi mereka sebut "New Guinea" (har. Guinea Baharu). Istilah “Papua” masih dikekalkan dan dipakai hingga zaman moden dan juga menjadi nama provinsi, iaitu provinsi Papua dan provinsi Papua Barat. Di pulau ini terletak gunung tertinggi di Indonesia, iaitu Puncak Jaya Wijaya (5,030 m).
Keluasan | Negara |
743,330 Km² | Brunei, Indonesia dan Malaysia |
Kalimantan adalah sebuah pulau yang terletak di sebelah utara Pulau Jawa dan di sebelah Barat Pulau Sulawesi. Terbahagi kepada tiga negara iaitu Indonesia (73% bahagian pulau), Brunei, dan Malaysia.
Pada zaman dahulu, "Borneo" adalah nama yang dipakai oleh kolonial Inggeris dan Belanda. Sedangkan nama "Kalimantan" ialah istilah tempatan penduduk Nusantara (bahasa Inggeris: native or indigenous term ) yang masih dikekalkan dan dipakai oleh penduduk pulau di Indonesia sampai sekarang.
Keluasan | Negara |
587,041 Km² | Madagascar |
Secara geologi, Madagascar berada pada pulau yang terpisah dari benua utama Afrika. Pertama kali terpisah dari anak benua India, pulau ini bergerak makin mendekati benua itu. Pulau ini adalah daratan tua, sama seperti Australia, sehingga tanahnya kahat bahan mineral akibat tiada aktiviti volkano. Kebanyakan tanahnya berwarna merah, menunjukkan keadaan tanah yang telah melapuk.
Akibat isolasi ratusan juta tahun tersebut, flora dan fauna Madagascar sangat khas dan banyak spesies endemik ditemui di sana. Keadaan ini seakan-akan terjadi kepada Pulau Sulawesi.
Keluasan | Negara |
507,451 Km² | Kanada |
Pulau Baffin (bahasa Inuktitut: Qikiqtaaluk ) adalah salah satu dari Kepulauan Artik di wilayah Nunavut, bagian utara Kanada. Ia merupakan pulau terbesar di Kanada sekaligus pulau kelima terbesar di dunia, dengan luas 507.451 km². Pada 2004, penduduknya berjumlah 11.000 orang. Nama pulau ini diambil dari nama akhir penjelajah Britania, William Baffin
Keluasan | Negara |
425,000 Km² | Indonesia |
Sumatera (juga dieja Sumatra) yang terletak di Indonesia, merupakan pulau keenam terbesar di dunia, dengan keluasan 443.065,8 km2. Penduduk pulau ini sekitar 42.409.510 orang (2000). Di Sumatera pernah terdapat kerajaan Samudera (kerajaan Samudera Pasai; sekarang bahagian dari provinsi Aceh). Kononnya pada kunjungannya ke pulau tersebut Ibnu Batutah (cendekiawan Islam asal Morocco) selalu melafalkan kata Samudera menjadi Sumatera, semenjak saat itu nama Sumatera dikenal luas sebagai nama pulau tersebut.
Selain dikenali dengan nama Sumatra, pulau tersebut dikenali dengan nama pulau Andalas (dalam Sejarah Melayu) dan Suwarnadwipa (juga dieja Swarnadwipa atau Svarnadvipa). Suwarnadwipa bererti “pulau emas” dalam bahasa Sanskrit. Naskah Negarakertagama dari abad ke-14 menyebut “Bhumi Malayu” (har. “Tanah Melayu”) untuk pulau ini.
Keluasan | Negara |
227,414 Km² | Jepun |
Honshū (本州) adalah pulau terbesar Jepun. Ia terletak di selatan Hokkaido, utara Shikoku di seberang Laut Dalam Negeri, dan timur laut Kyushu di seberang Selat Shimonoseki. Jika diukur dengan seluruh dunia, Honshu merupakan pulau terbesar ketujuh di dunia dan pulau terpadat kedua di dunia setelah Jawa.
