Sheryl Kara Sandberg (lahir 28 Ogos 1969) ialah seorang eksekutif perniagaan, bilionair dan dermawan Amerika Syarikat. Sandberg berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) Facebook dan pengasas LeanIn.Org.[2] Pada Jun 2012, beliau telah dilantik ke Lembaga Pengarah Facebook,[3] menjadi wanita pertama yang menduduki lembaga pengarah. Sebelum menyertai Facebook sebagai COO, Sandberg merupakan Naib Presiden Jualan Dalam Talian and Operasi di Google, dan telah terlibat dalam cabang kedermawanan Google.org. Sebelum itu, Sandberg berkhidmat sebagai Ketua Kakitangan Setiausaha Bendahara Amerika Syarikat, Lawrence Summers.

Sheryl Sandberg
Sandberg pada 2013
Kelahiran
Sheryl Kara Sandberg

(1969-08-28) 28 Ogos 1969 (umur 55)
PendidikanUniversiti Harvard (AB, MBA)
PekerjaanCOO, Facebook (2008–kini)
Tahun aktif1991–kini
Nilai bersihAS$1.8 bilion (September 2020)[1]
Parti politikDemokratik
Ahli lembagaFacebook
Women for Women International
Center for Global Development
V-Day
SurveyMonkey
PasanganBrian Kraff (k. 1993; c. 1994)
Dave Goldberg (k. 2004; m. 2015)
Rakan kongsi domestikTom Bernthal (2019–kini; bertunang)
Anak-anak2 (bersama Goldberg)

Pada tahun 2012, beliau telah dinamakan dalam Time 100, senarai tahunan orang paling berpengaruh di dunia.[4] Setakat Disember 2019, Sandberg dilaporkan memiliki nilai US$1.8 bilion, susulan pegangan sahamnya dalam Facebook dan syarikat-syarikat lain.[5][6][7][8]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Forbes profile: Sheryl Sandberg". Forbes.com. Dicapai pada 28 September 2020.
  2. ^ https://philanthropywomen.org/foundation-leaders/sheryl-sandberg-a-philanthropists-profile/
  3. ^ Eldon, Eric (June 25, 2012). "Sheryl Sandberg, Facebook's Long-Time COO, Becomes First Woman On Its Board Of Directors". TechCrunch. Dicapai pada October 7, 2012.
  4. ^ Kent, Muhtar (April 18, 2012). "Sheryl Sandberg - The 100 Most Influential People". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-17. Dicapai pada April 20, 2012.
  5. ^ Gross, Elana Lyn. "The World's Most Powerful Women: The Billionaires On The 2019 List". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-12-30.
  6. ^ "Sheryl Sandberg". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-12-30.
  7. ^ de Jong, David (January 21, 2015). "Sheryl Sandberg Becomes One of Youngest U.S. Billionaires". Bloomberg. Dicapai pada January 21, 2014.
  8. ^ "Sheryl Sandberg Insider Trading". Dicapai pada 30 September 2018.

Pautan luar

sunting
  NODES
INTERN 1
twitter 1