Sidi Oraza
Yang Hormat Dato’ Sri Sidi Oraza (lahir Syed Osman bin Syed Rastan; 31 Oktober 1965) merupakan seorang pelakon dan usahawan lelaki Malaysia yang mencipta nama pada era 1980-an. Sebagai pelakon bergred A di Malaysia, kelibat Sidi agak sukar untuk dilihat dalam banyak karya. Beliau dikenali sebagai seorang pelakon yang selektif. Beliau juga telah cuba berlakon teater bagi mengasah kembali bakat berlakon beliau setelah berhenti seketika akibat penyakit.[1]
Sidi Oraza SSAP (Pahang) | |
---|---|
Kelahiran | Syed Osman bin Syed Rastan 31 Oktober 1965 |
Pekerjaan | Pelakon, usahawan |
Tahun aktif | 1980–2003, 2024–kini |
Pasangan | Datin Sri Tengku Ismawati Badrulzaman (k. 1989) |
Anak-anak | 5 |
Kerjaya
suntingPada awal 2000-an, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan bidang lakonan dan memberi perhatian terhadap perniagaan yang berasaskan perladangan yang dimiliki oleh beliau dan dibantu oleh abangnya, Syed Omar Syed Rastan.[2] Kini beliau membantu petani-petani tempatan dengan syarikat beliau iaitu Diversatech (M) Sdn Bhd.[3]
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1989 | Pelumba Malam | Lan | Filem pertama |
1990 | Pening-Pening Lalat | ||
1991 | Juara | Sidi | |
Bayangan Maut | Pengawal Peribadi Taji Samprit 1 | ||
1992 | Suci Dalam Debu | Sidi | |
Konstabel Mamat | Karim Janggut | ||
1995 | Sayang Salmah | Hassan | |
1996 | Suratan Kasih | Inspektor Johan | |
Siapa Dia? | Sulaiman | ||
1997 | Layar Lara | Malik | |
TBA | Surat Muhammad |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1991 | Metro Skuad | ASP Sidi | TV1 | |
1997 | Si Lembik | TV3 |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1991 | Tuah Jebat | Jebat | TV1 | bergandingan dengan Rahim Jailani & Uji Rashid |
1993 | Anak Angkat | |||
Antara Dua Bayang | TV3 | |||
1994 | Aku Anak Siapa | |||
1995 | Selamat Hari Jadi Su | Doktor Johan | TV3 | |
1997 | Dominan | Tan Sri Lokman Hakim | ||
Sebening Anugerah | ||||
1998 | Metafizik | |||
Isketambola | ||||
1999 | Daerah Shafika | |||
Surah Terakhir | ||||
2003 | Najwa | Qayyum | TV1 |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2002 | Pendidikan Moral: Rasuah Dihina, Maruah Dibina | TV Pendidikan |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1994 | Anugerah Skrin 1994 | Pelakon Lelaki Terbaik | Anak Angkat | Menang |
1995 | Festival Filem Malaysia ke-12 | Hassan dalam Sayang Salmah | Menang | |
1996 | Festival Filem Malaysia ke-13 | Malik dalam Layar Lara | Menang | |
1999 | Anugerah Skrin 1999 | Pengarah Terbaik | Surah Terakhir | Menang |
Rujukan
sunting- ^ Sidi Oraza tidak pernah mendabik dada. Utusan Malaysia. Capaian 2 April 2012.
- ^ Sidi Oraza sepikan diri selepas dibedah. Utusan Malaysia. Capaian 2 April 2012.
- ^ Sidi Oraza puas hati bantu petani. Berita Harian. Capaian 2 April 2012.