Panjang Honshu sekitar 1.300 km dan lebarnya bervariasi antara 50 hingga 230 km. Jumlah keluasan wilayahnya adalah 230.500 km², sekitar 60% total luas wilayah Jepun. Garis pantainya sepanjang 5.450 km.
Keluasan | Negara |
219,000 Km² | United Kingdom |
Britania Raya adalah sebuah pulau yang terletak di lepas pantai Eropah Barat sebelah barat laut. Pulau ini memiliki luas 218.595 km² dan secara keseluruhan merupakan wilayah Kerajaan Bersatu Great Britain dan Ireland Utara. Di pulau ini terletak empat negara bersekutu bahagian atau wilayah negara kesatuan ini iaitu: Scotland, Ireland Utara, Britain dan Wales.
Great Britain disebut Great untuk membezakan dengan Britain yang lain iaitu région Bretagne di Perancis. Nama Great Britain berasal dari bahasa Perancis Grand-Bretagne. Dan kerana bahasa rasmi pemerintahan Inggeris bermula dari tahun 1066 adalah bahasa Perancis, maka nama ini dipakai terus sampai bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi semulao leh sejarawan bernama “Bretayne the grete” dipakai pada tahun 1338. Namun secara rasmi nama ini baru dipakai oleh Raja James I (James VI of Scots and I of England and Ireland) pada 20 Oktober 1604. Kala itu ia menyatakan sumpah bahawa ia adalah “Raja Great Britain” dan tidak hanya “Scotland” dan “Ireland” saja sebab Wales juga termasuk wilayahnya.
Keluasan | Negara |
217,291 Km² | Kanada |
Pulau Victoria merupakan salah satu dari Kepulauan Arctic Kanada di Nunavut dan Teritori Northwest, Kanada. Ini merupakan salah satu pulau terbesar di dunia, dan dengan ukuran 217,291 km persegi menjadikannya pulau kedua terbesar di Kanada, dua kali besarnya Newfoundland. Sepertiga bahagian barat dari pulau ini merupakan bahagian dari Inuvik, Teritori Northwest dan lebihannya merupakan bahagian dari Kitikmeot, Nunavut. Selat Lebar Melville terletak di sebelah utara, dan Kanal Clintock serta Selat Victoria di sebelah timur. Bahagian Teritori Northwest berlanjut ke daratan di seberang selatan, Selat Pease. Di barat terdapat Gurun Amundsen dan Pulau Banks.
Keluasan | Negara |
196,236 Km² | Kanada |
Pulau Ellesmere adalah bhaagian dari Daerah Qikiqtaaluk wilayah Kanada Nunavut. Terletak dalam Kepulauan Arktik Kanada dianggap bahagian dari Kepulauan Ratu Elizabeth, dengan Cape Columbia menjadi titik paling utara tanah di Kanada. Terdiri luas 196.235 km2 (75.767 sq mi), menjadikannya kesepuluh di dunia dan pulau terbesar di Kanada pulau terbesar ketiga. Arktik sistem gunung Cordillera meliputi sebagian besar Pulau Ellesmere, sehingga yang paling bergunung-gunung di Kepulauan Arktik Kanada. Willow Kutub Utara adalah satu-satunya spesies kayu tumbuh di Pulau Ellesmere
Keluasan | Negara |
174,600 Km² | Indonesia |
Sulawesi adalah pulau ke-11 terbesar di dunia, meliputi kawasan seluas 174.600 km2 (67.413 batu persegi). Pulau ini dikelilingi oleh Borneo di sebelah barat, oleh Filipina di sebelah utara, oleh Maluku di sebelah timur dan oleh Flores dan Timor di sebelah selatan. Ia mempunyai bentuk yang khas, yang didominasi oleh empat semenanjung besar: Semenanjung Minahasa; Semenanjung Timur; Semenanjung Selatan; dan Semenanjung Tenggara. Bahagian tengah pulau bergunung-ganang, sehingga perhubungan antara semenanjung pulau satu sama lain adalah payah, dahulu lazimnya sambungan pengangkutan lebih baik melalui laut daripada melalui darat. Di pulau ini terdapat tiga teluk: Teluk Tomini, Teluk Tolo, dan Teluk Bone; manakala Selat Makasar berada di sisi barat pulau. Pulau Selayar terbentang di barat daya Sulawesi hingga Laut Flores. Kepulauan Sangihe dan Kepulauan Talaud terbentang pada hujung timur laut, manakala Pulau Buton berada di tenggara, Kepulauan Togian di Teluk Tomini, dan Pulau Peleng dan Pulau Banggai membentuk kelompok kepulauan di antara Sulawesi dan Maluku. Kesemua pentadbiran pulau-pulau yang disebutkan itu adalah bahagian daripada Sulawesi.
Pada masa kolonial Inggeris dan Belanda, pulau ini lazim disebut dengan nama "Celebes" mengikut pelafalan bahasa Inggeris dan Belanda untuk menyebut "Sulawesi".
Keluasan | Negara |
151,215 Km² | New Zealand |
Pulau Selatan adalah salah satu dari dua pulau utama yang membentuk New Zealand. Pulau utama yang lain adalah Pulau Utara. Nama pulau ini dalam bahasa Maori adalah Te Wai Pounamu yang bermaksud "Air batu hijau" (batu hijau ini merujuk kepada jed). Pulau ini juga mempunyai seluas wilayah 151 215 kilometer persegi (58 384 batu persegi) dan menjadikannya pulau ke-12 terbesar di dunia. Di sepanjang pesisir baratnya terdapat pergunungan Alps Selatan di mana Gunung Cook merupakan puncak tertinggi iaitu kira-kira 3 754 meter dari aras laut.
Keluasan | Negara |
132,000 Km² | Indonesia |
Pulau Jawa di Indonesia, kawasan 132,000 km persegi, mempunyai 124 juta penduduk dan merupakan pulau paling padat penduduknya di Indonesia, dengan jumlah penduduk seramai 979 orang setiap kilometer persegi. Jika Jawa adalah sebuah negara, ia menjadi negara kedua paling padat di dunia, kecuali untuk beberapa negara kecil (selepas Bangladesh). Jawa terletak dalam rantaian kepulauan dengan Sumatera di barat laut dan Bali di sebelah timur. Di sebelah timur laut terletak Borneo. Di selatan adalah Pulau Krismas, "Christmas Island". Jawa hampir keseluruhannya berasal dari gunung berapi, dan mengandungi tidak kurang dari tiga puluh lapan gunung yang berbentuk kon menunjukkan mereka merupakan gunung berapi yang pernah aktif.
Pada masa kolonial Inggeris dan Belanda, pulau ini lazim disebut dengan nama "Java" mengikut ejaan bahasa Inggeris dan Belanda yang dipinjam dari istilah tempatan "Jawa". Pada masa pra-kolonial, pulau Jawa juga dikenal dengan istilah lain dalam sastera-sastera kuno India seperti "Yawa", "Yawadvipa", "Javadvipa", "Iava", "Labadip", "Zaba", "Zava", dan lain-lain.
Keluasan | Negara |
113,729 Km² | New Zealand |
Pulau Utara (bahasa Maori:Te Ika-a-Māui) merupakan salah satu daripada dua pulau utama yang terdapat di New Zealand. Pulau yang lain adalah Pulau Selatan. Luas pulau ini ialah 113,729 km persegi menjadikannya pulau ke-14 terbesar di dunia. Ia mempunyai jumlah penduduk seramai 3,250,700 mengikut perangkaan Jun 2008.
Keluasan | Negara |
111,390 Km² | Kanada |
Newfoundland merupakan nama sebuah pulau di Kanada. Pulau ini berlokasi di Lautan Atlantik bahagian timur dan merupakan pulau terbesar di Kanada. Ibu kotanya ialah St. John's. Pulau ini memiliki luas wilayah 111,390 km² dan populasi 514,409 juta (2006).